Tuesday, February 19

Tourist Guide Asia Scammer?


Hola guys!


Seperti yang korang sedia maklum, aku memang seorang yang suka travel. Kalau boleh hidup aku ni aku nak kerja travel kerja travel tu je hahaha. Kalau aku banyak duit semua negara aku nak pergi. Teringin sangat nak pergi Sweden, Italy, Norway T.T

Okay guys, aku tak pasti korang pernah ke tak travel menggunakan pakej dari Tourist Guide Asia (TGA) ni. First time dengar pasal TGA ni pada tahun 2015. Masa tu kawan aku tag aku kat FB TGA pakej Mauritius 5D4N. Tak silap aku pakej tu harga RM3888 untuk 2 orang. Termasuk flight, hotel dan transport. Memang menggoda gila T.T Cuma masa tu aku ragu-ragu. Eh takkan la nak pergi Mauritius murah gitu? Aku pun abaikan je la kawan aku tu hahaha. Lagi pun sebenarnya aku kalau nak travel aku tak minat sangat bercuti tepi-tepi laut ni hehehe. Aku tak suka panassss + hitam legam. 

2 tahun berlalu, akhirnya aku tergoda dengan pakej TGA. Aku beli pakej Turkey 9D6N. Bayangkan harga RM4999 je untuk 2 orang!! Termasuk hotel, tour, flight dan transport! Gila kau tak terliur?! Lepas dah habis bayar instalment, aku senyap je. Aku tak kepoh kat siapa-siapa. Aku tak nak la orang kecam pakej ni tipu bla bla bla hahaha. Hubby aku je tau. Aku pun masih ragu juga sebenarnya masa tu hahaha.

Sebulan sebelum berlepas, TGA email semua e-tiket dan hotel. Wow terkejut bapak aku, naik Emirates wey hehe #jakun. Aku masih ragu masa tu hehe. Aku pun register la Emirates nak tengok betul ke ada seat nama aku. Okay, memang betul. Siap boleh pilih seat hehe #jakun. Cuma satu je aku terlupa, insurance! Staff TGA pun senyap je pasal insurance tu. Nasib baiklah tak jadi apa-apa.

Hari nak berlepas tu, check in berjalan lancar. Okay TGA bukan scammer. Transit 6 jam kat Dubai #jakun. Letih tapi best dan berbaloi.

Sampai Istanbul, driver tunggu kat airport. Aduhai eja nama aku pun tak betol hahaha. Tour guide tu ingat binti tu nama haha. Check in 3 star hotel. Cantik dah bersih. First day tu free and easy.

Banyak kali naik kapal terbang. Istanbul ke Izmir naik Pegasus Airlines. Izmir ke Cappadocia naik Sun Express Airlines. Cappadocia ke Instanbul naik Turkish Airlines. Transport semasa di Istanbul, Izmir dan Cappadocia ialah Mercedes Benz minivan.


Layanan VVIP. FREE breakfast and FREE lunch buffet. Teka teki teka teku, macam mana TGA boleh dapat harga RM4999 untuk semua ni? #onlyTGAknowtheanswer


Malang tak berbau, tahun lepas aku tergoda lagi. Aku beli pakej Western Europe RM9888. Bayar secara installment. Dan tragedi Oktober menimpa TGA. Hmm lebih tepat menimpa aku dan mangsa lain hahaha. Tak tahu dimana silapnya. Semua pakej 2019 telah batalkan kerana TGA dalam siasatan pihak berkuasa. Ramai mangsa termasuk aku tengah berusaha untuk mendapatkan semula duit weolssss T.T #crymeariver

Setakat ni, dianggarkan semua pakej yang telah dibayar oleh mangsa TGA bernilai RM7 juta.


1 comment: