Thursday, July 16

Reuse Reduce Recycle: Pen/Cutlery Holder


Hola guys!

Salam 1Covid! Covid-19 masih menghantui hidup kita seluruh dunia. Mari kita berdoa bersama-sama agar Covid-19 ini hilang dan takkan muncul kembali.


Hari ni I nak kongsikan bahan buangan dari dapur yang boleh diguna semula. Cadbury Crunchie spread ni I baru je habiskan semalam. Kadang malas nak pergi tapau breakfast so I sediakan Cadbury Crunchie ni kat office and biasanya I beli satu bungkus roti Gardenia untuk breakfast. Jimat duit jimat masa haaa gituuuu..


Ok tengok tu dah licin. Penat tau I kikis hahaha. Tugasan utama kita ialah buang pelekat tu. Dan part ni susah sikit sebab ada gam degil yang susah nak hilang. Korangz boleh hilangkan gam tu dengan menggunakan minyak. Tak kisah la minyak apa pun. Or korang rendam botol kaca tu semalaman dalam air. Oleh kerana kat office takde minyak so I cuma kikis guna cutter tu je :P


Zappp dah hilang gam tu so boleh basuh sampai wangi semerbak dan keringkan.

Bila dah kering, kita boleh la letak set sudu garfu. Takde la sudu garfu kita kat office tu bersepah. Kalau boleh kita elakkan guna sudu plastic pakai buang kat cafe tu. Berjimat sambil menjaga alam sekitar untuk generasi akan datang :)


Nak letak pen, paper clips pun boleh guys. Hias sikit dengan ribbon yang comel. Lepas ni tak perlu dah nak beli pen holder ;)

Korang tau tak Malaysia ni tersenarai diantara salah satu negara yang penggunaan plastik sangat tinggi. Bukan sesuatu yang boleh dibanggakan guys :(


2 comments: