Hola guys!
Selepas mengunjungi Blue Coral, my friends and I pergi hi tea kat Atmosphere 360, KL Tower. Hi tea buffet start pukul 3.30 hingga 5.30 petang. Pukul 3 macam tu I and the gang dah beratur kat kaunter untuk ambil pass masuk. Ramai gila woiii T.T
Dapat je pass masuk weols beratur sekali lagi untuk naik lift. Lama juga nak tunggu lift turun naik ambil penumpang. Kalau korang plan nak hi tea kat sini, korang kena standby awal. Maybe dalam pukul 2 macam tu korang dah start ambil pass masuk. Bila weols dah dapat naik lift tu ha legaaa. Tak sabar nak tengok pemandangan bandaraya KL dari atas hehe.
Ingatkan lepas keluar dari lift boleh duduk terus, rupanya sangkaan meleset sama sekali. Sekali lagi weols kena beratur tunggu meja la pulak. Pelayan akan panggil nama. Tunggu lama juga tapi tak sampai sejam laa. Maybe sebab ramai yang tak siap lunch buffet.
Nak duduk tepi tingkap boleh je tapi kena top up RM25 per table. View memang cantik oii tapi gayat. Kalau jenis gayat macam I memang laju je jantung tu berdenyut hahaha.
Menu boleh tahan. Dah namanya hi tea so mesti la simple je. Menu yang I ingat masa tu pelbagai makanan masakan orang Malaysia seperti nasi goreng, mee goreng mamak, nasi ayam, murtabak, bubur, dumpling, pisang goreng, kuih muih, beberapa jenis cake dan buah buahan. Air panas kopi dan teh.
Office I dari atas.
Tak semua makanan I sempat nak ngappp. Start makan pun lambat. I fikir boleh la balik lewat sikit maybe dalam pukul 6 macam tu sebab tadi tunggu meja pun lambat tapi sebelum 5.30 pelayan dah datang kat meja ingatkan weols yang kejap lagi masa dah nak tamat :/
Hi tea kat sini ok la. Cuma pening sikit sebab restaurant tu berpusing 360°. Masa menunggu meja tu dah kepala dah start pening sebab terasa sangat restaurant tu bergerak biar pun perlahan.
Ok untuk harga hi tea kat sini, uols boleh rujuk gambar diatas. I beli online RM82 je untuk dewasa hehe. Reservation 3 hari sebelum. Hmm bagi I harga berbaloi dah tu. Dapat tengok view yang cantik, perut kenyang and dapat masuk ke Blue Coral.
Ok untuk harga hi tea kat sini, uols boleh rujuk gambar diatas. I beli online RM82 je untuk dewasa hehe. Reservation 3 hari sebelum. Hmm bagi I harga berbaloi dah tu. Dapat tengok view yang cantik, perut kenyang and dapat masuk ke Blue Coral.
No comments:
Post a Comment