Thursday, December 6

Selamat Tinggal Bibir Kering



Sejak akhir-akhir ni aku mengalami masalah bibir kering, merekah, lesu dan tak bermaya. Wah, macam artis pula kan. Tapi bibir masih merah ye kerana menyahut seruan "tak nak merokok'' :P 

Mungkin kerana aku kurang minum air suam menjadikan bibir semakin kering. Mungkin juga kerana suhu di Malaysia yang panas ni naik ke satu angka lagi? Ah tak kisah la kerana suhu ke apa ke yang aku tahu bibir aku sakit tenat T.T

Aku pun laju-laju bawak buifrin pergi Guardian cari lipbalm. Gila banyak pilihan. Kepala aku pun jadi kosong (macam lagu Kosong-Najwa Latif anak derhaka tu) tatau nak pilih mana satu. Aku dah agak dah jadi camni tu pasal aku bawak buifrin. Boleh buifrin tolong pilih yang mana paling bagus yey! Suruh buifrin pilih macam buifrin biasa beli lipbalm kan. Haha.

Akhirnya buifrin pilih Waterlip Peppermint Super Hyaluronic Acid + Collagen ^^ Mari ai tunjuk kat uolls apa kelebihan waterlip ni k.

>> Super Hyaluronic Acid + Collagen menyediakan kelembapan intensif dan membantu memparbaiki tekstur dan keanjalan kulit.

>> Mengandungi ekstrak French Deep Sea Mineral yang membantu pembaikan, menyubur dan melindungi kulit halus pada bibir.

>> Peppermint, ekstrak Aloe dan Vitamin E untuk memastikan bibir lembut, lembap dan sihat.

>> Aroma peppermint

>> Tidak mengandungi bahan pengawet dan pewarna 

Setelah 3 hari menggunakan Waterlip Peppermint Super Hyaluronic Acid + Collagen, bibir ai jadi lebih lembap, tidak lagi pecah dan yang penting seksi you haha.

10 comments:

  1. Ok. Nnt nak cari ☺☺

    ReplyDelete
  2. Xpernah lagi cuba brand nie... Tq for sharing dik..

    ReplyDelete
  3. masa muda remaja dulu rajin pakai lip balm, dah jadi mak nie semua terabai uhuhuuu..

    ReplyDelete
  4. nk lagi seksi kita pki gloss jommm...

    ReplyDelete
  5. wah,...heheh ok x?

    ReplyDelete
  6. bibir sy pun kering. guna vaselin pun tak jalan. yg ni ok eh? pandai bf awk pilih. huhu..

    ReplyDelete
  7. Banyak pulak mengomel ye. haha. Bibir aku kering sebab pakai lipstick giffarine habis gelupas lepas tu pakai balm vaseline tu terus okay

    ReplyDelete
  8. suruh la laki akak pilih..mmg x laaaa.. =p

    ReplyDelete
  9. fara tak suke pakai , rase mcm bibir di gam jew

    ReplyDelete
  10. akak pun pakai lip balm je..nivea punya

    ReplyDelete