Hola guys!
Macam-macam cara menabung yang orang share kat Facebook. Salah satu caranya seperti gambar diatas. Menjadi ke? Hmmm.. terpulang kepada individu itu sendiri la kan? Sebab cara I menabung lain.
Bagi I cara macam ni leceh dan perlukan ruang penyimpanan. Risiko kecurian pun besar haha. Lagi satu cuba bayangkan setiap hari tertengok tabung yang banyak duit syiling ni, silap hari bulan I korek sikit beli KFC hahaha. Haa sikit demi sikit syiling dalam botol tu berkurangan ahhaha. Travel dalam mimpi je laaa oii.
Tapi cara ni menjadi juga kat sesetengah orang. Contohnya my dad. Setiap hari my dad akan masukkan duit dalam tin biskut Jacobs yang my mom sediakan. My mom pernah cakap, my dad kumpul dalam RM7000. My dad bukan simpan duit syiling je, duit kertas RM50 RM100 pun my dad sumbat dalam tu hahaha. Maybe bagi sesetengah orang, semangat menabung tu lebih membara menabung dalam botol or tin daripada simpan dalam bank simpanan haha.
Tapi cara ni I rasa I tak berminat. Sebab I memang jenis suka menabung kat bank. I terbiasa menabung dari sekolah rendah lagi. Biasanya, setiap bulan selepas gaji I dah siap asingkan duit untuk travel. I memang bijak dalam bab-bab menyimpan duit ni. Aisehhh hahaha!
Tahun ni I tak travel mana mana lagi. Travel ke Sabah je la. Sedih teramat T.T Kalau ikutkan plan I, bulan October 2019 ni I akan travel ke London, Switzerland, France and Germany. Tapi plan tak menjadi sebab sob sob boleh baca kat SINI.
Big Ben and London Eye, London.
Rhine falls, Germany.
Eiffel Tower, France.
Mt.Titlis, Switzerland.
Hmm kempunan nak travel ke europe 4 negara tu huaaalahai sedihnyaaaa :/ Hmm next year pulak I akan travel ke Jeju Island, Korea and maybe akan travel ke Manila, Philippines. Jeju tu confirmed sebab dah book flight tickets. Yang Manila tu masih memburu ticket murah hahaha.
Haa uols nak travel ke mana? Share la sikit hehe.
Haa uols nak travel ke mana? Share la sikit hehe.
No comments:
Post a Comment