Showing posts with label Drama Online | Drama TV | Anime. Show all posts
Showing posts with label Drama Online | Drama TV | Anime. Show all posts

Friday, March 9

My Favourite Korean Drama

3:59:00 pm 0 Comments

Hola guys!

Bab cerita korea ni aku memang cerewet. Bukan senang nak tarik perhatian aku untuk tengok cerita korea yang panjang berjela-jela. Once aku dah tertarik dengan sesuatu cerita, means cerita tu memang best la. Aku kalau setakat cerita korea cintan cintun tu hmmm aku tak layan sangat la. Apa lagi kalau fokus sangat dengan cinta tiga segi. Duhhh.

Bertahun juga la aku tak tengok cerita korea. Maybe dalam 5 or 6 tahun. Tapi start tahun lepas..

Ehem...


Pertama, Goblin (Guardian: The Lonely and Great God). Tertengok dan terus melekat hahahaha. Siapa tengok Goblin yeahhh high fiveeeeeeeee kita geng!! Pelakon utama Gong Yoo dan Kim Go-Eun. Cerita Goblin lain dari yang lain sebab bukan cerita tentang manusia biasa. Itu yang buat aku tertarik sebenarnya hehe. Aku jatuh cinta dengan watak Malaikat Maut tu haha. Oh my god handsome gilaaa T.T


Kedua, Hwayugi - Korean Oddysey. Pelakon utama Lee Seung-Gi dan Oh Yeon Seo. Cerita ni pun bukan cerita manusia biasa-biasa hehehe. Aku memang suka cerita macam ni kot? Cerita macam ni buat aku khayal dan masuk ke dunia fantasi hahaha. Watak Lee Hong-Gi sebagai P.K (Babi) awwww oppa why you so cute muah muahhh hahaha. Aku baru habis tengok last episode semalam huaaaaaaa T.T Sedih sebab dah habis hahaha. 20 episode je guys!! Bukan 200 episode macam cerita Indon wakakaka!! Thanks to my BFF recommend aku cerita ni. Dia kata aku confirm suka tengok cerita macam ni and YES memang betul tekaan kau Siti haha.


 Ketiga, Cross. Pelakon utama Ko Gyung-Pyo dan Cho Jae Hyun. Cerita ni pun oh my god best gila T.T Haaa cerita ni cerita manusia biasa haha. Cerita tentang doctor yang nak balas dendam atas kematian ayahnya. Tengok episode 1 je terus rasa nak gila hahaha. Kawan aku, Liz, share kat Facebook, aku terklik dan mata terus melekat. Hari ni aku tengok episode 12. Best gilaaa guys!! Rugi korang tak tengok T.T

Hmm tu je la setakat ni. Goblin dan Hwayugi dah tamat. Tinggal Cross je lagi. Ada juga kawan aku share beberapa cerita Korea kat aku tapi bila aku tengok hmm hampeh.

Haa korang share la kat aku apa cerita yang best. Aku tunggu Cross episode 13 keluar next week huaaa penantian satu menyeksaan T.T


Wednesday, November 20

Sinopsis Playboy Itu Suami Aku

11:33:00 am 15 Comments

Playboy Itu Suami Aku mengisahkan Afina (Risteena Munim), seorang gadis lemah lembut dan sopan santun ditemukan jodoh dengan Adrian (Fattah Amin), seorang playboy. Afina mempunyai seorang adik kembar tidak seiras, Afisya (Chacha Maembong) ataupun Fisya yang suka bersosial dan merupakan salah seorang teman wanita kepada Adrian.

Pada awal perkenalan mereka, Afina disimbah dengan air lopak apabila Adrian membawa kereta mewahnya dengan laju. Adrian bukan sahaja tidak minta maaf malah dia tidak sekalipun memperlahankan keretanya. Raja Adrian Benjamin ataupun ‘King’ (King of Crocodile) sering membuatkan Afina panas hati.

Suatu hari, Afina dan Syaf (Wan Sharmila) menghantar tempahan bunga untuk digubah di rumah Puan Sri Zahida (Dilla Ahmad) bersempena dengan majlis hari jadi cucunya. Puan Sri Zahida tertarik dengan penampilan Afina yang sopan dan tidak meninggalkan solat, maka dia membuat keputusan mengejut untuk mengahwinkan Adrian dan Afina. Macam-macam kutukan dilemparkan oleh Adrian kepada Afina, Afina berasa amat malu dan segera minta diri.

Puan Sri bertegas bahawa Adrian tetap akan berkahwin dengan Afina walaupun apa yang terjadi kerana dia yakin Afina bakal menjadi seorang isteri yang solehah dan jauh lebih bagus daripada teman-teman wanitanya. Bapanya juga meletakkan syarat yang Adrian perlu berkahwin dengan Afina jika dia mahu menjadi CEO kepada syarikat mereka, Kiara Emas.

Akhirnya Afina dan Adrian berkahwin kerana masing-masing mempunyai agenda sendiri. Selepas kahwin, Afina cuba menawan hati suaminya tetapi Adrian tetap dengan sikap kaki perempuannya. Malah, Adrian membuat pengakuan di hadapan Afina bahawa dia tidak ingin mengahwini Afina tetapi dia terpaksa mengikut kehendak ibu bapanya kerana mahu menjadi CEO syarikat. Adrian juga berkata dia tidak akan jatuh cinta dengan perempuan seperti Afina. Walaupun dibenci oleh Adrian, Afina bertekad untuk memikat hati Adrian dan menjadi isteri yang taat. Apakah faktor yang menyebabkan Afina bertukar fikiran untuk mengahwini seorang playboy? Oleh kerana cintanya tidak diterima oleh Adrian, Afina telah menulis isi hatinya dan disimpankan dalam botol sebelum ditanam di sebuah tempat rahsia.

Fisya menyimpan dendam terhadap Afina kerana berkahwin dengan teman lelakinya yang juga merupakan jejaka idaman dalam kalangan wanita. Fisya semakin tidak puas hati apabila Afina masih menjadi isteri yang sah dan kelihatan bahagia. Maka, Fisya telah menggoda Nazri (Jay Iswazir) dan memintanya melakukan sesuatu jika ingin memilikinya. Nazri hanya menuruti apa yang disuruh oleh Fisya.

Afina terlibat dalam sebuah kemalangan dan koma. Selepas dia sedar, dia hilang ingatan dan menjadi penghidap amnesia. Afina menjadi bingung kenapa dia boleh berkahwin dengan seorang playboy. Adrian pula mengingatkannya tentang janji mereka bahawa mereka akan terus menyamar sebagai pasangan yang bahagia di hadapan ibu bapanya sehingga Adrian dilantik sebagai CEO. Fisya pula meninggalkan Malaysia untuk menyambung pelajaran di luar negara.

Selepas sedar dari koma, Afina berubah menjadi seorang yang lebih kasar dan berani melawan. Afina tidak lagi bersabar dengan karenah Adrian dan permintaan yang bukan-bukan daripadanya. Malah, Afina juga menuntut cerai. Mereka kerap kali bertegang urat dan saling membuli hingga memutikkan bunga-bunga cinta di taman hati masing-masing. Di saat Adrian bersedia membuka pintu hatinya dan mula mencintai Afina, Afina telah meninggalkan Adrian tanpa pesanan. Apakah kepulangan Fisya mengundang masalah dalam hidup Adrian dan Afina? Adakah Adrian masih sudi mempercayai cinta Afina dan mereka berdua akan kembali bersama?
 
Hmmm bagi aku semua pelakon macam tak reti berlakon :/
 
 

Wednesday, June 5

Teduhan Kasih

4:07:00 pm 7 Comments
"Sebab kita ada Adam. Kita nikah sebab Adam. Apapun yang berlaku, kita hanya fikirkan tentang Adam. Lagipun abang dah bosan hidup begini. Hidup abang benar-benar kosong. Tapi sejak abang kenal Adam, seperti hidup abang terisi dengan sesuatu. Abang mahu kita hidup sebagai sebuah keluarga. Abang tahu hati Iffa tidak akan terbuka untuk mana-mana lelaki lagi, tapi tolong fikirkan cadangan abang ni". - EHSAN


Hmmm semalam layan Teduhan Kasih episode 11 iols tertunggu-tunggu Ehsan lamar Iffa tapi takde pung. Buang karan je la Ehsan ni. Episode malam ni kot Ehsan melamar Iffa hihihi.

Bagi uols yang terlepas episode sebelum ni uols boleh tengok Teduhan Kasih secara online kat SINI.

Ish tak minat la dengan Adi Putra.


Friday, March 22

Mesti Tonton

3:43:00 pm 9 Comments


Malaysia v Yemen
22. 03. 2013
8.45 PM
Stadium Shah Alam

Harap-harap Malaysia menang :)
Korang tengok tau!



Aku Benci Mama
23. 03. 2013
10.00 PM
TV3

Walau pun Hanis Zalikha agak kayu dalam Mariam Kampung Putat tapi aku tetap nak tengok Hanis dalam Aku Benci Mama hehehhe. Peminat tegar la katakan huhuhu. Menyampah betul aku dengan orang yang asyik nak kutuk Hanis kat FB tu. Kalau tak suka Hanis kenapa LIKE fanpage Hanis Zalikha?