Showing posts with label Relationship. Show all posts
Showing posts with label Relationship. Show all posts

Friday, January 18

Cinta Mati

8:55:00 am 1 Comments

Hola!


Orang perempuan memang suka lelaki jahat ke?

Banyak je lelaki baik-baik kat luar sana tapi kenapa perempuan selalu salah pilih lelaki? Contohnya masa bercinta kau dah nampak dah perangai lelaki tu macam syaitonnnn panas baran, kaki pukul, kaki perempuan, kaki maki, kaki ketum tapi kenapa kau masih nak teruskan hubungan tu? Kenapa kau masih nak korbankan diri dalam hubungan yang kau dah memang tahu kau akan terseksa, kenapa? Sebab kau takut kau tak laku? Sebab umur kau dah masuk 30-an tapi masih tak kahwin? Sebab kau tengok orang sekeliling kau semua dah kahwin dah ada anak tapi kau masih zero? Sebab kau dah terlanjur? Sebab tu ke?

Please la wehh jangan sebab semua tu kau nak korbankan hidup kau semata-mata kerana lelaki tak guna. Banyak kesan buruknya, tahu tak? Kau bukan sahaja menyusahkan diri kau tapi kau menyusahkan keluarga kau dan kawan-kawan yang sayangkan kau. Please perempuan tolong jangan jadi bodoh.

Aku tak kisah.

Ya, aku tak kisah kalau kau tersalah pilih lelaki yang hebat berlakon semua anugerah pelakon dia sapu licin. Pandai sembunyikan perangai syaitonnnnnya tu. Lelaki yang jenis lepas kahwin baru kau tahu lelaki tu syaitonnn bertopengkan manusia. Haaa itu lain cerita la. Tapi jangan la jadi bodoh selamanya! Tahun pertama kedua dah jadi punching bag tapi bertahan. Konon dugaan berumahtangga. Shit.

Pelik.

Aku rasa pelik dengan perempuan yang sengaja butakan mata. Nak sangat jadi Kassim Selamat. Masa bercinta, bertunang kau dah kena sepak terajang tapi masih juga nak teruskan hubungan tu ke arah perkahwinan. Kadang mak bapak kau dah tahu bakal bakal suami kau tu syaitonnnn, bila dihalang haa mula la kau buat drama. Konon cinta mati dihalang oleh orang tua. Sanggup membelakangkan mak bapak yang besarkan kau tatang kau bagai minyak yang penuh. Dugaan masa bercinta la konon kau cakap LOL.

Eh sial la.

Kau kata "Ala lepas kahwin nanti dia berubah la" Eh bodoh, kau ingat perkahwinan ni silap mata ke apa? Kahwin hari ni esok dah berubah jadi malaikat? Ramai je aku nampak lelaki syaitonnn macam tu tak berubah sampai mati. Dah nazak pun sempat lagi nak maki hamun anak bini. Kau nak ke hidup dengan lelaki macam tu?

Takdir.

Bila perkahwinan kau tak sebahagia seperti drama TV3 pukul 7 malam, kau salahkan takdir. Bagi aku hidup ni sentiasa ada pilihan. Kau boleh pilih yang baik atau jahat. Lain la perkahwinan yang diatur oleh keluarga. Alasan ni aku boleh terima. Heh.

Please la wahai perempuan otak tu biar cerdik sikit.


Friday, March 2

Ude, Intan & Izreen

9:14:00 am 0 Comments

Hola guys!


Kisah rumahtangga paling terhangat masa kini jatuh kepada Ude, Intan dan madunya, Izreen.

Satu je aku nak cakap, lelaki kalau dah jatuh cinta dengan betina lain hmmm jangan harap la dia nak kat kau lagi. Kau saja la yang buruk. Betina tu yang paling mulia. Segala pengorbanan kau sebagai isteri, ibu kepada anak-anaknya, susah senang kau bersama suami jatuh bangun terduduk terlangkup,  semua tolak tepi. Semua sia-sia guys.

So apa kau perlu buat?

MOVE ON.

Ya move on. Tinggalkan je lelaki tak guna tu. Ingat, hidup ni hanya sekali. Kita berhak untuk bahagia. Kita berhak untuk rasa disayangi, dicintai.

Takde hala tuju?

Tuhan ada guys. Tuhan wujud. Tuhan sentiasa memerhati kita. Membantu kita. Setiap saat biarpun kita selalu lupakan Dia.

Jika sebelum ni kau surirumah, tak ada pendapatan. Cari kerja. Tak perlu bergantung harap dengan orang lain selagi tenaga ada. Percaya la rezeki tu luas.

Kak Intan sayang, bertabah la. Kita saling tak mengenali. Mungkin aku tak pernah lalui apa yang kau lalui sekarang tapi aku sebagai seorang isteri faham perasaan kau.

Kak Intan sayang, aku tahu sekarang kau tengah bersedih tapi yakin la, cahaya kebahagian menanti.


Wednesday, May 4

Cinta? Apa Itu Cinta?

10:20:00 am 15 Comments


Ada apa dengan cinta?

Kali ini aku nak cite pasal cinta.

Jiwang la plak kan?

Entahlah.

Kali ni rasa macam nak cite pasal cinta lak.

Hmmmm cinta itu satu perkataan yang cukup pendek dan ringkas.

Cuma 5 huruf tapi pengertiannya cukup dalam.

Sori la aku ni bukan pakar dalam bab-bab mengarang.

Sebab aku tak pandai berpuitis, straight to the point je la. Lagi senang he he he.

Ada apa dengan cinta sebenarnya?

Apa istimewanya cinta ini sampai boleh buat kita gembira, sedih dan macam-macam perasaan lagi.

Boleh ke kita hidup tanpa cinta?

Bagi aku hidup tanpa makanan takleh la..

Nanti aku takleh nak buat keje he he he..

Bagi aku dari cinta bermulanya kisah cinta.

Sebab tanpa cinta mana ada kisahnya.

Korang paham ke tak aku cite ni?

Aku sendiri pun tak paham apa aku cite.

Cinta dan sayang mana lagi giler?

Aku pilih cinta sebab kalau dah cinta punya pasal tengok bumbung rumah pun jadilah.

Dari cinta mulalah kasih sayang, rindu dan benci.

Benci?

Ops

Ada orang benci kat aku tak?


Korang mesti pernah jumpa yang sepadan secocok dengan korang?

Aku?

Cinta sejati tak pernah jumpa lagi tapi cinta hampeh ada la he he he.. takpe.. I Will Survive. Macam lagu Gloria Gaynor tu!

Cinta membuat kita bersemangat tapi bila putus macam orang giler.


Dasat cinta ni.

Biasa dengar ayat-ayat begini?

Percayalah..ayang la kekasih abang. Abang berjanji kita tetap bersama selamanya.

Janji?

Heh!

Cinta tanpa janji macam kari tanpa garam la.

Tak sedap kan?

So tak kisah janji palsu ke, janji kosong ke, janji tetap janji.

Tunai tak tunai belakang kira.

Cinta memang indah kan?

Bila kita di alam cinta semuanya macam fantasi.


Kita nak happy je sepanjang masa tanpa mahu fikir hal lain.

Tapi sebenarnya kita lupa..

Realitinya

Cinta banyak halangan


Kekadang kerana cinta kita terpaksa lupakan cinta. Sedihnya.

Bukan kehendak kita.

So takde gunanya kita menangis menjerit meraung.

Ilham pale hotak kau!

Mula-mula tu memanglah susah sikit tapi lama-lama kita boleh hadapi.

Hmmm.. hidup tanpa cinta memang sunyi.

*Mana nak cari boifren baru ni?!*

Tapi kita kena ingat dari mana datangnya cinta?

Semua dari-Nya.


Wednesday, January 12

14 Signs Of Your Soulmate

10:51:00 pm 0 Comments

14. You argue and fight with them, but still can't get them out of your mind..

13. When you're on the phone with them late at night and they hang up but you miss them already when it was just five minutes ago..

12. You read their texts over and over again..

11. You walk really slow when you're with them..

10. You feel shy whenever you're with them..

9. When you think about them, your heart beats faster and faster..

8. You smile when you hear their voice..

7. When you look at them, you can't see the other people around you.. all you see is him/her..

6. You start listening to slow songs, while thinking of them..

5. They become all you think about..

4. You get high just from their scent and closeness..

3. You realize that you're always smiling to yourself when you think about them..

2. You would do anything for them..

1. While reading this, there was one person on your mind the whole time..