Saturday, October 26

Cuti Koh Samui: Restoran Halal


Hola guys!

Kat Koh Samui Island ni, restoran halal sangat terhad. Salah satu restoran yang dekat dengan hotel I ialah Fareast Halal Food. Restoran ni berdekatan dengan Central Festival Samui.



First day I kat Koh Samui I dinner kat sini. Second day pun sama haha sebab I dah malas sangat nak Google cari restoran halal yang lain. Lagi pun jadual I memang padat so takde masa nak fikir restoran lain. Cukup la apa yang ada depan mata hahaha.


Restoran ni sunyi sepi je macam hotel yang I duduk tu. Koh Samui ni memang sunyi sepi ke apa? Dua hari dinner kat sini, mak cik yang sama yang ambil order semua. Nasib baik mak cik ni pandai cakap english sikit-sikit.


Pineapple cashew fried rice 180 Baht [RM25]


Seafood fried rice 80 Baht [RM11] Boleh pilih seafood, ayam or daging. Nasi goreng ni rasa biasa je. Rasa biasa sangattt. Tak tau la nak cakap sedap ke tak.


Sambal belacan, timun and limau. Sambal belacan sedap!


Dinner hari kedua, seafood tom yum and prawn stir-fry broccoli and cashews 120 Baht [RM17]. Tom yum boleh pilih clear soup or with santan. Harga dah lupa tapi dalam RM20++ Nasi sepinggan 20 Baht [RM2.80]. Masakan kat sini rasa biasa biasa je. Tak wow sangat.

OK kat sini I senaraikan halal restaurant lain yang you all boleh cuba. Alamat tu you all boleh Google hehe.

Falafel Factory Samui
Ihsan Muslim Restaurant
Restaurant Nasi Kerabu
Restaurant Muslim Krua
Lake View Halal Food
Faria Halal Food
Melayu Samui Seafood

Ok bye!


No comments:

Post a Comment