Showing posts with label Gossip | Celebrity. Show all posts
Showing posts with label Gossip | Celebrity. Show all posts

Friday, February 15

Bumi Flat / Flat Earth - Suhaimi Saad

3:07:00 pm 0 Comments

Hola guys!


Nama Suhaimi Saad (suami kepada Ina Naim ex-girlfriend Mawi) tengah panas seperti pisang goreng! Sebenarnya bila aku tau yang Suhaimi ni anti Vaksin, aku dah rasa pelik kat situ. Tak sayang anak ke? Malaysia ni ramai pendatang asing dari negara yang mundur Bangladesh, India dan lain-lain. Mereka ni banyak bawa penyakit. Tahu tak?

Tak hantar anak ke sekolah tu tak pelik la sebab kat oversea tu perkara biasa je. Cuma peliknya, home schooling tapi tak berpandukan apa-apa syllabus. Takkan Suhaimi tak nak daftar anak ambil PMR, SPM? Kalau takde PMR, SPM macam mana nak masuk university? Tak pun kalau tak nak masuk university pun, macam mana anak-anak Suhaimi tu nak cari kerja? Rezeki Allah itu luas bla bla bla.. Tak pernah ke dengar ayat ni "Menuntut ilmu biarlah sampai ke negara China"?


Baru-baru ni Suhaimi mengatakan bumi itu flat? HAHAHA! Siap minta Dr. Sheikh Muszaphar bersumpah yang bumi itu berbentuk sfera. Gila apa? Kau apa hal nak suruh-suruh orang bersumpah bagai? Apasal kau tak bersumpah yang bumi tu flat? Saja je nak kacau astronaut kebanggaan Malaysia.

Bila aku baca respon daripada Dr. Sheikh Muszaphar melalui Instagram beliau, betapa kagumnya aku cara beliau menggambarkan betapa cantiknya ciptaan Allah ketika melihat bumi dari jauh. Dari situ pun kita dah nampak perbezaan antara seorang yang berilmu dan tidak berilmu bila berbicara. Suhaimi ni sikit-sikit nak gelarkan orang bodoh, sikit-sikit nak cakap orang sesat. Eww padahal diri tu yang bodoh! Dahlah bodoh, sombong pulak tu HAHAHA.

Aku kesian tengok anak-anak Suhaimi dapat bapak macam ni. Ina Naim tu aku tak tau nak komen apa lah. Ina tu dah cukup tua dah tau baik buruk. Nasihat la sikit suami kau tu Ina oii.


Tuesday, January 15

Szwengger

9:06:00 am 2 Comments

Hola guys!

Happy new year 2019!


Me: Sayang, Chris Pratt nak kahwin dengan anak Szwengger

Hubby: Haa apa? Anak siapa? 

Me: Anak si Arnold Szwengger tu

Hubby: Hahahahahahahahahahhahahahaha!!

Me: -.-"


Friday, May 25

Kylie Jenner Plastic Surgery - Before and After

9:39:00 am 0 Comments

Hola guys!

Kylie Kristen Jenner, 21

Siapa tak kenal Kylie Jenner??? Selebriti yang sangat POPULAR dan berpengaruh dalam dunia hiburan. Berjuta follower di Instagram fuhhh. Selebriti pujaan remaja di Malaysia dan seluruh dunia. Apa sumbangan dia pun aku tak tahu bahahahaha!

Okay guys mari kita lihat gambar Kylie Jenner sebelum dan selepas plastic surgery iaitu nose job, lip injections, breast implants and botox. 







Kylie Jenner bersama kakaknya Kendall Jenner.

Umur baru 21 tapi OH MY GOD dah buat macam-macam jenis plastic surgery! Seram wei. Nak cantik punya pasal. Dengar-dengar Kendall pun ada buat plastic surgery. Mungkin ada tapi tak ketara sangat macam Kylie hehe. Oh ye, aku peminat Kendall. Tak minat Kylie sebab punggung Kylie besar hahahahaha!

Friday, May 18

Biodata Intan Liana, Izreen Azminda & Ude

9:02:00 am 0 Comments

Hola guys!

Meh tengok biodata 3 selebriti yang panas ni hehehe :P


Nama: Intan Liana Salleh
Tarikh Lahir: -/-/1985
Umur: 33 tahun 
Kerjaya: Model muslimah
Suami: Muhammad Radzi Abdul Wahid (2013 - 2017)
Anak: Arish Muqri, Ariq Muqri



Nama: Izreen Azminda Azna
Umur: 33 tahun
Tarikh Lahir: 30 Ogos 1985
Asal: Kangar, Perlis
Kerjaya: Pelakon, Pengacara, Model
Pendidikan: Diploma Kewartawanan Integratif dari Institut Media Integratif Malaysia (MIIM)
Suami: Ude Wahid (2017-) , Muhamad Riza (2012 - 2014)
Anak: Muhammad Adrian Umar



Muhammad Radzi Abdul Wahid
Umur: 28 tahun
Kerjaya: Pemuzik bebas
Isteri: Izreen Azminda (2017-), Intan Liana (2013 - 2017)
Anak: Arish Muqri, Ariq Muqri


Friday, March 2

Ude, Intan & Izreen

9:14:00 am 0 Comments

Hola guys!


Kisah rumahtangga paling terhangat masa kini jatuh kepada Ude, Intan dan madunya, Izreen.

Satu je aku nak cakap, lelaki kalau dah jatuh cinta dengan betina lain hmmm jangan harap la dia nak kat kau lagi. Kau saja la yang buruk. Betina tu yang paling mulia. Segala pengorbanan kau sebagai isteri, ibu kepada anak-anaknya, susah senang kau bersama suami jatuh bangun terduduk terlangkup,  semua tolak tepi. Semua sia-sia guys.

So apa kau perlu buat?

MOVE ON.

Ya move on. Tinggalkan je lelaki tak guna tu. Ingat, hidup ni hanya sekali. Kita berhak untuk bahagia. Kita berhak untuk rasa disayangi, dicintai.

Takde hala tuju?

Tuhan ada guys. Tuhan wujud. Tuhan sentiasa memerhati kita. Membantu kita. Setiap saat biarpun kita selalu lupakan Dia.

Jika sebelum ni kau surirumah, tak ada pendapatan. Cari kerja. Tak perlu bergantung harap dengan orang lain selagi tenaga ada. Percaya la rezeki tu luas.

Kak Intan sayang, bertabah la. Kita saling tak mengenali. Mungkin aku tak pernah lalui apa yang kau lalui sekarang tapi aku sebagai seorang isteri faham perasaan kau.

Kak Intan sayang, aku tahu sekarang kau tengah bersedih tapi yakin la, cahaya kebahagian menanti.


Tuesday, November 22

Gambar Perkahwinan Tan Boon Heong

8:17:00 pm 0 Comments

Hello guys!

Dah hujung tahun ni ramai yang nak kahwin yayyy!! Tak lama lagi berlambak kad jemputan kahwin. Yang tak kahwin lagi tu relax okay? Jodoh tak sampai lagi tak apa kita sabar. Yang dah kahwin tu jangan nak berlagak dengan orang yang tak kahwin. Baru habis lafaz nikah dah sebok sebok tanya kawan kat tepi, kau bila lagi?? Haaa macam syaitonnnnn je hahaha.

Ok tu pendahuluan karangan hahaha.

Cantik betul wife Tan Boon Heong ni T.T Haaa kau tak kenal Tan Boon Heong?? Alaaa pemain badminton beregu Malaysia la wehhh!! Aku pun sikit lagi tak kenal hahaha. Yela biasa tengok dia pakai jersey tigerrrr jerrr kannnn!! Biasa selekeh je haha. Ni tiba-tiba pakai smart gila handsome pulak tetiba hahaha.

Gaun pengantin perempuan ya ampun cantik gila huaaaa!! Aku pun nak!!! Siapa la yang reka gaun pengantin yang cantik gilaaa ni?? Korangz yang nak kahwin tu boleh la jadikan gaun pengantin perempuan ni sebagai ilham cewahh!

 




























Tahniah Tan Boon Heong and wife!!! Semoga kita bahagia sehingga anak cucu!!


Monday, May 9

KEPUTUSAN TERKINI ABPBH 29

9:39:00 am 0 Comments



Kategori Utama ABPBH 29

Anugerah Bintang Paling Popular – Neelofa

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Fauziah Datuk Ahmad Daud @ Kak Ogy

Artis Baharu Lelaki Popular – Sufi AF2015

Artis Baharu Wanita Popular – Mira Filzah

Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular – Kumpulan Wings

Artis Komedi Popular – Abam Bocey

Pelakon Filem Lelaki Popular – Sharnaaz Ahmad

Pelakon Filem Wanita Popular – Fathia Latiff

Pelakon TV Lelaki Popular- Sharnaaz Ahmad

Pelakon TV Wanita Popular- Emma Maembong

Pengacara TV Popular- Neelofa

Penyampai Radio Popular- DJ Lin

Penyanyi Lelaki Popular- Aizat Amdan

Penyanyi Wanita Popular – Adira AF

Artis Versatil Popular – Ifa Raziah

Pemenang Artis Aksi Selfie Popular- Saharul Ridzwan

Artis Ikon #Respek Popular- Datuk Aznil Haji Nawawi

Artis Trending Popular- Ayda Jebat

Artis Youtube Popular- Siti Nordiana

Personaliti Media Sosial Popular- Lara Alana


Friday, April 1

Lara Alana Tercalon Dalam Kategori Personaliti Media Sosial Popular ABPBH 29

9:27:00 am 0 Comments


Pengacara dan pelakon popular Awal Ashaari, 35, terkejut apabila anaknya Lara Alana yang baru berusia setahun enam bulan tercalon dalam kategori Personaliti Media Sosial Popular Anugerah Bintang Popular BH ke-29 (ABPBH 29).

Awal berkata, dia tidak menyangka penganjur boleh menyenaraikan nama Lara sedangkan dia sekadar anak selebriti.

Pastinya semua ini berpunca daripada populariti Lara yang mendadak apabila akaun Instagramnya yang diwujudkan Awal kini mempunyai ‘followers’ (pengikut) seramai 1.6 juta.

“Sebelum ini Lara pernah tercalon dalam kategori online untuk Anugerah Influence Asia 2015, tetapi saya tidak pernah mempromosikan untuknya apatah lagi meminta peminat mengundi.

“Ini kerana saya tak tergamak nak berbuat demikian. Instagram itu bukannya Lara, tetapi saya. Apabila perkara itu berlaku seolah-olah saya pula yang tercalon,” katanya.

Pengacara Melodi ini juga tertanya-tanya kenapa anaknya itu diangkat ke tahap lebih serius sedangkan tujuan asal Awal mewujudkan akaun Instagram Lara sekadar suka-suka.


Menurut Awal, dia juga rasa bersalah apabila Instagram anaknya semakin mendapat perhatian banyak pihak.

“Lara bukannya selebriti, sebaliknya hanya anak kepada selebriti. Jadi tidak sesuai kalau nak menggelarnya begitu.

“Apabila perkara ini sudah sampai ke tahap dia dicalonkan di acara anugerah, timbul rasa bersalah dan takut pula.

“Bukan apa, saya takut orang memandang serius kewujudan akaun Instagram Lara itu. Ramai ingat apa yang ditulis itu daripada Lara sehingga berlakunya pergaduhan sesama mereka di ruangan komen,” katanya.

Suami kepada pelakon dan pengacara Scha Alyahya ini turut mengakui tidak ada sebab untuknya berbangga, teruja atau gembira apabila anaknya tercalon.

“Lara dikenali kerana saya mewujudkan akaun laman sosial untuknya. Jadi tidak ada sebab untuk saya bangga atau nak mendabik dada. Lara masih sama seperti kanak-kanak lain.

“Cuma membezakannya adalah segala aktiviti harian dikongsi dalam akaun berkenaan. Lara beruntung apabila mendapat bapa seperti saya yang memang gemar berbuat sedemikian,” katanya.

Lara mula ke sekolah.

Bakal menginjak usia dua tahun Julai ini, Lara sudah mula ke sekolah sejak Januari lalu.


Menurut Awal, perkara itu bertujuan untuk memberi pendedahan keadaan persekitaran kepada anaknya.

“Persekolahan Lara lebih kepada ‘play school’ untuk membiasakannya dengan keadaan sekeliling. Dalam masa sama, nak melatih dia untuk mendengar arahan daripada pihak lain.

“Bukan apa, selama ini Lara tidak mempunyai teman terutama di rumah, jadi banyak perkara dia buat ikut caranya sendiri,” katanya.

Awal berkata, selepas tiga bulan bersekolah Lara sudah menunjukkan perkembangan positif.

Lara yang pada mulanya menunjukkan rasa kurang minat, kini dilihat bersemangat setiap kali dihantar ke sekolah.

“Masa mula-mula agak susah juga dan dia asyik menangis, tetapi sekarang dia lebih bersemangat dan teruja nak ke sekolah.

“Sekarang kalau menghantarnya ke sekolah, dia sudah pandai melambai saya,” katanya.

Menurut Awal, anaknya itu sudah pandai membaca huruf A sehingga Z, mengira dan makan sendiri.


Friday, December 11

Keluarga Barbie!

1:04:00 pm 0 Comments


Bagaimana si ibu, begitulah si anak. Sudah pasti kecantikan Valeria Lukyanova yang digelar ‘Barbie Hidup’ diwarisi daripada darah dagingnya sendiri, Irina Pashkeeva.

Ibu dan anak perempuan ini kelihatan sama dari segi rambut berwarna platinum perang dan bentuk mata serupa. Apa yang membezakan cuma Irina Pashkeeva kelihatan lebih tua dan ada kedutan di wajahnya.

Menurut Valeria, ibunya banyak memberi sokongan dan ilham kepadanya untuk menjalani kehidupan seperti seorang ‘bintang.’

“Buku-buku milik ibu memberi motivasi kepada saya untuk melakukan meditasi, yoga dan mengembara ke seluruh dunia,” katanya.

Seperti dirinya, ibunya juga mengikuti diet ketat untuk mengekalkan penampilan diri walaupun sebahagian tubuhnya kelihatan agak meragukan.

Meskipun wanita Ukraine ini menjadi sensasi di Internet, Valeria meraih perhatian sama ada daripada peminat atau pengkritik yang memberi pelbagai tanggapan mengenai kecantikannya.

Bagaimanapun, dia tidak harus dipersalahkan 100 peratus dalam hal ini kerana ibunya menerima baik penampilan mereka yang digelar dua beranak ‘manusia patung.’

Lebih mengejutkan, bapa Valeria, Valery Lukyanov juga berpenampilan seperti patung hidup.


Walaupun tidak kelihatan asli pada pandangan kebanyakan orang kerana wajahnya dikatakan lebih banyak ‘dirapikan’ menerusi pembedahan plastik dan botoks, dia tak kisah.

Malah, dia seolah-olah cuba mencuri publisiti yang diraih anak dan isterinya.

Valery berkata, dia tidak kisah dengan penampilan anaknya kerana isterinya juga mempunyai minat dan kecantikan sama.

Selain ibu dan bapa Valeria, datuk dan neneknya juga memiliki wajah yang hampir sama kecuali bentuk tubuh. Wajah si nenek mungkin serupa dengan patung Barbie yang sudah tua, begitu juga dengan si datuk!

Memetik kata-kata Valeria dalam akhbar The Sun: “Ramai orang fikir anda hanya perlu memiliki wajah cantik untuk berjaya tetapi itu tak benar. Hanya rohani dalaman boleh membawa hasil memuaskan.”

Valeria sebenarnya sudah menemui pilihan hati dan berkahwin. Walaupun ada orang mungkin tidak menyukai diri dan penampilannya, Dmitry Shkrabov menyokong isterinya sepenuh hati dan sangat menyintainya tanpa mempedulikan segala komen negatif.

“Dmitry sentiasa berada di sisi saya. Dia menyayangi dan menyokong saya. Dia sukakan saya sama ada dengan atau tanpa mekap.

“Dia menjadi seorang ‘vegetarian’ lebih awal daripada saya. Dia sukakan aktiviti luar seperti memanjat gunung dan pernah menakluki Gunung Elbrus. Kami bersedia untuk mendaki Gunung Everest, pergi ke Nepal dan barisan pergunungan Himalaya,” kata Valeria.

Dalam perkembangan lain, Valeria diterbangkan ke New York oleh majalah V untuk ditemu bual dan menjalani penggambaran fesyen oleh Sebastian Faena, jurugambar model terkemuka dari Argentina.

Popularitinya melonjak apabila fotonya di Internet menunjukkan rambutnya berwarna perang, ukuran pinggang yang sangat kecil, berdada montok, mata besar kehijauan umpama permata dan berkulit licin sehingga digelar Barbie Hidup.

Namun, ramai mempersoalkan sama ada tubuhnya benar-benar asli atau melakukan pembedahan untuk kelihatan sebegitu. Ia mungkin tidak tepat secara saintifik tetapi Valeria sememangnya dekat dengan dunia Barbie.

“Ramai berkata buruk kepada mereka yang ingin menyempurnakan diri sendiri.

“Ia kerja keras tapi mereka menolak dengan me­nganggapnya sebagai sesuatu yang dilakukan pakar bedah atau artis grafik. Tetapi saya tidak ambil serius tuduhan itu, sebaliknya berbesar hati. Kejayaan sememangnya sebegitu.

“Saya gembira kerana walaupun mereka mengang­gap saya tidak asli, itu bermakna saya melakukannya dengan baik,” katanya.

Barbie Hidup ini yang turut dikenali dengan ‘nama kerohanian’ Amatue, tidak bimbang dengan perhatian masyarakat.

“Benar, saya kini menjadi ikutan. Setiap wanita cantik dengan ciri-ciri halus dan kurus akan kelihatan seperti anak patung. Saya tak nafikan keadaan itu membuatkan saya terpengaruh dengan persepsi orang ramai,” katanya.

p.s. bagi aku satu family ni ada masalah mental.