Friday, August 2

Makan @ Jollibee Centre Point, Sabah


Hola guys!


Bila Jollibee umum nak buka cawangan kat Malaysia, teruja beb. Lebih teruja sebab cawangan Jollibee pertama di Malaysia di buka di negeri kelahiran I Sabah hikss! Lokasinya Centre Point Kota Kinabalu, Sabah.

Dulu I pergi Brunei tak sempat nak merasa Jollibee sebab time tu baru siap lunch hahaha.


Jollibee berasal dari Philippines guys. Mabuhayyy pinoy!! Eh tetiba hahahaha!

Ok cerita bab makanan pulak. Apa yang I perasan, menu Jollibee tak banyak pilihan. Ada ayam goreng, spaghetti, burger, nasi, tu je yang I ingat hahaha.


Masa tu I order Chickenjoy with Jolly Spaghetti, Crispy Chicken Burger set dengan fries. I saja nak rasa spaghetti Philippines khennn. Ayam goreng rasa biasa je kot? Rasa macam ayam goreng yang my mom masak kat rumah hehehe. Spaghetti bolognese hmm ok la not bad. Tapi takde la special sangat kot? Maybe sebab I dah selalu sangat makan spaghetti kat KL so tak teruja sangat. Or maybe sebab I lebih suka carbonara berbanding dengan bolognese? Maybe. Crispy Chicken Burger tu omg sedap! Tapi sebiji tak cukup guys kena makan 3 biji baru kenyang hahaha!

You guys kena try la walaupun sekali seumur hidup. Tak semestinya I cakap rasa biasa je you all pun rasa macam tu kan? Hhehe.


No comments:

Post a Comment