Showing posts with label Lazada. Show all posts
Showing posts with label Lazada. Show all posts

Thursday, November 24

[Review] Maggi Royale Thai White Seafood Tom Yam

3:12:00 pm 0 Comments

Hello guys!

Korangz dah lunch ke belum? I baru habis lunch. Hari ni I lunch Maggi Royale Thai White Seafood Tom Yam yang super yummy! Makan Maggi sebab malas gila nak keluar cari makan.

Kat office I memang tersedia microwave di setiap bahagian. So senang la nak masak maggi. I lebih suka makan maggi yang dimasak dengan air mendidih daripada maggi yang direndam dalam air panas. Rasanya tak omphhh hehe.


 Rasa Maggi ni tak sama dengan Maggi Tom Yam yang biasa tu tau. Nehi nehi. Maggi Royale Thai White Seafood Tom Yam ni rasanya lebih masam sikit, kurang berminyak dan sedap gilaaaaaaa. Habis satu mangkuk I kerjakan haha.


Tengok tu, korangz terliur tak? :P Cara I masak I masukkan maggi dan air panas (sebab kat office memang ada air panas) ke dalam mangkuk. Kemudian masak dalam microwave selama 3 minit. Zappppppppppp! Siap!


Kandungan nutrisi Maggi Royale Thai White Seafood Tom Yam. Korang yang belum lunch tu haa tunggu apa lagi try la maggi niiiiiiiiiiii!!!

Ok la, adios!


Sunday, November 20

[Review] Nescafe White Coffee Pandan

1:27:00 pm 0 Comments

Hello guys!

I bangun lambat hari ni haha.
Cepatnya masa berlalu hari ni dah Ahad :( Esok Isnin ahhh bosan la nak pergi kerja :(
Mari breakfast!! Eh eh dah tengahari la hahaha. 


Hari ni I nak try Nescafe White Coffee Pandan. I memang seorang pencinta kopi ♥ Setiap hari mesti nak pekena kopi ♥ Sekali sehari pun dah cukup baru la hidup I terasa lengkap haha.


Aroma pandan yang wangi dan lembut menambah rasa sedap ♥ I kalau tak minum kopi rasa macam tak ada mood je. Coffee lover kat luar sana pun rasa gitu ke? Ke I sorang je rasa macam ni hahaha.


Satu tin ni ada lapan sachet. Satu sachet 36g, 136kcal. Boleh la buat satu mug besar hihihi. Hirup perlahan-lahan, menikmati kopi rasa pandan sampai ketitisan yang terakhir huaaaa sedappp!!


Biasanya bila I buat kopi I suka letak susu dalam air kopi I. Rasa lemak-lemak sikit. Ikut citarasa you all la nak letak banyak mana hehehe. Tak letak pun takpe sebab itu memang cara I.

Kalau nak try boleh beli kat LAZADA. Murah jeee! Tambah-tambah lagi sekarang ni kempen Lazada Online Revolution fuhhh rasa nak beli semua barang haha.


Guna voucher code dibawah boleh dapat 20% discount! Jangan lepaskan peluang tau!


Oh ya tin ni you all boleh jadikan sebagai tabung. Ajar la anak-anak you all menabung dari kecil. Tiru macam Rosmah. Nanti bila dah besar boleh beli cincin diamond juta-juta hahahaha.

Ok bye!


Saturday, November 12

[Review] Nutrifier Shampoo & Nutrifier Masque By L'Oréal Professionnel

2:11:00 pm 0 Comments

Helo guys!

Rambut adalah mahligai setiap wanita.


Okay okay, hari ni MV nak review produk awesome daripada L'Oréal Professionnel. Produk tersebut ialah Nutrifier Shampoo & Nutrifier Masque. Suka sangat dengan wangian shampoo ni. Memang teramat wangi. Rasa nak sapu kat badan pula, biar MV wangi dari hujung rambut ke hujung kaki haha.



Nutrifier Shampoo dan Nutrifier Masque dirumus daripada gliserol dan minyak kelapa memberikan khasiat yang sesuai untuk rambut yang kering. Gliserol membantu menghidrat dan menyuburkan rambut, manakala minyak kelapa membuatkan rambut sihat dan bersinar seperti matahari.



 [GAMBAR SEBELUM]


Gambar atas ni rambut MV sebelum menggunakan Nutrifier Shampoo dan Nutrifier Masque. Rambut agak "keras/kasar" (faham tak? lol), senang kusut dan kering kontang seperti gurun sahara.

Shampoo bebas silikon ini berfungsi membersihkan dan menjadikan rambut lebih lembut, lebih lembut dan lebih berkilat.


[GAMBAR SELEPAS]



YAY!!

Korang nampak tak perbezaan rambut MV sebelum dan selepas tu? Please jangan cakap tak ada beza haha. Selepas menggunakan Nutrifier Shampoo & Nutrifier Masque, rambut MV menjadi lembut, ringan dan nampak bermaya walaupun hanya sekali cucian.

Kalau korangz pun ada masalah rambut seperti MV dan korangz nak rambut sihat, halus dan berseri-seri seperti rambut MV korang boleh cuba produk tu kat SINI ^^

#LZDMYRevolution



Korangz boleh guna code dibawah untuk discount sebanyak 20%



Okay itu je! 

Adios!


Sunday, October 23

9 Kebaikan Organic Chia Seed

1:27:00 pm 0 Comments

Halo!

Yayyyy ni la chia seed yang aku beli online lalala. Order hari ni dan tulat sampai ke tangan wohoooo! Dah lama aku nak beli chia seed tapi harga kat luar agak mahal hehe. Kebetulan ada sale so aku tak nak lepaskan peluang!


Setiap kali breakfast aku campurkan chia seed, oat dan kurma ke dalam susu kambing. Sedap weh. Perut pun rasa kenyang je ♥

Chia seed ni banyak kebaikan iaitu;

1. Kulit dan Penuaan

Penyelidik dari Mexico membongkar bahawa chia seed mempunyai kepekatan jumlah fenolik semulajadi (antioksidan) hampir dua kali lebih tinggi daripada yang dilaporkan sebelum ini dan aktiviti antioksidan menunjukkan ia menghentikan sehingga 70% daripada aktiviti radikal bebas.

Ia membuktikan bahawa chia seed kaya antioksidan semulajadi. Antioksidan mempercepatkan sistem pembaikan kulit dan mencegah kerosakan yang lebih teruk . Pengambilan chia seed boleh mencegah penuaan kulit pra-matang yang disebabkan oleh keradangan kerosakan radikal bebas.


2. Sistem Penghadaman Yang Baik

Kandungan serat dalam chia seed sangat tinggi iaitu hampir 11 gram per auns. Menurut Persatuan Dietetik Amerika, satu hidangan sudah cukup untuk pengambilan serat yang disyorkan dalam sehari.

Fiber adalah penting untuk mengimbangi tahap gula darah semulajadi kerana ia adalah kandungan serat yang tinggi dan lemak yang sihat.

Chia seed membantu menggalakkan kekerapan membuang air besar dan najis yang sihat. Kandungan serat yang kaya dalam chia seed juga membantu kita berasa lebih kenyang kerana ia menyerap sejumlah besar air dan segera mengembang dalam perut apabila dimakan.

Ini dapat menjelaskan mengapa kajian klinikal telah membuktikan bahawa chia seed mengurangkan rasa lapar dan menyekat selera makan yang juga boleh membawa kepada penurunan berat badan. Chia seed juga bekerja sebagai prebiotik menyokong pertumbuhan probiotik dalam usus.


3. Kesihatan Jantung

Keupayaan chia seed untuk mengawal kolesterol dan tekanan darah membuat ia amat bermanfaat untuk kesihatan jantung. Selain itu, seseorang yang kerap memakan chia seed berisiko rendah untuk mendapat aterosklerosis.

Secara ringkas, menurut artikel yang disiarkan dalam jurnal ulasan Ujian Klinikal Terkini: kajian menunjukkan keberkesanan chia seed untuk alahan, angina, peningkatan prestasi sukan, kanser, penyakit jantung koronari (CHD), serangan jantung, hormon atau gangguan endokrin, hiperlipidemia, tekanan darah tinggi, strok dan vasodilatation.

Biji chia seed tinggi kandungan linoleik, asid lemak yang membantu tubuh menyerap vitamin larut lemak A, D, E dan K. Chia seed mengandungi lemak sihat iaitu Omega-3 asid yang lebih tinggi dari lemak ikan salmon. Omega-3 melindungi jantung dengan mengurangkan tekanan darah, kolesterol tidak baik dan keradangan. Keradangan menyebabkan tekanan pada saluran darah dan menyebabkan penyakit jantung. Memakan benih chia anda boleh melindungi jantung anda!


4. Membantu Merawat Diabetes

Chia seed kaya dengan asid alfa-linolenik dan serat, penyelidik dari University of Litoral di Argentina menyatakan pengambilan chia seed boleh membantu mencegah gangguan metabolik seperti dyslipidemia (lemak yang berlebihan dalam darah) dan rintangan insulin iaitu dua faktor penyebab diabetes.

Seperti yang diterbitkan dalam British Journal of Nutrition, mendapati artikel ini amat menarik kerana ahli-ahli sains menjalankan dua kajian. Keputusan yang mengejutkan, semasa pemeriksaan pertama, memakan chia seed sepenuhnya dapat menghalang dyslipidemia dan rintangan insulin.

Para penyelidik juga mendapati bahawa penambahan memakan chia seed juga mengurangkan tisu adipos visceral iaitu tisu "lemak perut" yang menyebabkan metabolisme badan dan merupakan komponen obesiti! Secara ringkas, chia seed telah terbukti untuk menghentikan kencing manis!


5. Meningkatkan Tenaga & Metabolisme

Satu kajian yang disiarkan dalam Journal of Strength and Conditioning menyimpulkan bahawa pengambilan chia seed mempertingkatkan prestasi senaman untuk senaman selama 90 minit. Dengan menambah hidangan chia seed sehari ia boleh membantu meningkatkan metabolisme anda dan membakar lemak perut juga!


6. Tulang Yang Kuat

Hanya satu auns chia seed mempunyai 18% daripada jumlah harian yang disyorkan kalsium. Kalsium adalah asas dalam kesihatan tulang dan membantu mengekalkan kekuatan tulang dan jisim. Chia seed juga mengandungi boron yang merupakan satu lagi nutrien penting untuk kesihatan tulang. Boron membantu memetabolismekan kalsium, magnesium, mangan, dan fosforus untuk pertumbuhan tulang dan otot yang sihat.


7. Membina Otot & Mengurangkan Berat Badan

Chia seed merupakan salah satu sumber utama. Chia seed sangat sesuai bagi mereka yang cuba untuk membina otot, membakar lemak dan mengimbangi kadar gula dalam darah. Chia seed membantu menggantikan beberapa nutrien hilang semasa bersenam.

Ia tinggi kandungan mineral penting seperti kalsium, fosforus, magnesium, mangan, tembaga, zink, besi dan niasin. Salah satu ciri-ciri yang membuat chia begitu unik adalah bahawa ia boleh menyerap sehingga 10 kali beratnya sendiri di dalam air.

Oleh kerana itu, chia seed boleh meningkatkan penyerapan nutrien elektrolit. Ini juga melambatkan pencernaan dan membolehkan anda sentiasa berasa kenyang lebih lama dan mengurangkan ketagihan gula.

Chia seed juga tinggi zink, ia membantu meningkatkan leptin dalam badan. Leptin adalah hormon utama yang mengawal selera makan, bagaimana badan anda menghabiskan tenaga dan mengawal tahap tenaga anda! Ia juga meningkatkan stamina dan daya tahan.


8. Menentang Kanser Payudara dan Serviks 

Chia seed kaya dengan asid alpha lineic (atau ALA) yang merupakan asid lemak Omega-3. Pada tahun 2013, Journal of Molecular Biochemistry mendapati bahawa ALA mengurangkan pertumbuhan sel-sel kanser di kedua-dua payudara dan kanser serviks. Mereka juga mendapati bahawa ia menyebabkan kematian sel-sel kanser tanpa merosakkan sel-sel yang sihat. Walaupun lebih banyak kajian masih perlu dilakukan untuk mengetahui implikasi mendalam ALA terhadap lain-lain jenis kanser, ini adalah satu penemuan yang hebat untuk wanita yang bergelut dengan penyakit kanser.


9. Kesihatan Gigi

Dengan chia seed yang penuh dengan kalsium, fosforus, Vitamin A dan zink, tidak hairanlah bahawa ia adalah makanan utama untuk membantu gigi anda! Ia mempunyai kesan anti-bakteria penyebab nafas berbau. Vitamin A dan fosforus juga penting bagi gigi yang kuat dan mulut yang sihat.


Ok.


Banyak gila kebaikan chia seed kan uols. Kalau uols nak beli chia seed yang murah uols beli la kat SINI. Kalau beli chia seed kat IG artis malaysia tu (tamau la sebut nama hehe) mahal tau baik uols beli kat SINI je.

Ok la, tata!


Thursday, May 5

[Review] Olay Regenerist Advanced Anti-Ageing Moisturiser (Night)

8:46:00 am 0 Comments

Hola guys!


Satu perkara yang aku paling suka tentang Lazada ialah Lazada rajin buat SALE haha.

Ni salah satu barang yang aku beli kat Lazada Olay Regenerist Advance Anti-Ageing Moisturiser. Kalau kat luar harga dalam RM50++ tapi kat Lazada murah je. Jauh beza tau. Beli cepat sebab tengah promosi!!

Olay ni aku belikan untuk kawan aku. Aku tak guna Olay sebab Olay mengandungi alcohol yang agak tinggi tak sesuai dengan kulit aku yang berminyak dan sensitif.

Setiap kali beli product yang mengandungi alcohol MESTI kulit aku rasa panas lepas menggunakan product tu. Mula-mula tu aku tak perasan tapi lama-lama aku belajar sikit demi sedikit tentang kulit aku. Ambil masa bertahun juga la sebab dalam setiap product yang aku try tu mengandungi more than 20 ingredients.


Thursday, February 26

[Review] Shopping @ Lazada: 4 Layer Stainless Steel Shoes Rack

1:51:00 pm 2 Comments
Hola guys!!

Perempuan dan kasut berpisah tiada *tangan ke bahu mata ke atas*

Hampir roboh rak kasut aku kat rumah. Kasut aku seorang je dah lebih 10 pasang. Kasut laki aku tak sempat nak menumpang huahua. Biasa la perempuan. Nak pergi office pakai kasut lain. Pergi pasar malam kasut lain. Pergi tengok wayang kasut lain. Pergi lepak mamak kasut lain. Pening laki aku hahaha.

Mula-mula cari rak kasut kat kedai perabot belakang rumah tapi takde pulok. Lepas tu ajak laki pergi Giant laki aku ok je anytime katanyerrr. Bila dengar anytime tu yang sampai berbulan tertangguh hahaha. Time laki ajak pergi Giant time tu pulak aku letih wanita berkerjaya katakannnnn :P Malas nak tangguh-tangguh lagi akhirnya aku cari kat Lazada lalala.

Fikir banyak kali jugek nak beli ke tak nak beli ke tak. Laki aku kata beli je la. Fikir lagi nak beli ke tak nak beli ke tak nak beli ke tak. Okay okay aku beli hahaha.


 Oh yeahhhhhhhhh ini la dia 4 Layer Stainless Steel Shoes Rack yang aku beli kat Lazada.


Ringan senang nak angkat ke sana ke sini.


Aku order sebelum Chinese New Year barang sampai selepas Chinese New Year yahooo!! Lebih kurang 5 hari la :)

4 Layer Stainless Steel Shoes Rack ni kukuh tak senget tak tercabut ke apa. Okay je takde masalah besar. Cuma masa nak pasang tu susah sikit. Nak pasang kena 2 orang. Kalau sorang memang mampos ah sampai lusa tak siap hahaha.

Okay rak yang aku terima sama seperti dalam gambar yang disiarkan dalam website Lazada. Harga pun murah RM20 je uols!!!!!

Kesimpulannya, AKU SANGAT BERPUAS HATI wohooooooooooo!! Thank you Lazada muahhh!!


Friday, May 23

[Review] Shopping @ Lazada : Acer Laptop Adapter

12:09:00 pm 3 Comments

Hello guys!

Lama gila nak mampos aku menyepikan diri dari blog comel ni fuhhhh. Nasib baik la tak lupa password blog kahkahkah. Hidup aku takde la busy mana pon. Boleh aje online 24 hours tapi malas pulak nak update blog :P

Aku nak kongsi sikit pasal pengalaman membeli secara online kat Lazada.

Ok ceritanya camni huahua, laptop adapter kawan aku rosak so aku yang baik hati ni tawarkan la diri untuk belikan kat Lazada. Kalau nak harapkan kawan tu beli sendiri puihhh pemalas nak mampos la. Padahal guna hujung jari je pon! Beli online pon malas belum lagi aku suruh pergi kedai! Sampai kiamat pon dia takkan pergi. Aku pon tak tahu spesis jenis apa kawan aku tu. Tak pernah aku jumpa orang pemalas macam tu.

Oh oh berbalik kepada isi penting.

Aku KECEWA dengan Lazada sebab laptop adapter yang sampai kat tangan aku tak ada plug!! Tengok ni uolsss..


Nak cucuk kat mana pon aku tak tahu la. Apa daa Lazada ni :/ Sikit lagi aku nak report kat National Consumer Complaints Centre (NCCC) tapi aku coolkan diri. Relax relaxxxx.

Dalam website Lazada macam ni uolsss..


Aku dah call Lazada tanya mana plug aku uolssss. Customer Service tu minta aku emailkan gambar adapter tu. Lepas aku email, Customer Service tu kata mereka dah minta pembekal hantar plug yang tertinggal tu :D Hmmm takpe la ku tunggu mu datang wahai plug.

Tapi kan uolsss hari ni dah masuk 8 hari menunggu plug tu tak sampai sampai lagi. Darah dah naik kat dahi dah ni hermmppphhh.

NEW UPDATE : Iols dah terima plug tu yay! Thank you Lazada. I love you muahhhhhhhhhhh!!!