Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Friday, September 27

Soalan Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE)

4:53:00 pm 0 Comments

Hola guys!



Hari ni I nak share sikit soalan peperiksaan untuk memasuki perkhidmatan awam PSEE. My niece yang ambil exam ni so aunty dia yang #bloggersepi ni bahaha saja nak share kat uols.

My niece dah dua kali dapat panggilan untuk peperiksaan perkhidmatan awam ni. Dah dua kali maksudnya, first exam tu dah failed la kan bahahaha. Takpe, teruskan usaha bagi yang failed. Kita tolong gelakkan je hahaha.

Peperiksaan PSEE ni terbahagi kepada dua seksyen. Seksyen A Daya Menyelesaikan Masalah dan Seksyen B Kefahaman Bahasa Inggeris. Seksyen A adalah soalan matematik, so uols please sediakan calculator ye! Pakai handphone tak sesuai kot, mana la tau kan boifren call ke.. Along call nak tagih hutang ke kan. So kita nak elak gangguan-gangguan gitu berlaku. Heh.

Peperiksaan pertama yang my niece ambil ialah peperiksaan untuk jawatan Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19.

Soalan 1

Kamal dapat mengecat 5 buah basikal dalam masa 2 jam 30 minit. Sehari Kamal hanya bekerja dari jam 0800 hingga jam 1300. Berapa harikah yang diperlukan oleh Kamal untuk menyiapkan kerja-kerja mengecat sebanyak 65 buah basikal?

A: 6 hari
B: 5 hari
C: 7 hari
D: 8 hari


Soalan 2

4, 5, 7, 6, 3, 10, 9, 3, 4, 2 adalah satu set data. Apakah median data tersebut?

A: 3.5
B: 4.5
C: 5.5
D: 6.5


Peperiksaan kedua ialah Peperiksaan untuk jawatan Pembantu Penerangan Gred S19.


Soalan 1

Raju berjalan kaki sejauh 100 langkah dalam masa 1 minit 30 saat. Berapakah masa yang diambil olehnya untuk berjalan sejauh 900 langkah?

A: 13 minit 5 saat
B: 13 minit 50 saat
C: 13 minit 30 saat
D: 13 minit 3 saat

Soalan 2

5 jam 25 minit selepas 10.15 malam ialah

A: 3.15 pagi
B: 3.25 pagi
C: 3.30 pagi
D: 3.40 pagi

Tu je la soalan yang my niece sempat tangkap. Tu pun soalan bagi Seksyen A je. Yang first time nak ambil peperiksaan ni mesti tertanya-tanya macam mana bentuk soalan kan. Lagi pun soalan macam ni sentiasa berubah-ubah.

Harap my niece lulus la peperiksaan kali kedua ni hahaha. Kalau tak lulus takpe boleh tunggu panggilan yang ketiga :P


Friday, January 25

TIPS JIMAT MEMBELI TIKET FLIGHT AIRASIA

9:05:00 am 1 Comments

Hola guys!


Ada beberapa cara untuk anda beli tiket flight. Contohnya melalui perbankan internet seperti M2U / CIMBClicks / RHBNow atau melalui kad debit / kredit MasterCard / VISA.

Kalau beli tiket flight AirAsia menggunakan perbankan internet seperti M2U dan CIMBClicks, anda akan dicaj RM4 setiap kali anda membayar menggunakan perbankan internet.

Kalau pembelian tiket flight AirAsia menggunakan kad credit MasterCard / VISA pula, anda akan dicaj RM16 per transaksi. Mahal giler. Sudahlah penat-penat buru tiket murah, lepastu kena caj mahal untuk processing fees. Serupa beli harga biasa!

Sebenarnya ada cara untuk waive processing fees AirAsia ni. Caranya dengan menggunakan kad BIGPay AirAsia. Dengan menggunakan AirAsia BIGPay ini, anda hanya perlu bayar harga tiket flight saja. ZERO processing fees! YAYYYY!!!

BIGPay AirAsia ni sejenis debit card. Korang perlu top up card ini dan boleh guna di mana-mana saja seluruh dunia! Janji ada logo MasterCard. Rate dia pun berbaloi tau. Dan yang paling best, setiap transaksi pembayaran, korang akan dapat BIG Points AirAsia! BIG Points Air Asia tu korang boleh redeem untuk FREE FLIGHT or FREE MEALS!

Antara benefits BigPay:

1) ZERO processing fee beli AirAsia ticket

2) Rebate RM2 for each luggage/way

3) Rebate RM2 for each in-flight meal purchase/way

4) No cross-border fee when use in oversea transaction

5) Best currency exchange rate

6) Foreign country atm withdrawal fee only rm10 with no extra charges

7) Earn 1 point for every RM50 reloaded and every RM20 spent

Paling best.. Boleh guna kad ini isi minyak ke, bayar bill ke, online shopping kat Lazada, Shopee, beli barang kat Giant, Tesco. Kat mana-mana sahaja seluruh dunia yang boleh guna Master Debit/Credit Card. Korang yang suka travel merata dunia macam aku, WAJIB pakai card ni! Tak perlu pergi atm/bank untuk aktifkan card bagi penggunaan kat luar negara! Jimat masa! Dapat kumpul BigPoints. Top up dapat Bigpoints, shopping dapat Bigpoints. Untung berganda!!


1) Download apps BIGPay di Google Play / Apps store

2) Apply kad BIGPay melalui apps BIGPay (Free)

3) Top up RM20 untuk aktifkan kad tersebut. (RM20 ini anda akan dapat balik so total dalam akaun akan ada RM30 termasuk percuma RM10 apabila menggunakan referral code semasa pendaftaran)

4) Jangan lupa masukkan referal code Q3VIGIMOSR dan korang akan dapat RM10 secara percuma!

Kad Debit BIGPay anda akan dipos dlm masa 5 Hari bekerja atau kurang daripada tu. Selepas kad diaktifkan anda boleh gunakan kad tersebut untuk beli tiket AirAsia serta pelbagai lagi! Cepat dapatkan kad BIGPay ini! Jangan lupa masukkan referal code Q3VIGIMOSR tau! Anda akan dapat credit tambahan PERCUMA RM10 selepas pengaktifan.

My Referral Kod: Q3VIGIMOSR

Download apps BIGPay di Apps Store dan Google Play sekarang! Sementara FREE Seat Promo masih ongoing. Share jika bermanfaat. BIG Thanks in advance.


Friday, January 18

Derma Darah

4:08:00 pm 0 Comments

Hola guys!


Seumur hidup aku tak pernah lagi aku menderma darah -.-" Bukan sebab berat aku kurang 45kg tapi sebab lokasi nak menderma darah tu jauh la sangat. Derma darah ni amalan yang mulia sebenarnya. Dapat tolong nyawa orang. Aku darah O+ dan jenis darah aku ni sangat diperlukan. Tabung darah kat hospital selalu kekurang jenis darah O+. Kadang timbul rasa bersalah sebab tak menderma darah.

Syarat untuk menderma

1) Sihat tubuh badan

2) Umur yang layak menderma darah: 
  • Berumur di antara 18-65 tahun untuk yang pernah menderma
  • Berumur di antara 18-60 tahun untuk pertama kali menderma
  • 17 tahun (perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa/penjaga)

3) Berat badan 45kg ke atas

4) Tidur minimum 5 jam

5) Tiada masalah kesihatan

6) Telah mengambil makanan sebelum menderma darah 

7) Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut: 
  • Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual)
  • Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual)
  • Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial 
  • Bertukar – tukar pasangan seks
  • Mengambil dadah secara suntikan
  • Menjadi pasangan hubungan jenis kepada golongan diatas

8) Pendermaan terakhir 3 bulan yang lepas

9) Bagi penderma wanita; tidak mengandung, tidak datang haid, tidak menyusukan anak 


Wednesday, June 17

Hukum Memakan Daging / Isi & Telur Belangkas

3:23:00 pm 1 Comments
Aku tak pernah makan belangkas. Sentuh pun tak pernah. Geli gila nak mampos tengok belangkas. Rupa macam lipas gergasi ewwww!! Kawan aku kata sedap gila telur belangkas. Terus loya tekak aku haha.


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-93 yang bersidang pada 21 Februari 2011 telah membincangkan Hukum Memakan Daging/Isi Belangkas dan Telurnya. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:

Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa tiada nas qati’e yang mengharamkan manusia memakan belangkas. Pakar Haiwan Hidupan Air menyatakan bahawa belangkas adalah haiwan yang hidup di laut dalam dan hanya naik ke pantai untuk bertelur. Ia adalah sejenis haiwan satu alam yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar dan ia tidak boleh kekal hidup di darat kerana bernafas menggunakan insang.

wekkkkkkkk -.-'

Sehubungan itu, selaras dengan pandangan Jumhur Ulama’ yang menyatakan bahawa haiwan yang tinggal di dalam laut semata-mata dan tidak boleh hidup tanpa air adalah halal dimakan, maka Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum memakan daging/isi dan telur belangkas adalah diharuskan.


Saturday, March 21

Perbezaan Perfume EDP & EDT

3:06:00 pm 1 Comments

Hello guys!

Dah berkurun iols tak beli perfume. Iols bukanlah pencinta perfume macam uols uols. Pertama kali dan terakhir iols beli perfume masa iols form 2. Masa tu iols beli perfume RM10 je. Tu pun perfume ntah hape hape hahahaha. Yelaaa nama pun budak sekolah mana ada duit nak beli perfume mahal-mahal T.T

Teringat lagi masa dapat perfume baru wah bukan main seronok lagi iols calit sana sini perfume tu kat satu badan. Lepas tu pening nak muntah HAHAHAHA! Lepas kejadian tu iols macam fobia nak pakai perfume. Iols cuma berwangian dengan body lotion botol pink brand Johnson & Johnson.

Tiba-tiba semenjak dua menjak ni iols terasa nak pakai perfume hehehe. Iols jatuh cinta dengan Paul Smith Rose EDP wangian bunga rose segar awww sweet gitu.


Top Notes: Turkish rose and magnolia
Heart Notes: Rose, green tea and voilet
Base Notes: Cedar and musk

Perfume ada dua jenis ye uolssss.. Eau De Parfum (EDP) dan Eau De Toilette (EDT). EDP dan EDT ni tak sama ye uolsss. Kepekatan EDP 8-15% dan tahan 3 hingga 5 jam. EDP dengan kepekatan 4 – 8% hanya tahan 2 hingga 4 jam. So uols pilih la nak perfume yang wangi lama or wangi sekejap je heee.

Dan satu lagi uolssss..

Tolong la jangan beli perfume perfume yang ada gred gred dari Dubai tu or perfume yang konon kononnya perfume reject tu. Perfume tu tak ori tau uolssss. Berlambak perfume gred A, AA, AAA, AAA+ kat Facebook tu aduduh uols jangan jadi tipah tertipu k :P


Sunday, August 24

Laptop Terbaik

4:13:00 pm 1 Comments

aku ingat lagi masa umur aku belasan tahun aku teringin sangat nak laptop. nak suruh mak ayah aku beli memang tak dapat la. tapi aku faham mak ayah aku takde duit. kalau mak ayah aku ada duit bukan setakat laptop diaorang belikan minta je apa-apa mesti dapat punyeee haha!

bila aku dah besar dah ada kerja senang sikit nak beli itu ini. nak beli 5 biji laptop pun boleh. ceh berlagak. bahahaha! tapi nak buat hape beli laptop banyak-banyak? satu cukup la hehehe.

laptop pertama aku ialah HP Compaq Presario V3000. laptop ni bukan aku yang beli huahua. laptop ni ex-boyfriend aku yang belikan. dah 8 tahun aku pakai tapi masih elok lagi. HP ni tahan lasak kauuu entah dah berapa kali aku jatuhkan laptop ni tapi masih sihat walafiat hahaha!

http://www8.hp.com/my/en/ads/hp-pavilion/overview.html?jumpid=af_jpa81cbqmv?jumpid=ba_vsk1563dmp/dm:_N5840.138274.8315779688421_110836963_283926358_59132951_2365882

sekarang ni macam-macam model ada kat pasaran. semuanya cantik-cantik. harga pun harga mampu milik. ikutkan nafsu tamak ni nak je aku rembat satu HP Pavillion Notebook PC ni grrr. tapi tu la selagi laptop aku ni masih bernyawa selagi tu la aku takkan beli yang baru. cewahhhh.

kalau korangzz nak beli laptop baru beli la jenama HP heee :D


Friday, July 18

Peluru Berpandu Buk

4:30:00 pm 1 Comments
Penasihat kepada Menteri Dalam Negeri Ukraine, Anton Gerashchenko, di laman Facebooknya berkata pesawat MH17 dipercayai ditembak jatuh oleh pemisah di ruang udara Ukraine menggunakan peluru berpandu Buk, sejenis peluru berpandu darat ke udara.


Also known as SA-11 Gadfly (or newer SA-17 Grizzly)
Russian-made, mobile, medium range system
Weapons : Four surface-to-air missiles
Missile speed (max) : Mach 3
Target altitude (max) : 22,000 metres (72,000ft)

Source : Global Security


Enam Insiden Seumpama MH17

11:10:00 am 1 Comments
#PrayForMH17 #CorPan

1955: El Al Israel Airlines ELAL402

Penerbangan ini berlepas dari London menuju ke Tel Aviv melalui Vienna dan Istanbul. Pada 27 Julai 1955, pesawat Lockeheed L-049 Constellation itu tersasar masuk ke ruang udara Bulgaria.

Ia ditembak jatuh oleh dua pesawat pejuang MiG-15 milik tentera udara Bulgaria dan jatuh terhempas dekat Petrich, Bulgaria. Semua 58 penumpang dan anak kapal terbunuh. Nahas ini berlaku ketika hubungan tegang antara blok timur dan barat semasa era Perang Dingin.

Ia juga nahas terburuk melibatkan Lockheed L-049 Constellation pada ketika itu. Bulgaria kemudian memohon maaf dan mengatakan juruterbangnya telah "tergesa-gesa."

1973: Libyan Airline 114

Pesawat ini dalam penerbangan dari Tripoli menuju ke Kaherah melalui Benghazi. Akibat cuaca buruk dan kegagalan berfungsi peralatan komunikasinya, ia tersasar masuk ke ruang udara yang dikuasai oleh Israel dekat Semenanjung Sinai.

Pesawat Boeing 727 ini dipintas oleh dua pesawat pejuang milik Israel. Ia ditembak jatuh selepas dikatakan enggan memberi kerjasama. Siasatan mendapati juruterbang pesawat itu menyangkakan dua pesawat pejuang itu adalah milik Mesir yang dikerah untuk mengiringinya.

Pesawat itu membawa 113 orang penumpang dan anak kapal. Lima daripada mereka terselamat termasuk pembantu juruterbang.

1978: Korean Airlines KAL902

Pesawat yang dalam penerbangan dari Paris ke Seoul ini mengalami gangguan peralatan.

Juruterbangnya tersilap membuat perkiraan dan terbang masuk ke ruang udara Kesatuan Soviet (ketika itu) di Garisan Artik. Tentera udara Soviet yang menyangkakannya pesawat pengintip melepaskan tembakan. Pesawat Boeing 707 itu kemudian membuat pendaratan kecemasan dekat sempadan Finland. Dua daripada 109 penumpang dan anak kapalnya terbunuh.

1983: Korean Airlines KAL007

Pesawat pemintas milik Soviet Union menembak jatuh pesawat Boeing 747 yang dalam penerbangan dari New York ke Seoul. Ia membawa 269 orang penumpang dan anak kapal termasuk seorang wakil rakyat Amerika Syarikat. Semua mereka terbunuh. Nahas ini terjadi ketika kemuncak era Perang Dingin.

Ia meningkatkan kempen anti-Soviet terutamanya oleh Amerika. Soviet pada awalnya menafikan kejadian tetapi kemudiannya mengaku bertanggungjawab lima hari selepas insiden.

1988: Iran Air IRA655

Kejadian ini berlaku ketika Perang Iran-Iraq dan ketika hubungan tegang antara Amerika Syarikat dan Iran. Tentera Laut Amerika tersalah sangka kononnya pesawat Airbus 300 itu adalah sebuah pesawat pejuang.

Selepas beberapa amaran, kapal perang USS Vincennes melepaskan dua tembakan misil yang satu daripadanya mengenai pesawat itu. Ia jatuh di Selat Hormuz, membunuh semua 290 penumpang dan anak kapal. Iran mendakwa pesawat tersebut telah sengaja ditembak jatuh. Amerika membayar kepada Iran sebanyak AS$101.8 juta sebagai ganti rugi.

2001: Siberian Airlines SBI1812

Pesawat ini dalam penerbangan dari Tel Aviv, Israel ke Novosibirsk, Rusia. Ia ditembak jatuh oleh misil dari Ukraine semasa terbang melintasi Laut Hitam. Siasatan mendapati tentera udara Ukraine melepaskan dua misil semasa latihan ketenteraan.

Semua 78 penumpang dan anak kapal maut.


Tuesday, December 17

Watsons VIP Card + Touch & Go

10:00:00 am 3 Comments

Seronok shopping kat Watsons kan uolss. Macam-macam adaaa.. Masa tengah beratur kat kaunter bayaran cashier tu sibok duk promote Watsons VIP Card + Touch & Go ni. 



Bila sampai turn iols tak sempat cashier tu bukak mulut iols dah jawab I nak tukar kad lama ke kad Touch & Go. Bersemangat gitu. Bayar RM3 je. Macam-macam voucher ada. Siapa tak nak wei?? :P


Corak kad pon lebih meriah dari kad yang sebelum ni :D Ohye kawan iols kata sekarang ni nak tukar kad dikenakan bayaran RM6 :P


Friday, August 30

Bentuk-bentuk Gangguan Seksual

10:47:00 am 8 Comments


Biasanya orang perempuan kot selalu kena gangguan seksual ni. Aku pernah kena gak. Nanti la aku kongsi kat korang.

Bentuk-bentuk gangguan seksual terbahagi kepada ;

Gangguan secara lisan 

Kata-kata, komen, gurauan, usikan, bunyi dan soalan-soalan yang berbentuk ancaman atau cadangan seksual.

Gangguan secara isyarat

Pandangan atau kerlingan yang membayangkan sesuatu niat atau keinginan, menjilat bibir atau memegang atau memakan makanan dengan cara menggoda, isyarat tangan atau bahasa isyarat yang membayangkan perlakuan seks, tingkah laku mengurat yang berterusan.

Gangguan visual

Menunjukkan bahan-bahan lucah, melukis gambar lucah, menulis surat berunsur seksual, mendedahkan bahagian badan yang sulit yang tidak sepatutnya didedah.

Gangguan psikologi

Mengulangi jemputan sosial yang telah tidak diterima, memujuk rayu berterusan untuk keluar bersama atau untuk bercumbuan.

Sumber : Code of  Practice On The Prevention and Eradication Of Sexual Harassment In The Workplace.


Friday, August 2

Luxe

4:59:00 pm 4 Comments


BEANIPLEX dah cuba.

IMAX 3D dah cuba.

Buifrin kata nak tengok The Wolverine kat TGV Luxe pulak. Gilfrin ikut aje. Tak kisah pun nak tengok kat mana. Janji dapat tengok wayang kan.

TGV Luxe ni adalah penjenamaan semula TGV Club. Kalau dulu TGV Club kat 1Utama ada ruang tamu macam kat TGV Club kat Sunway Pyramid tapi apabila TGV Club 1Utama diganti dengan TGV Luxe, tak ada dah ruang tamu yang dikhaskan untuk pelanggan TGV Luxe tu.

TGV Luxe hanya boleh menempatkan semarai 102 orang sahaja. Couple seat tu dijarakkan dengan couple seat yang lain. Macam gambar kat bawah. Rasanya hanya ada 8 couple seat je kot kat belakang tu.



Yang ni pula seat depan. Tak banyak beza pun kan? Tak nak la masuk TGV Luxe lagi hahaha.


Harga :)


Monday, June 3

Kau Tahu Apa Itu Aurora?

4:19:00 pm 7 Comments

Halo?

Kawan aku, Oni, yang tanya soalan tu. Aku jawab la pernah dengar nama Aurora Salwa je. HEHE.

Aku tanya Oni, kenapa dengan aurora tu? Oni kata 'Eleh itu pon kau tak tahu. Kau google sekarang. SEKARANG'.

Dengan penuh curios aku taip

a u r o r a

Maka keluar la gambar-gambar yang menakjubkan seperti dibawah.





'Ala gambar photoshop je ni. Edit-edit kan?'

'Kau buka aurora wiki sekarang. SEKARANG!'.

Aku pun baca aurora wiki hmmm..

Aurora adalah fenomena alam yang menyerupai pancaran cahaya yang menyala-nyala pada lapisan ionosfera dari sebuah planet sebagai akibat adanya interaksi antara medan magnetik yang dimiliki planet tersebut dengan partikel bermuatan yang dipancarkan oleh Matahari.

Di bumi, aurora terjadi di kutub Utara dan kutub Selatan.

Aurora yang terjadi disebelah Utara dikenali dengan nama Aurora Borealis, dinamakan sempena Dewi Fajar Rom, Aurora. Di Eropah, aurora sering kelihatan kemerah-merahan. Aurora borealis selalu terjadi di antara September dan Oktober dan March dan April.

Fenomena aurora di sebelah Selatan pula dikenali dengan nama Aurora Australis mempunyai sifat-sifat yang serupa.

Menakjubkan sungguh aurora ni kan? Aku baru tahu kewujudan aurora ni hahahahaa! Apesal Cikgu Georafi dulu tak cakap pun pasal aurora yang cantik ni?? Cikgu pun tak tahu kot tentang fenomena aurora ni? HEHEHE.


Monday, May 13

Bilik Untuk Di Sewa!!

11:34:00 am 7 Comments


Semua ada dihujung jari. Dulu pernah gak buat iklan bilik untuk disewa lepas tu tampal kat stesen bas dan jejantas. Malu wei haha.

Akhir bulan ni housemate aku nak pindah. Alasannya budak yang sebilik dengan dia nak sewa bilik tu sorang-sorang. Oh ok. Lepas tu tetibe budak sebilik dia tu suruh aku buat iklan untuk cari roomate. Roomate? Oh ok sedikit musykil di situ. Tapi takpe la itu bukan hal aku haha.

Dan akhirnya aku dah berjaya mengiklankan bilik untuk disewa itu. Terima kasih Mudah dah iBilik kerana memudahkan kerja aku :P

Kadang-kadang susah tau tinggal sebumbung dengan manusia yang macam-macam perangai ni. Nasib baik la aku sewa bilik sorang-sorang. Tak pening kepala. Pening kepala bila keluar dari bilik je haha. Tak sanggup wei aku kongsi bilik huhuhi.

 Menang Galaxy Note 2 di SINI!!


Tuesday, April 9

Korean Plastic Surgery : Risiko

12:08:00 pm 12 Comments

Wowww! Percaya atau tidak 1 daripada 5 orang di South Korea melakukan pembedahan plastik? Pembedahan plastik yang paling popular ialah eyelid surgery dan membentuk tulang rahang kepada bentuk V. Satu angka yang menakutkan bagi saya.

Dan saya sudah kecewa dengan orang korea. Memang la shantek tapi semuanya PALSU :/
Tak shomel ke mata sepet? Uhm.


Kim Joon Hee

Oh Cho Hee
















Artis Malaysia pun dah ramai yang buat plastic surgery ish ish.

RISIKO dan BAHAYA pembedahan plastik :

Pedarahan

Pendarahan biasanya berlaku selepas beberapa jam pembedahan. Pendarahan menyebabkan pembekuan dan pengumpulan darah di bawah kulit yang dipanggil Hematoma. Hematoma menyebabkan kulit menjadi biru atau ungu menyebabkan kawasan itu menjadi sakit. Omgomg.

Jika pendarahan terus berlaku, pengaliran oksigen disekitar tisu akan terganggu dan akan menyebabkan pembengkakan, kebas dan kulit mati.

Jangkitan

Semasa dan selepas pembedahan bahagian jahitan terdedah kepada jangkitan bakteria. Tanda biasa jangkitan ialah demam, keradangan, bau busuk dan pengeluaran cecair kuning.

Seromas

Seromas adalah pengumpulan cecair tisu yang boleh menyebabkan peningkatan berat badan.

Parut

Parut adalah salah satu risiko yang paling biasa. Ia berkait rapat dengan kesan jahitan dan keupayaan penyembuhan luka. Semasa proses pemulihan, penebalan tepi kulit dan pembentukan tisu berbutir boleh berlaku. Kebanyakan pakar bedah suka untuk menyembunyikan parut di tempat-tempat tersembunyi. Sebagai contoh dalam pembedahan pembesaran payudara garis pemotongan yang tersembunyi di bawah lipatan payudara.

Kerosakkan saraf

Jarang berlaku. Namun jika kerosakan saraf berlaku pesakit akan berasa kebas dan berasa seperti dicucuk-cucuk di bahagian tersebut. Boleh menyebabkan otot menjadi lemah dan lumpuh. Omgomg.

Anesthesia

Risiko penggunaan anesthesia yang menyebabkan loya dan sakit tekak. Risiko bergantung kepada faktor-faktor tahap kesihatan dan tahap keseriusan pembedahan tersebut namun ia jarang berlaku.


Monday, April 8

Tiada Kolagen Dalam Rumpai Laut!!!!

1:48:00 pm 17 Comments


Apa yang anda akan baca di bawah ini mungkin akan mengejutkan. Malah mungkin ada yang tidak mahu menerima kenyataan. Realiti kadangkala sememangnya pahit untuk ditelan. Tetapi inilah pendirian TSM sejak dari dulu lagi. Meskipun kami menerima bantahan dan kecaman dari pelbagai pihak, kami tetap degan pendirian kami. Kebenaran tetap akan kami dedahkan. Contohnya dalam isu rokok, detox rendam kaki, gelang magnet, rokok elektronik dan sebagainya. Sesungguhnya kebenaran itu berada pada kedudukannya yang tersendiri dan tidak akan mampu digugat oleh apa-apapun. Dalam membongkar kebenaran, kami tidak akan menyebelahi kepentingan mana-mana pihak. Baik atau buruk, ia perlu didedahkan agar semua orang tahu.

Kolagen adalah sejenis protein. Terdapat lebih 25 jenis kolagen yang terhasil secara semulajadi di dalam tubuh manusia. Ia membentuk 30% dari jumlah protein dalam tubuh manusia. Tidak dinafikan ia sangat penting untuk tubuh. Ia berfungsi seperti gam pelekat yang melekatkan seluruh bahagian tubuh kita. Seringkali kolagen dikaitkan dengan kesihatan kulit. Ia membantu melambatkan proses penuaan. Bukan membuatkan kulit yang berkedut kembali tegang. Kenyataan ini sepatutnya diambil perhatian. 

Bagaimanapun, apabila usia semakin meningkat, degradasi kolagen akan berlaku dan akhirnya menimbulkan kedutan. Oleh sebab itu, ramai pakar kesihatan kulit menasihatkan supaya mengambil langkah untuk merangsang pengeluaran kolagen. Ia dapat memperlahankan proses kedutan. Salah satu caranya ialah mengambil makanan yang tinggi khasiat menghasilkan kolagen di dalam tubuh. Itu tidak bermakna makanan itu 'mengandungi' kolagen. 

Rumpai laut yang mendapat sambutan hangat di pasaran hari ini ialah jenis agar yang diekstrak dari spesis Eucheuma Gelidium. Ia sebenarnya sudah lama digunakan dalam masakan terutama untuk membuat kueh agar-agar.

Hari ini, disebabkan penyebaran kononnya ia mengandungi kolagen, ia semakin mendesak orang ramai untuk mendapatkannya malah harganya kini meningkat.

Ia mendapat sambutan di kalangan mereka yang inginkan kulit kelihatan cantik dan licin terutamanya golongan wanita. Seperti biasa masyarakat mudah tertipu dengan apa saja iklan menggunakan teori saintifik yang cuba mengelirukan pengguna. Pencarian TSM tidak menemui apa-apa maklumat tentang kandungan "kolagen" di dalam rumpai laut. Setakat ini tiada kajian saintifik yang mendapati rumpai laut mengandungi kolagen. Malah zat-zat yang membantu menghasilkan kolagen yang banyak boleh ditemui dalam vitamin C seperti buah-buahan citrus, bukan dalam rumpai laut. Buah-buahan itu sendiri tidak mengandungi kolagen. Agak pelik bagaimana mereka boleh mendakwa rumpai laut adalah sumber kolagen terbaik?

Kolagen tidak hadir begitu saja. Dakwaan yang mengatakan adanya 'kolagen mentah' dalam rumpai laut adalah salah. Apatah lagi yang mendakwa 'ibu kolagen'. Tiada kolagen yang didapati dalam bentuk mentah.  Orang Jepun yang mula-mula menemui makanan rumpai laut hanya menjadikan ia sebagai sayur-sayuran dan salad dalam hidangan mereka. Jepun tidak memiliki tanah yang luas untuk penanaman, maka mereka beralih kepada sumber lautan.

Iklan-iklan di laman-laman web penjual rumpai laut yang membezakan gambar pengguna sebelum dan selepas jelas menunjukkan dua situasi yang berbeza. Gambar 'SEBELUM' diambil dengan 'cameraphone' dalam keadaan kurang cahaya (underexposure) menyebabkan wajah kelihatan gelap dan kusam manakala gambar 'SELEPAS' pula diambil dalam keadaan cahaya terang (overexposure) menjadikan wajah kelihatan cerah 'berseri'. Ia tidak memerlukan manipulasi digital menggunakan perisian Adobe Photoshop, hanya olahan cahaya sekitar. Ini jelas suatu bentuk penipuan. Bagi TSM dan mereka yang tahu teknik dalam fotografi, ia tentu mudah untuk dijelaskan. 

Penghaslilan Produk

Rumpai laut digunakan untuk menghasilkan tiga hydrocolloids iaitu agar, alginat dan carrageenan. Hydrocolloids ialah bahan yang larut dalam air untuk memberikan kelikatan, membentuk gel, untuk menstabilkan produk seperti ais krim (ia menghalang pembentukan kristal supaya ais boleh kekalkan tekstur licin).

Produk kosmetik seperti krim dan losyen kadang-kadang melabelkan kandungan "ekstrak marin", "ekstrak alga", "ekstrak rumpai laut" malah ada yang lebih berani melabelkannya sebagai "marine collagen". Ini mungkin menunjukkan ia mengandungi salah satu hydrocolloids yang diekstrak dari rumpai laut. Alginat dan carrageenan boleh meningkatkan sifat-sifat pengekalan lembapan pada kulit. Yang jelas, ia tidak boleh membuatkan wajah anda kembali remaja setelah kulit anda berkedut. Malah kajian terhadap beberapa spesies rumpai laut kelp, wakame dan nori mendapati ia baik untuk merawat kanser dan thyroid, bukan untuk awet muda.

Hari ini, sudah ada pengusaha produk minuman mendakwa minuman mereka mengandungi kolagen...inilah salah satu perkara yang paling melucukan yang pernah di dengar di abad ini. Ia juga mungkin penipuan terbesar abad ini. Pihak berkuasa sepatutnya lebih tegas dalam menguatkuasakan akta pelabelan produk makanan dan minuman.

Jika anda ingin terus menggunakannya, anda boleh teruskan. Sekurang-kurangnya kulit anda sentiasa kekal lembap dan anda dapat khasiat seperti makan sayur-sayuran. Cuma anda membelanjakan wang yang lebih untuk mendapatkan khasiat sayur-sayuran sedangkan orang lain hanya membelanjakan beberapa ringgit untuk membeli sayuran di pasar.  

Dari Mana Untuk Dapatkan Kolagen


Kolagen tidak boleh didapati begitu saja. Anda tidak boleh mendakwa anda mendapat kolagen dengan memakan 'kolagen'. Ia tidak semudah itu. Jika ada orang mendakwa sedemikian, dia mungkin berjenaka atau dia tidak pernah belajar ilmu biologi.

Dakwaan tentang kolagen mentah, kolagen asli atau ibu kolagen dari rumpai laut sebenarnya tidak berasas. Ia sesuatu yang diada-adakan.Orang yang tidak tahu apa-apa tentu mudah diperdaya. Tambahan pula terdapatnya iklan syarikat TM menunjukkan seorang pengusaha rumpai laut yang berjaya di TV. Ia mungkin sedikit sebanyak telah mempengaruhi pemikiran pengguna bahawa "rumpai laut suatu produk yang bagus dan mendapat sambutan luarbiasa sehingga ke luar negara."

Sebenarnya tiada apa yang ajaib tentang rumpai laut. Walaupun ia mengandungi nutrien dan faedah kesihatan, terdapat banyak lagi produk lain dari daratan yang sama atau dapat menandingi khasiatnya.

Kolagen dihasilkan dari dalam tubuh kita. Ia tidak boleh didapati dari luar. Untuk memastikan tubuh kita menghasilkan kolagen, kita perlu mengambil makanan-makanan yang boleh membantu penghasilan kolagen secara semulajadi. Makanan yang boleh membantu penghasilan kolagen ialah sumber vitamin C seperti buah-buahan citrus, sayur-sayuran, tomato, keju, soya, asid amino, ikan dan telur.

Sumber : TSM (The Secret Medicines)


Friday, March 29

Contoh Surat Akuan Bujang

9:15:00 am 21 Comments

Penolong Pengarah,
Bhgn Nikah, Cerai dan Rujuk
Pentadbiran Undang-undang Syariah
Tingkat 3, Blok Perpustakaan
Kompleks Pusat Islam,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
Jalan Perdana 50480, Kuala Lumpur

Tuan,

PER : SURAT AKUAN BUJANG

Adalah dengan ini diakui bahawasanya Dezee bin Deezein No. kad pengenalan XXXXX-XX-5007, adalah seorang pekerja di jabatan ini dan mengikut rekod jabatan kami, beliau masih BUJANG dan BELUM PERNAH BERKAHWIN.

Surat akuan bujang ini hanya boleh diterima pakai sehingga selesai permohonan perkahwinan beliau.

Sekian terima kasih.


Yang benar,


(Tandatangan ketua jabatan, nama, jawatan dan cop jabatan)


 Gambar hiasan


Friday, March 22

Minyak Masak Yang BAGUS!!

9:49:00 am 25 Comments

Uols biasa tak nampak label kat minyak masak tu 'TANPA KOLESTEROL'? Biasa kan? Iols rasa setiap minyak masak wajib ada perkataan tu. Semua itu poyo! Itu adalah strategi company minyak untuk mengaburi mata weols dan strategi melariskan minyak masak mereka!!

Sebenarnya apa-apa bahan makanan yang dihasilkan daripada tumbuh-tumbuhan tidak mengandungi kolestrol uols oiii. Kolesterol hanya wujud pada bahan makanan yang dihasilkan daripada haiwan :B

Sebagai pengguna yang bijak weols kena la bijak memilih minyak yang terbaik untuk kesihatan :B


Fyi, komponen minyak terdiri daripada ;

1) minyak mono tak tepu (monounsaturated) - minyak baik
2) minyak poly tak tepu (polyunsaturated) - sesetengah pakar kata minyak ni minyak baik, sesetengah kata tak baik. ish.
3) minyak tepu (saturated) - minyak jahat

Minyak jahat adalah minyak yang paling sukar untuk dicernakan oleh badan weols. Salah satu penyebab OBESITI. Huh.


Pilih la minyak masak yang jernih seperti minyak diatas. Minyak yang warna gelap tu biasanya mengandungi paling banyak minyak jahat :P

Sebelum ni iols pernah cuba minyak masak Carotino. Ala minyak masak yang berwarna merah tu. Doctor kata minyak masak tu yang paling bagus sebab kaya dengan Natural Carotenes, Vitamin A, Tocotrienols & Tocopherols (Vitamin E) and Co-enzyme Q10. Tapi tak tahan la guna minyak tu. Tumis sayur jadi merah kau. Masak nasi goreng pun jadi merah. Hilang selera iols.

Dari minyak brand Naturel aku bertukar ke Ideal lepas tu bertukar ke SunLico. Semua minyak ni kualiti sama je. Minyak sunflower jugek. Bertukar sebab SunLico minyak sunflower yang paling murah di antara 3 brand ni HAHAHA!

10/05/2016

Iols nak update sikit.. baru-baru ni iols dengar taklimat kesihatan daripada seorang doctor dari Institut Jantung Negara (IJN) beliau mengatakan bahawa minyak yang jernih seperti minyak di atas kurang sesuai untuk digunakan untuk menggoreng ikan, ayam or daging sebab apabila kita nak menggoreng kita akan naikkan suhu api terlalu tinggi dan ia akan menghasilkan or membentuk minyak yang tak baik. So makanan yang kita goreng tu menjadi kurang sihat. Nak menggoreng ikan, ayam or daging guna la minyak yang gelap seperti minyak cap Buruh or cap Helang. Minyak jernih lebih sesuai untuk menggoreng sayur-sayuran sahaja.

Sekian, terima kasih kerana sudi membaca!


Thursday, March 21

Bersalin Di Hospital Kerajaan Atau Swasta?

4:14:00 pm 22 Comments

Hola guys!

Fuhh awal pagi tadi aku berwhatapps dengan Esah dan Lizzy. Borak pasal beranak (bersalin). Kalau cerita pasal bersalin ni dah berjuta-juta pengalaman yang aku dengar daripada ibu-ibu. Seram oh. Tapi elok juga dengar pengalaman orang lain nanti boleh bertambah ilmu didada.


Haysa dijangka akan bersalin bulan depan. Aku dan Lizzy apa lagi semua petua dicurahkan kepada Esah. Confident gila bagi petua macam la kitaorang ni dah pernah bersalin HAHAHA. Haysa berkongsi gambar scan baby girl tu. Aku terkagum sebab 3D nampak dengan jelas kau. Ternampak kemancungan baby girl Esah piwit. Tak macam gambar scan dolu dolu tak nampak hape-hape.

Aku kata :
  • Semasa meneran tu jangan naikkan punggung nanti koyak banyak.
  • Heret suami masuk labour room. Biar suami nampak betapa peritnya melahirkan anak. Nanti suami pasti lebih menghargai kita dan sanggup berjaga tengah malam untuk menjaga baby yang biasanya cengeng.
  • Jangan menjerit-jerit. Buang tenaga je baik simpan tenaga tu untuk meneran.
  • Sebelum doctor nak jahit kat tempat tu, minta doctor bius sikit hihi. Yang ni aku tak tahu boleh ke tak HAHAHA. Boleh bius lagi bagus la. Kalau tak boleh bius tahan je le. omgomgohtuhanku.

Lizzy kata :
  • Bawak suami masuk dalam labour room TAPI jangan bagi suami tengok kat tempat tu HAHAHA. Nanti suami tak berselera HAHAHHAHAHHAHAHHHHAA.

Esah akan bersalin di hospital swasta. Aku dan Lizzy sokong 100% sebab orang kata anak pertama ni susah gila nak keluar. Doctor swasta konon-kononnya lebih prihatin hehe. Ini orang cakap tau hihi. Esah kata kat Sabah bayaran dekat-dekat RM3000. Aku hengatkan RM5000 haha. Kat KL lebih mahal kot kan kan?

Walaupun aku dengan Lizzy bujang tapi kami mengidam nak bersalin dihospital swasta HEHEHE.

Suami-suami diluar sana menabung la ye? :P

Friday, March 15

Samsung Galaxy S4

7:57:00 pm 18 Comments



Fuh terliur tengok Samsung Galaxy S4. Nasib baik la lebih comel dari Samsung Galaxy S3. Hanya dua pilihan warna hitam dan putih. Harap-harap buifrin pilih warna putih tapi aku tahu itu MUSTAHIL heehhe.

Ok la aku nak blah. Nak pergi tengok The Last Exorcism Part II bersama blogger-blogger lain. Rasanya blogger yang famous amos pun turut dijemput ^^ Tapi pelik la aku tak pernah jumpa Hanis Zalikha masa Nuffnang premiere screening. Asyik-asyik Chuckei asyik-asyik Ashlee asyik-asyik Red Mummy grrr. Nak sangat tengok Hanis Zalikha HEHEHE. Tapi aku pun gila suka tengok Chuckei perghhhh cun nak mampus.

Hmmm k la bai ;)

Saturday, February 2

I Love RHB Now

1:44:00 pm 7 Comments

Wahwah, rasa macam setahun iols tak update blog.





Bayar bil elektrik dapat t-shirt I Love RHB Now.

Hmmm kan bagus kalau hadiah tu adalah wang tunai RM50000 hehehe. Kalau iols menang RM50000 home makeover by Harvey Norman tu iols tak tahu la nak makeover rumah siapa. Iols kan takde rumah sendiri. Takkan la iols nak makeover rumah sewa ni kannnn..

Kalau uols nak menang RM50000 home makeover by Harvey Norman tu uols klik SINI ye. Lai lai sempat lagi uols nak join tarikh tutup 20 March 2013!!

Oh ye, semoga berjaya! :D