Tuesday, October 22

Cuti Koh Samui: Nova Samui Resort


Hola guys!

Percutian I kat Thailand adalah selama lima hari. Tiga hari dua malam ni Koh Samui dan dua hari satu malam di Surat Thani town.

Sebelum baca post yang ni, korang boleh baca part NI dulu. Ok guys, I adalah orang terakhir yang driver hantar ke hotel. Maybe sebab hotel I yang paling jauh dari jeti Nathon hahaha. So terpaksa la hadap kan.

Hotel I booked dari Agoda. Harga untuk tiga hari dua malam RM390.60 termasuk breakfast.



I check in kat Nova Samui Resort dalam pukul 7.05 pm. Masa tu badan I memang dah letih tahap yang tak boleh bincang dah. Tapi tetap ku gagahi. Ewah.


Resort kosong yang sunyi sepi. Tiga hari dua malam stay kat sini tak pernah nampak penghuni lain. Maybe sebab review pasal tangga kat resort ni yang menyebabkan resort ni kurang pelanggan.




Bilik luas. Garden view. Cantik. Bersih.




Kawan I nak sangat resort ni sebab resort ada kolam renang. Kononnya lepas aktiviti seharian diluar kawan I nak release tension nak berenang macam ikan duyung. Nak release tension macam mana tu? Nak keluar masuk bilik kena naik turun tangga pun dah terseksa. Kaki dah nak bercabut. Duh.



Lepas check in, I terpaksa panjat beribu anak tangga. Korang boleh tengok ribuan anak tangga tu T.T Resort ni tak sesuai untuk orang tua or ibu bapa yang ada anak kecil. I sangat sangat tak galakkan.

Nasib I agak baik sedikit sebab staff kat situ yang tolong angkatkan luggage I. Hmm kesian tengok tapi I tak larat nak angkat berat.

Resort ni berdekatan dengan Central Festival Samui. Maybe jalan kaki dalam 15 minit. Tepi mall ni pula ada halal restaurant, Fareast Halal Food. Sebelah malam pula ada night market. Gitu.


No comments:

Post a Comment