Friday, February 15

Makan @ Restoran Rebung

Tarikh : 12 Januari 2013
Lokasi : Restoran Rebung, Bangsar.

bday gal di apit 2 bday bui :)
3 capricorn 3,7,8 Januari.


RASA teruja bila babybui dan Datin Shan ajak makan kat Restoran Rebung milik Chef Ismail dan angkasawan pertama Malaysia, Dr. Sheikh Muszaphar. Terbayang-bayang makanan yang sedap terhidang depan mata uhhnyummee.

Komen aku?

KECEWA. Makanan tak seWOW yang aku sangkakan. Malam tu buffet ala kampung. Aku paling suka masakan kampung tapi ntah kenapa malam tu hampir kesemua makanan tak sedap. Padahal dari tengahari aku tak makan wei. Kau boleh bayangkan tahap kelaparan aku tu? Masak lemak siput sedut dan roti jala cicah bubur kacang + durian je yang wowow.  Yang lain hampeh belaka.

Sebelum ni ramai officemate aku kata makanan kat restoran tu tak sedap tapi aku tak percaya. Sekarang aku percaya 5000% hehehe.

Kalau uols nak buffet kat sini pastikan uols makan kat dalam tau ada aircond. Kat luar tu panas nak mati. Sebenarnya banyak lagi yang aku nak kongsikan tapi rasa tak elok pulak nak cerita semua yang buruk tu. Apa kata uols rasakan sendiri? Haha.

Terima kasih kepada Datin Shan dan babybui :) Dannnn terima kasih juga kepada Chef Ismail kerana menyanyikan lagu happy birthday untuk kami bertiga hehe.


10 comments:

  1. Anonymous12:41 pm

    aku pernah makan steamboat kat sini.

    memang tak kena selera aku. orang lain suke kot...

    ReplyDelete
  2. tak pernah makan lg kat sini.
    teringin jugak sbb sblm ni ada org ckp besttt

    may be dah tkr tkg masak agk nye
    hehe

    ReplyDelete
  3. selalu dgr org komplen mknn kat situ kureng.

    ReplyDelete
  4. tak sedap?:|

    mihmih lain kali ajak leeee

    ReplyDelete
  5. Anonymous1:25 am

    Heihei..dekat dengan office Dezee..senang cerita bila pergi solat jumaat tu mesti lalu depan rebung ni la.

    ReplyDelete
  6. wak pon X sampai restoran rebung jugakkk.,ahHKs

    ReplyDelete
  7. saya pulak suka makanan dekat sana especially pulut durian :)

    ReplyDelete
  8. eeee, restoran rebung? dengar nama pun dah loya tekak. tak suka makan rebung T.T

    ReplyDelete
  9. Anonymous11:25 pm

    Pernah tengok dulu kecik2..menyampah betul dengan watak babi tu...Hmm..Miss..nak tengok kucing u..parsi ek?

    ReplyDelete
  10. Pernah mkn kat sini. Biasa jer rasanya.

    ReplyDelete