Hola!
Isnin lepas aku ada appointment dengan Gynea PPUM. Ya ya berkaitan dengan spotting hari tu. Aku paling salute doctor kat PPUM. Service sangat-sangat bagus memang terbaik la! Tak pernah mengecewakan.
Okay cerita pasal spotting tu.
Doctor tanya pasal spotting tu. Bila spotting? Berapa hari spotting? Dah berapa kali spotting? Dah period ke belum? Semua aku jawab dari A to Z. Nasib baik la ada Fertility Friend App fuhhh. Semua aku jawab dengan cemerlang haha!
Lepas di interview oleh doctor, doctor bawa aku ke satu bilik untuk scan rahim. Masa ultrasound scan tu doctor kata tak nampak sangat rahim aku (lemak perut aku tebal sangat agaknya haahahaha!). So doctor buat transvaginal ultrasound (TVS). TVS ni scan melalui vagina kita guna alat kat atas tu :) Jangan risau sebab doctor akan letak gel kat alat tu supaya bila alat tu masuk dalam vagina tak sakit. Cuma rasa tak selesa je.
Tips: Masa doctor nak masukkan alat tu kita kena relaxxxxx jangan kemut (fahamkan? hehe).
Doctor kata aku Retroverted Uterus. Follicle okay cantik. Endometriosis. Ya doctor kat aku Endometriosis. Amende la. Nanti la aku google and share kat korang HAHAHA!
Masa tengok rahim aku tu alahaiii.. orang lain scan rahim sebab ada baby aku pula scan rahim kosong tratangtang je :( Sebak juga la masa tu.
Selepas buat semua benda tu tiba la masanya untuk PAP SMEAR! OMG!!!!
Speculum
Aku tak bersedia dari segi mental dan fizikal nak buat Pap Smear T.T Aku ingatkan jumpa gynea untuk scan je huaaaa T.T
"I akan masukkan alat (speculum) ni, okay?"
"Hmmm.."
Mulut aku mampu jawab hmmmm je bila tengok speculum BESI tu seram sial OMG OMG OMG!!
Doctor berdiri pasang lampu kat depan kaki aku aku yang terkangkang tu. Maka terang benderang la seluruh alam missv huaaaa T.T Belakang doctor ada dua nurse. What the fish la kan.
"Kaki buka luas, jangan kepit.. You kepit susah speculum nak masuk"
"Malu la doc.."
Mana tak malu tiga orang manusia berdiri depan missv aku dengan lampu yang terang benderang focus kat situ mak hoiii malu weiii!!
Tiba-tiba masuk lagi seorang doctor. Kali ni dua doctor dan dua nurse depan missv aku yang tersuluh lampu. Doctor yang baru masuk tu nampak aku panic sangat kot so dia cuba tenteramkan jiwa aku yang tengah gundah gulana hahaahahaha! Dia cuba bawa aku berborak. Tanya aku asal mana, dah berapa lama kahwin, husband orang mana bla bla bla..
Dan akhirnya alat tu masuk dengan jayanya dan sample telah pun diambil hooooooooooray!! Rasa padat gila dan tak selesa. Rasa nak tendang doctor tu suruh keluarkan speculum tu T.T Dah selesai aku lap missv fuhh seram ada darah. Luka kot. Tiga hari panty liner aku ada darah.
Result pap smear tu aku pun tak tahu apa. Maybe sebab ramai orang so tak sempat la kot doctor nak terangkan? Doctor kata jumpa lagi dua bulan.
Berjuta kali aku minta maaf dengan doctor and nurse sebab menyusahkan. Aku harap diaorang pun faham la kan kita perempuan ni memang pemalu dan sensitive sangat bab bab macam ni hehehe.
"Nak MC ke nak time slip"
"Nak MC la doc.."
Doctor bagi MC sehari happy gila! Letih tau tunggu giliran. Emosi pun agak terganggu sebab fobia speculum BESI Pap Smear tu. Dengan missv pun berdarah. Nasib baik la doctor sangat memahami :)
Selesai je terus ajak husband pergi makan Wendy's hahaha!
Wendy's 7 Wonders Beef Mushroom Melt Burger for me and husband. Fanta grape for hubby and green tea honey for me. Aku suka gila french fries kat Wendy's SEDAPPPPP lebih kurang macam Carl's Jr.
"Nak MC ke nak time slip"
"Nak MC la doc.."
Doctor bagi MC sehari happy gila! Letih tau tunggu giliran. Emosi pun agak terganggu sebab fobia speculum BESI Pap Smear tu. Dengan missv pun berdarah. Nasib baik la doctor sangat memahami :)
Selesai je terus ajak husband pergi makan Wendy's hahaha!
Wendy's 7 Wonders Beef Mushroom Melt Burger for me and husband. Fanta grape for hubby and green tea honey for me. Aku suka gila french fries kat Wendy's SEDAPPPPP lebih kurang macam Carl's Jr.
Okay itu je setakat ni.
Adios!
No comments:
Post a Comment