Akhir tahun lepas aku cuba nak dapatkan
rawatan kesuburan dekat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Bila tiba kat kaunter pendaftaran..
“Akak
saya nak dapatkan rawatan kesuburan”
“Adik
dah kahwin berapa lama?”
“Bulan
depan nak masuk setahun kak”
“Oh..
tinggal bersama suami atau duduk berjauhan?”
“Tinggal
bersama suami”
“Ohh
kalau macam tu adik cuba dulu secara natural. Lagi pun adik kahwin
tak sampai setahun”
“Tapi
kak bulan depan dah nak masuk setahun”
“Takpe
takpe adik datang bulan depan je”
Patah
kot hati aku dengan ahkak nurse tu. Aku datang dengan harapan
menggunung dia pulak suruh aku datang bulan depan. Macam la aku
surirumah sepenuh masa ingat senang ke aku nak minta cuti?? Sejak
hari tu aku pun dah malas nak pergi jumpa doctor.
Sekarang
aku berusaha gigih bersama suami time aku tengah subur hehe. Cara natural la sangat kannnn.
Sentap
aku tengok perut officemate aku yang tengah sarat tu. Aku kot yang
kahwin dulu tapi kenapa dia yang pregnant dulu??? Hati menjerit tapi tu dulu la
sekarang pun sentap gak hahahahaha. Jauh disudut hati aku.. aku
tahu semua ni ada hikmah cewahhhhhhhh.
No comments:
Post a Comment