Tuesday, March 24

TTC : Pati Delima Gulsan



Nak pregnant kena la berusaha. Untung la orang tu lepas kahwin terus pregnant. Aku nak jugak bunting pelamin terus dapat anak kembar. Tamak hahahaha.

Ada orang tu cepat je mengandung tapi suami kaki perempuan kaki tipu kaki pukul. Ada orang tu cepat je pregnant tapi mak mertua jahat nak mampos macam dalam cerita P.Ramlee tu. Tapi kan ada juga orang tu cepat je pregnant dan suami baik, mak pak mertua baik dan kewangan pun stabil. Haaa tu la orang kata rezeki masing masing sebenarnya hahaha. Semuanya dah tertulis ewahhh.

Oleh kerana aku sungguh sungguh nak pregnant aku cuba amalkan minum Pati Delima Gulsan. Aku dengar ramai testimoni yang berjaya pregnant lepas minum Pati Delima ni hehehe. Masam masam manis sedap gilos uolsss!! Cara pengambilan satu sudu pagi satu sudu malam. Aku bagi husband aku minum sekali.

Oh ye Pati Delima Gulsan tu aku beli online. Harga sebotol RM11. Nak harga murah macam ni kena beli banyak sikit la. Ada peniaga lain jual dua botol RM50!!

Berbotol-botol Pati Delima aku minum tapi still tak pregnant -.-'

Masih bukan rezeki aku :)


5 comments:

  1. Doa, usaha dan tawakal. Jangan mudah putus asa. sis. Rezeki tu akan datang juga nanti. Macam kawan saya, pregnant pastu gugur. 6 tahun tunggu sekali dapat baby kembar sepasang ☺

    ReplyDelete
  2. Jangan putus asa...Allah dah tetapkan rezeki...Saya amalkan jus delima ni jugak untuk control hb time pregnant...Sedap :)

    ReplyDelete
  3. InshaAllah..teruskan berusaha ye,akak doakan moga segala usaha akan membuahkan hasil nanti,mana tahu dapat kembar nanti.

    ReplyDelete
  4. lum rezeki lagi tu.. sabar yea

    ReplyDelete
  5. aku pun nak anak cepat vol..plan igt dptla bunting pelamin..hehehe..tp xder rezeki lg.

    ReplyDelete