Hola guys!!
Kat luar The Strand banyak food truck. Ingatkan hubby ajak makan situ tapi bila dah sampai penghujung food truck yang last pun hubby masih tarik tangan I macam nak bawa I ke suatu tempat hahaha. I pun ikut je la.
Rupanya hubby nak makan kat Restaurant Hj. Sharin Low Grand ni. Restaurant ni restaurant Chinese Muslim. Menu authentic chinese muslim cuisine. I really love chinese food YUMMMY!!
Restaurant ni berdepan dengan Restaurant Jameela Maju. Decoration simple and nice and yang paling penting BERSIH. Siap ada tanglung lagi.
I order Bittergourd Chicken Rice / Nasi Ayam Peria. SEDAP!!! Tapi peria sikit sangat :( Kalau banyak peria wahhh heaven!!
Kam Heong Beef Rice / Nasi Kam Heong Daging untuk hubby! I try sikit, SEDAP!!! Hubby memang suka makan daging. I tak minat sangat makan daging or ayam, I lebih suka makan ikan dan sayur-sayuran. I order ayam sebab risau ikan kat sini tak fresh hehehe.
Fu Yung Egg / Telur Fu Yung. SEDAP!! Telur mesti la sedap hahahaha! Hubby order dua gelas Chinese Tea je sebab hubby nak belanja minum Starbucks ^^
Harga makanan disini sangat berpatutan. Susah nak jumpa harga murah macam ni -.-" Pelbagai hidangan sampai pening kepala fikir nak makan apa hahahaha! Lain kali I nak makan sini lagi. Nak try menu lain!
Lepas isi perut, I temankan hubby tengok wayang, Hitman's Bodyguard special screening. Movie tu memang AWESOME! Millions thanks to TGV Cinemas!! Itu la kelebihan sebagai TGV Movie Club members.
Oh ye, restaurant ni terletak di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Adios!
No comments:
Post a Comment