Uols biasa tak nampak label kat minyak masak tu 'TANPA KOLESTEROL'? Biasa kan? Iols rasa setiap minyak masak wajib ada perkataan tu. Semua itu poyo! Itu adalah strategi company minyak untuk mengaburi mata weols dan strategi melariskan minyak masak mereka!!
Sebenarnya apa-apa bahan makanan yang dihasilkan daripada tumbuh-tumbuhan tidak mengandungi kolestrol uols oiii. Kolesterol hanya wujud pada bahan makanan yang dihasilkan daripada haiwan :B
Fyi, komponen minyak terdiri daripada ;
1) minyak mono tak tepu (monounsaturated) - minyak baik
2) minyak poly tak tepu (polyunsaturated) - sesetengah pakar kata minyak ni minyak baik, sesetengah kata tak baik. ish.
3) minyak tepu (saturated) - minyak jahat
Minyak jahat adalah minyak yang paling sukar untuk dicernakan oleh badan weols. Salah satu penyebab OBESITI. Huh.
Pilih la minyak masak yang jernih seperti minyak diatas. Minyak yang warna gelap tu biasanya mengandungi paling banyak minyak jahat :P
Sebelum ni iols pernah cuba minyak masak Carotino. Ala minyak masak yang berwarna merah tu. Doctor kata minyak masak tu yang paling bagus sebab kaya dengan Natural Carotenes, Vitamin A, Tocotrienols & Tocopherols (Vitamin E) and Co-enzyme Q10. Tapi tak tahan la guna minyak tu. Tumis sayur jadi merah kau. Masak nasi goreng pun jadi merah. Hilang selera iols.
Dari minyak brand Naturel aku bertukar ke Ideal lepas tu bertukar ke SunLico. Semua minyak ni kualiti sama je. Minyak sunflower jugek. Bertukar sebab SunLico minyak sunflower yang paling murah di antara 3 brand ni HAHAHA!
10/05/2016
Iols nak update sikit.. baru-baru ni iols dengar taklimat kesihatan daripada seorang doctor dari Institut Jantung Negara (IJN) beliau mengatakan bahawa minyak yang jernih seperti minyak di atas kurang sesuai untuk digunakan untuk menggoreng ikan, ayam or daging sebab apabila kita nak menggoreng kita akan naikkan suhu api terlalu tinggi dan ia akan menghasilkan or membentuk minyak yang tak baik. So makanan yang kita goreng tu menjadi kurang sihat. Nak menggoreng ikan, ayam or daging guna la minyak yang gelap seperti minyak cap Buruh or cap Helang. Minyak jernih lebih sesuai untuk menggoreng sayur-sayuran sahaja.
Sekian, terima kasih kerana sudi membaca!
akk pakai yg naturel blend tu..muehehehe
ReplyDeletesalam...kak mnyak natural blend tu sesuai ke masak kari/aam pedas semua? menggoreng ikan /ayam???
Deleterasanya masak kari/asam pedas menggunakan minyak Naturel Blend sesuai kot sebab suhu tak tinggi seperti menggoreng :)
DeleteKalau nak menggorang ikan/ayam/daging guna minyak yang gelap.
aduiiii biase makai minyak cap pedang atau seri murni jek..
ReplyDeletemama saya selalu beli brand Naturel tu. :)
ReplyDeletepkai minyak msk yg biasa je... tapi kdg2 mnumis guna myk zaitun... :)
ReplyDeletesetahu saya minyak zaitun tak berapa sesuai untuk menumis sebab cepat meruap :)
Deletecmbest je..nk praktis kt umh sndri nnt..
ReplyDeleteakk pakai myk nuteral tu tp sesekali beli jgk myk cap buruh..hihihi
ReplyDeletetp minyak warna jernih ni harga die mahal tak??
ReplyDelete** hehe, aku tumpang lalu...
takde la mahal belas2 hengget je :D
DeleteHAHAHAHHAHAHAHA
ReplyDeleteMinyak masak bunga matahari terbaik. tapi kat sini mahal sangat. Masa pergi dublin hari tu murah gile. Jauh sangat beza dengan kat malaysia.
ReplyDeleteOuh kat Dublin murah eh? ish jom la pergi Dublin beli minyak kat sana HAHAHAHAHHA
Deleteminyak mazola la senang..hehe, nanti raya bleh buat biskut mazola.. oke gurau
ReplyDeletemazola pun ok gak tapi pilih canola bukan minyak jagung tu HEHEHHEHE
DeleteOwh...thanks for the info. Kena tukar minyak masak ni. Akk pakai uh murah jer.
ReplyDeletetapi perasan x?semua produk yg healty semua harga dia lebih tinggi..kenapa ea? bukan nk berkira utk kesihatan diri..sekadar nak tau jer..ke takder badan yg support healthy life ni?
ReplyDeletedah lama perasan :) kat tv selalu je ada iklan makan la makanan yang sihat seperti buah-buahan tapi cuba tengok kat pasaraya berapa harga sebiiji buah apple? rm2.40 sebiji wei dan saiz sebesar genggaman tangan aku je :/
Deleteinfo bagus nih..sebelum ni akak tak amik tau pun pasal minyak2 nih..bole la akak try minyak tu nanti
ReplyDeletesalah,minyak yang jernih tidak semestinya baik,paling penting untuk memilih minyak masak yang baik untuk kesihatan ialah Tanya minyak itu sendiri dia baik ker jahat,takde minyak yang mengaku dia jahat,semua minyak baik.....ha.ha.ha.ha.
ReplyDeleteHAHAHAHHAHAHA!!
Deleteberdasakan pengunaan saya guna airflyer pramada goreng n gril ayam tak perlu guna minyak setitik pun n memanggag ikan letak kan setitik minyak sahaja.
ReplyDeleteI pernah guna masak guna airfryer tapi rasa kering je. Kurang sedap jadinya -.-"
DeleteSedap jugak😅
ReplyDelete