Showing posts with label Review. Show all posts
Showing posts with label Review. Show all posts

Monday, July 5

[Review] Watsons Acne Patch

11:00:00 am 1 Comments


Hola guys!


MCO Day 1823756349645075.

Ada ke orang yang takde jerawat? I mean tak pernah ada jerawat dalam seumur hidup? Aku setiap bulan mesti ada jerawat sebiji. Jerawat yang timbul sebelum atau semasa period. Jerawat yang disebabkan hormon rasanya. Dulu masa remaja teruk juga muka aku banyak sangat jerawat. Maybe sebab pakai produk yang tak sesuai dengan kulit. Sekarang ni dah bijak pandai pilih produk yang sesuai dengan kulit so takde dah masalah jerawat yang teruk hehe.

So guys, setiap bulan bila jerawat sebiji tu nak tumbuh aku akan tampal dengan Watsons Acne Patch ni. Penampal jerawat dalam bahasa pasar. Setakat ni pakai memang elok je. Jerawat akan kecut. Lagi pun bila kita tampal benda ni kat jerawat takde la tangan ni gatal nak kacau or nak picit jerawat tu. Jerawat pun kurang terdedah dengan bakteria, habuk yang menyebabkan gatal.

Satu kotak tu ada 24 keping. Yang banyak jerawat tu haa boleh la tampal 24 keping tu kat muka.

Hehe.

 

Wednesday, August 7

[Review] Saborino Facial Sheet Mask

4:29:00 pm 0 Comments

Hola guys!


Hari ni I nak review sikit pasal mask yang paling hangat dipasaran buat masa ni iaitu Saborino Facial Sheet Mask. Mask keluaran negara matahari terbit. Negara mana? Jepun guys Jepun!


Katanya..

"Morning breakfast for your skin. Remove dirt and dead skin, mosturizing and tightening effect."


Mask ni ada 4 jenis tapi I try yang ni dulu. Why? Sebab mask ni mengandungi COLLAGEN. You know la kan bila umur dah nak masuk 30an ni, penghasilan collagen dalam badan makin rendah. So kulit pun akan kurang collagen. Tu yang menyebabkan proses penuaan.


You boleh tengok ingredients kat atas. Mengandungi alcohol tapi kulit I elok je tak rasa terbakar pun. Biasanya bila kulit I terkena produk yang mengandungi alcohol, kulit I akan merah dan rasa panas. Maybe kandungan alcohol dalam mask ni sangat rendah so kulit I tak meragam. YASSS!!


Facial wash + skin toner + moisturizer in just one sheet!

Tak perlu basuh muka pakai facial wash dah. Tapi kena la basuh muka pakai air dulu hilangkan taik mata and air liur basi uols yang meleleh kat pipi tu khennn!! Tak perlu dah tempek toner dan moisturizer. Uolls boleh terus make up! Jimat masa jimat duit hiks!



Cara penggunaan sama je macam mask biasa TAPI pakai mask ni 60 saat je guys. First time pakai mask ni I pakai more than 60 seconds jahahaha! I really love the cooling sensation on my skin. Then bila I tanya Mandom customer service, depa kata tak boleh pakai lebih dari 60 saat sebab tak elok untuk kulit. Okay tak buat lagi hehehe.

Ok lepas guna mask ni dua kali hmm sangat okay. Kulit lebih lembap. Kulit tak naik ruam pun. Rasa best je. Rasa sejuk sejuk gituuu. Pakai mask ni setiap hari waktu pagi. Ada juga mask untuk malam tapi I rasa cukup la pakai pagi je sebab malam I nak pakai Nutox Advanced Concentrate Serum ;)

Uols boleh order kat Mandom Official Store, di jamin ORIGINAL. Kat Shopee ada je seller yang jual murah gila babi dari Mandom ni tapi bila baca review daripada buyer, mask yang seller jual totally different dari yang original. Fake product from China sebab tu murah. Nak beli kat Guardian and Watsons pun boleh tapi harga mahal sikit. Hari tu I beli kat Mandom RM43 je. Beli online kat Mandom boleh bayar guna shopee coins and voucher untuk free shipping. So guys jadi la pengguna yang bijak haha!

Ok guys, thanks for reading!


Wednesday, July 24

[Review] Palmer's Cocoa Butter Formula Soothing Oil For Dry Itchy Skin

2:26:00 pm 0 Comments
Hola guys!


Korang ada tak masalah kulit kering gatal? Kalau YES korang boleh try produk Palmer's Cocoa Butter Formula Soothing Oil For Dry Itchy Skin ni. Produk ni sangat berkesan untuk menghilangkan dan melegakan kulit kering dan kulit yang gatal-gatal.

Mentang-mentang la gambar kat botol tu gambar ibu mengandung, korang jangan fikir produk ni hanya untuk orang yang mengandung je. Produk ni juga sesuai untuk korang yang tak mengandung macam I hahahaha.

Wangi je. Malam-malam hubby pakai syok oh peluk hubby haha. Produk ni I pakai kadang-kadang je bila kulit tetiba rasa gatal. Sapu je kat kulit yang gatal, gatal terus hilang wei. Magic! My hubby pakai setiap hari sebab hubby ada masalah kulit kering yang agak kronik hahaha.

Produk ni sangat sesuai untuk ibu mengandung. Korang faham-faham la kan bila dah mengandung, perut tu membesar, mengembang, kering, gatal dan merekah (stretch marks). I baca review kalau tak nak ada stretch marks kat perut, korang kena start sapu minyak ni kat perut dari mula-mula korang tau yang korang mengandung. Tapi ada ibu mengandung yang kurang bernasib baik, sapu segala minyak pun kulit tetap ada stretch marks. Yang tu faktor genetik. Kira nasib tak berapa baik la hahaha. Tapi yang bagusnya minyak ni boleh hilangkan rasa gatal, so kenapa korang nak seksa diri menahan kulit gatal? Hahaha.

Bukan itu je, korang yang tiba-tiba naik berat badan yang mendadak pun boleh menyebabkan stretch marks. Sapu je minyak ni, kurang la stretch marks tu. Selain tu, boleh menghilangkan kulit merekah kat tumit. My hubby pakai elok dah tumit tu hahaha. Haa sebab tu I cakap bukan produk ni bukan untuk ibu mengandung je. Selamat mencuba!


Tuesday, July 23

[Review] Dr. Morita Anti Acne Face Wash

10:54:00 am 0 Comments

Hola guys!


I nak review sikit tentang Dr. Morita Anti Acne Face Wash ni. Produk daripada Taiwan. Dah nak habis baru la layak buat review. Ni bukan paid review ponggg. Saja-saja nak update blog sebab dah ketandusan idea haha.


Ok guys, sebelum ni I pakai Nutox Cleansing Foam. I love Nutox and I memang sentiasa setia dengan Nutox haha. Tapi perempuan biasa la kan semua jenis brand kat pharmacy tu weols nak try hehehe.

Kulit I jenis berminyak and ada seketul dua jerawat je. So I saja la nak try Dr. Morita Anti Acne ni kannn.


Bahan yang biasa digunakan dalam face wash anti acne ni biasanya wajib mengandungi Salicylic Acid. Dan bahan kedua ialah melaleuca alternifolia atau lebih dikenali tea tree.

Jerawat I hilang ke tak pakai Dr. Morita Anti Acne ni?

Ok, jerawat I hilang. Kemudian dia muncul dan hilang semula dan muncul semula. Begitu la kehidupan kita seperti roda, sekejap diatas sekejap dibawah. Ehh. Banyak faktor yang menyebabkan kulit berjerawat. Antaranya ialah perubahan hormon, pemakanan, genetik, persekitaran dan lain-lain. So bagi I face wash ni not bad la. Selagi tak mendatangkan kemunculan jerawat secara berjemaah, kulit jadi kemerahan, kering kontang or kulit gatal haa kira elok la tu. Yang I perasan selepas I basuh muka, kulit I rasa fresh dan kulit sejuk sikit (menthol maybe?)

I memang tak was-was pakai produk Dr. Morita sebab dulu I pernah try Dr. Morita facial mask fuhh memang best gila! Korang boleh dapatkan Dr. Morita Anti Acne kat Guardian. Kat Watsons I tak pasti sebab biasa I memang beli kat Guardian je hehe. Next time I nak review Dr. Morita Oil Control Charcoal Face Wash pulak. I baru je start pakai dua hari lepas. Harap serasi la dengan kulit I ni.

p.s: Betul ke Agong kita dah bercerai dengan Rihana Oksana?

Thursday, May 31

Review: Seruan Setan

11:40:00 am 0 Comments

Hola guys!


I nak review sikit movie Seruan Setan. Sikit je. Kalau review banyak bagus you all tengok terus movie tu kan? Hehe.


Cerita ni mengisahkan tentang sebuah keluarga yang terpaksa berpindah ke kawasan pedalaman. Dari situ bermula la benda pelik-pelik berlaku. Kalau you all pernah tengok movie Conjuring 1, Conjuring 2, Light's Out and Ouija you all mesti akan perasan banyak scene dalam Seruan Setan ni ditiru dari movie yang I sebut tadi tu hahahahaha.

Movie ni tak seram la. Maybe sebab I tengok dengan my friends so we all asyik ketawa je. Movie ni 1 jam 30 minit je. I jarang layan movie Indon. Bila dapat tiket free kita layankan je la kan?


Antara pelakonnya ialah Salshabilla Adriani, Stevie Zamora, Gabriella Quinlyn dan Devin Putra.

Movie ni keluar cinema hari ni 31 May 2018. I dah tengok 2 hari lepas lalalaa.. Kalau you all banyak masa terluang or banyak duit tak tau nak buat apa dengan duit berkepok tu haaa tengok la movie ni haha. For me movie ni hmmm boleh la untuk saja-saja hilangkan bosan. I bagi 1 bintang.


Wednesday, May 16

[Review] NUTOX Advanced Serum Concentrate

1:10:00 pm 0 Comments

Hola guys!


Aku nak review pasal NUTOX Advanced Serum Concentrate. Lama tak berkumandang kat blog cikai ni, tetiba muncul terus buat review hahaha! Okay ni bukan review berbayar ye hehe. Fazura je yang dibayar sebab dia kan duta Nutox. Untonggg laaa.

Macam mana aku boleh terpengaruh dengan NUTOX Advanced Serum Concentrate ni?

Ceritanya begini, tahun lepas Nutox ada buat contest kat Facebook. Aku pun join la. Aku kan kaki contest hehe. Tak sangka pula boleh menang tapi menang sample je la hahahaha. Kesian. 

Menang contest tu tahun lepas tapi bulan January baru sempat nak try NUTOX Advanced Serum Concentrate tu. First time try, yang aku perasan serum ni cepat meresap ke dalam kulit. Takde iritasi. Muka tak merah tak gatal. Bangun esok paginya pun tak keluar jerawat. Lepas pakai je kulit serta merta jadi lembap. Bukan berminyak ye mak cik bawang sekalian. Bangun pagi kulit wah lembut seperti kulit baby hehe.





Kebetulan bawah mata aku ada garis kedutan halus. Tanda penuaan kot? Aku sapu serum kat garis halus tu wowww lepas sapuan 2 hari berturut-turut garis kedutan tu hilang guysss hilanggggggg!!! Tak perlu tunggu 7 hari pun hahahaha. Memang betul betul wowww la serum ni. Mungkin sebab serum ni mengandungi Bird Nest Collagen sebab tu sangat berkesan!

Lagi satu kesan pamakaian serum ni yang aku perasan, muka aku susah nak tumbuh jerawat! Kadang masa period je la muncul tapi yang bestnya jerawat tu cepat kering. Untuk hilangkan bekas jerawat pulak aku guna Nano White Dark Spot Corrective Serum ni


Murah je kalau beli kat Shopee RM49 je uollsss. Free shipping pulak tu wohoooo!!

Bila dah alami sendiri keajaiban serum ni, aku dah tak nak try serum brand lain. Pernah juga try serum yang beratus ringgit tapi tak sesuai. Kulit rasa panas la. Keluar jerawat la. Tu yang gave up kalau cakap pasal serum-serum ni haha. Sekarang aku dah jadi peminat nombor 1 Nutox dan Nano White wohoooo!!


Thursday, November 24

[Review] Maggi Royale Thai White Seafood Tom Yam

3:12:00 pm 0 Comments

Hello guys!

Korangz dah lunch ke belum? I baru habis lunch. Hari ni I lunch Maggi Royale Thai White Seafood Tom Yam yang super yummy! Makan Maggi sebab malas gila nak keluar cari makan.

Kat office I memang tersedia microwave di setiap bahagian. So senang la nak masak maggi. I lebih suka makan maggi yang dimasak dengan air mendidih daripada maggi yang direndam dalam air panas. Rasanya tak omphhh hehe.


 Rasa Maggi ni tak sama dengan Maggi Tom Yam yang biasa tu tau. Nehi nehi. Maggi Royale Thai White Seafood Tom Yam ni rasanya lebih masam sikit, kurang berminyak dan sedap gilaaaaaaa. Habis satu mangkuk I kerjakan haha.


Tengok tu, korangz terliur tak? :P Cara I masak I masukkan maggi dan air panas (sebab kat office memang ada air panas) ke dalam mangkuk. Kemudian masak dalam microwave selama 3 minit. Zappppppppppp! Siap!


Kandungan nutrisi Maggi Royale Thai White Seafood Tom Yam. Korang yang belum lunch tu haa tunggu apa lagi try la maggi niiiiiiiiiiii!!!

Ok la, adios!


Sunday, November 20

[Review] Nescafe White Coffee Pandan

1:27:00 pm 0 Comments

Hello guys!

I bangun lambat hari ni haha.
Cepatnya masa berlalu hari ni dah Ahad :( Esok Isnin ahhh bosan la nak pergi kerja :(
Mari breakfast!! Eh eh dah tengahari la hahaha. 


Hari ni I nak try Nescafe White Coffee Pandan. I memang seorang pencinta kopi ♥ Setiap hari mesti nak pekena kopi ♥ Sekali sehari pun dah cukup baru la hidup I terasa lengkap haha.


Aroma pandan yang wangi dan lembut menambah rasa sedap ♥ I kalau tak minum kopi rasa macam tak ada mood je. Coffee lover kat luar sana pun rasa gitu ke? Ke I sorang je rasa macam ni hahaha.


Satu tin ni ada lapan sachet. Satu sachet 36g, 136kcal. Boleh la buat satu mug besar hihihi. Hirup perlahan-lahan, menikmati kopi rasa pandan sampai ketitisan yang terakhir huaaaa sedappp!!


Biasanya bila I buat kopi I suka letak susu dalam air kopi I. Rasa lemak-lemak sikit. Ikut citarasa you all la nak letak banyak mana hehehe. Tak letak pun takpe sebab itu memang cara I.

Kalau nak try boleh beli kat LAZADA. Murah jeee! Tambah-tambah lagi sekarang ni kempen Lazada Online Revolution fuhhh rasa nak beli semua barang haha.


Guna voucher code dibawah boleh dapat 20% discount! Jangan lepaskan peluang tau!


Oh ya tin ni you all boleh jadikan sebagai tabung. Ajar la anak-anak you all menabung dari kecil. Tiru macam Rosmah. Nanti bila dah besar boleh beli cincin diamond juta-juta hahahaha.

Ok bye!


Saturday, November 12

[Review] Nutrifier Shampoo & Nutrifier Masque By L'Oréal Professionnel

2:11:00 pm 0 Comments

Helo guys!

Rambut adalah mahligai setiap wanita.


Okay okay, hari ni MV nak review produk awesome daripada L'Oréal Professionnel. Produk tersebut ialah Nutrifier Shampoo & Nutrifier Masque. Suka sangat dengan wangian shampoo ni. Memang teramat wangi. Rasa nak sapu kat badan pula, biar MV wangi dari hujung rambut ke hujung kaki haha.



Nutrifier Shampoo dan Nutrifier Masque dirumus daripada gliserol dan minyak kelapa memberikan khasiat yang sesuai untuk rambut yang kering. Gliserol membantu menghidrat dan menyuburkan rambut, manakala minyak kelapa membuatkan rambut sihat dan bersinar seperti matahari.



 [GAMBAR SEBELUM]


Gambar atas ni rambut MV sebelum menggunakan Nutrifier Shampoo dan Nutrifier Masque. Rambut agak "keras/kasar" (faham tak? lol), senang kusut dan kering kontang seperti gurun sahara.

Shampoo bebas silikon ini berfungsi membersihkan dan menjadikan rambut lebih lembut, lebih lembut dan lebih berkilat.


[GAMBAR SELEPAS]



YAY!!

Korang nampak tak perbezaan rambut MV sebelum dan selepas tu? Please jangan cakap tak ada beza haha. Selepas menggunakan Nutrifier Shampoo & Nutrifier Masque, rambut MV menjadi lembut, ringan dan nampak bermaya walaupun hanya sekali cucian.

Kalau korangz pun ada masalah rambut seperti MV dan korangz nak rambut sihat, halus dan berseri-seri seperti rambut MV korang boleh cuba produk tu kat SINI ^^

#LZDMYRevolution



Korangz boleh guna code dibawah untuk discount sebanyak 20%



Okay itu je! 

Adios!


Sunday, October 23

9 Kebaikan Organic Chia Seed

1:27:00 pm 0 Comments

Halo!

Yayyyy ni la chia seed yang aku beli online lalala. Order hari ni dan tulat sampai ke tangan wohoooo! Dah lama aku nak beli chia seed tapi harga kat luar agak mahal hehe. Kebetulan ada sale so aku tak nak lepaskan peluang!


Setiap kali breakfast aku campurkan chia seed, oat dan kurma ke dalam susu kambing. Sedap weh. Perut pun rasa kenyang je ♥

Chia seed ni banyak kebaikan iaitu;

1. Kulit dan Penuaan

Penyelidik dari Mexico membongkar bahawa chia seed mempunyai kepekatan jumlah fenolik semulajadi (antioksidan) hampir dua kali lebih tinggi daripada yang dilaporkan sebelum ini dan aktiviti antioksidan menunjukkan ia menghentikan sehingga 70% daripada aktiviti radikal bebas.

Ia membuktikan bahawa chia seed kaya antioksidan semulajadi. Antioksidan mempercepatkan sistem pembaikan kulit dan mencegah kerosakan yang lebih teruk . Pengambilan chia seed boleh mencegah penuaan kulit pra-matang yang disebabkan oleh keradangan kerosakan radikal bebas.


2. Sistem Penghadaman Yang Baik

Kandungan serat dalam chia seed sangat tinggi iaitu hampir 11 gram per auns. Menurut Persatuan Dietetik Amerika, satu hidangan sudah cukup untuk pengambilan serat yang disyorkan dalam sehari.

Fiber adalah penting untuk mengimbangi tahap gula darah semulajadi kerana ia adalah kandungan serat yang tinggi dan lemak yang sihat.

Chia seed membantu menggalakkan kekerapan membuang air besar dan najis yang sihat. Kandungan serat yang kaya dalam chia seed juga membantu kita berasa lebih kenyang kerana ia menyerap sejumlah besar air dan segera mengembang dalam perut apabila dimakan.

Ini dapat menjelaskan mengapa kajian klinikal telah membuktikan bahawa chia seed mengurangkan rasa lapar dan menyekat selera makan yang juga boleh membawa kepada penurunan berat badan. Chia seed juga bekerja sebagai prebiotik menyokong pertumbuhan probiotik dalam usus.


3. Kesihatan Jantung

Keupayaan chia seed untuk mengawal kolesterol dan tekanan darah membuat ia amat bermanfaat untuk kesihatan jantung. Selain itu, seseorang yang kerap memakan chia seed berisiko rendah untuk mendapat aterosklerosis.

Secara ringkas, menurut artikel yang disiarkan dalam jurnal ulasan Ujian Klinikal Terkini: kajian menunjukkan keberkesanan chia seed untuk alahan, angina, peningkatan prestasi sukan, kanser, penyakit jantung koronari (CHD), serangan jantung, hormon atau gangguan endokrin, hiperlipidemia, tekanan darah tinggi, strok dan vasodilatation.

Biji chia seed tinggi kandungan linoleik, asid lemak yang membantu tubuh menyerap vitamin larut lemak A, D, E dan K. Chia seed mengandungi lemak sihat iaitu Omega-3 asid yang lebih tinggi dari lemak ikan salmon. Omega-3 melindungi jantung dengan mengurangkan tekanan darah, kolesterol tidak baik dan keradangan. Keradangan menyebabkan tekanan pada saluran darah dan menyebabkan penyakit jantung. Memakan benih chia anda boleh melindungi jantung anda!


4. Membantu Merawat Diabetes

Chia seed kaya dengan asid alfa-linolenik dan serat, penyelidik dari University of Litoral di Argentina menyatakan pengambilan chia seed boleh membantu mencegah gangguan metabolik seperti dyslipidemia (lemak yang berlebihan dalam darah) dan rintangan insulin iaitu dua faktor penyebab diabetes.

Seperti yang diterbitkan dalam British Journal of Nutrition, mendapati artikel ini amat menarik kerana ahli-ahli sains menjalankan dua kajian. Keputusan yang mengejutkan, semasa pemeriksaan pertama, memakan chia seed sepenuhnya dapat menghalang dyslipidemia dan rintangan insulin.

Para penyelidik juga mendapati bahawa penambahan memakan chia seed juga mengurangkan tisu adipos visceral iaitu tisu "lemak perut" yang menyebabkan metabolisme badan dan merupakan komponen obesiti! Secara ringkas, chia seed telah terbukti untuk menghentikan kencing manis!


5. Meningkatkan Tenaga & Metabolisme

Satu kajian yang disiarkan dalam Journal of Strength and Conditioning menyimpulkan bahawa pengambilan chia seed mempertingkatkan prestasi senaman untuk senaman selama 90 minit. Dengan menambah hidangan chia seed sehari ia boleh membantu meningkatkan metabolisme anda dan membakar lemak perut juga!


6. Tulang Yang Kuat

Hanya satu auns chia seed mempunyai 18% daripada jumlah harian yang disyorkan kalsium. Kalsium adalah asas dalam kesihatan tulang dan membantu mengekalkan kekuatan tulang dan jisim. Chia seed juga mengandungi boron yang merupakan satu lagi nutrien penting untuk kesihatan tulang. Boron membantu memetabolismekan kalsium, magnesium, mangan, dan fosforus untuk pertumbuhan tulang dan otot yang sihat.


7. Membina Otot & Mengurangkan Berat Badan

Chia seed merupakan salah satu sumber utama. Chia seed sangat sesuai bagi mereka yang cuba untuk membina otot, membakar lemak dan mengimbangi kadar gula dalam darah. Chia seed membantu menggantikan beberapa nutrien hilang semasa bersenam.

Ia tinggi kandungan mineral penting seperti kalsium, fosforus, magnesium, mangan, tembaga, zink, besi dan niasin. Salah satu ciri-ciri yang membuat chia begitu unik adalah bahawa ia boleh menyerap sehingga 10 kali beratnya sendiri di dalam air.

Oleh kerana itu, chia seed boleh meningkatkan penyerapan nutrien elektrolit. Ini juga melambatkan pencernaan dan membolehkan anda sentiasa berasa kenyang lebih lama dan mengurangkan ketagihan gula.

Chia seed juga tinggi zink, ia membantu meningkatkan leptin dalam badan. Leptin adalah hormon utama yang mengawal selera makan, bagaimana badan anda menghabiskan tenaga dan mengawal tahap tenaga anda! Ia juga meningkatkan stamina dan daya tahan.


8. Menentang Kanser Payudara dan Serviks 

Chia seed kaya dengan asid alpha lineic (atau ALA) yang merupakan asid lemak Omega-3. Pada tahun 2013, Journal of Molecular Biochemistry mendapati bahawa ALA mengurangkan pertumbuhan sel-sel kanser di kedua-dua payudara dan kanser serviks. Mereka juga mendapati bahawa ia menyebabkan kematian sel-sel kanser tanpa merosakkan sel-sel yang sihat. Walaupun lebih banyak kajian masih perlu dilakukan untuk mengetahui implikasi mendalam ALA terhadap lain-lain jenis kanser, ini adalah satu penemuan yang hebat untuk wanita yang bergelut dengan penyakit kanser.


9. Kesihatan Gigi

Dengan chia seed yang penuh dengan kalsium, fosforus, Vitamin A dan zink, tidak hairanlah bahawa ia adalah makanan utama untuk membantu gigi anda! Ia mempunyai kesan anti-bakteria penyebab nafas berbau. Vitamin A dan fosforus juga penting bagi gigi yang kuat dan mulut yang sihat.


Ok.


Banyak gila kebaikan chia seed kan uols. Kalau uols nak beli chia seed yang murah uols beli la kat SINI. Kalau beli chia seed kat IG artis malaysia tu (tamau la sebut nama hehe) mahal tau baik uols beli kat SINI je.

Ok la, tata!


Thursday, July 28

[Review] Savee 4D Paper Mask - Cucumber

10:40:00 am 0 Comments

Halo!

Seperti yang dijanjikan sebelum ni, tiba la masanya untuk review kedua :P Kali ni aku try Savee 4D Paper Mask - Cucumber. Review sebelum ni boleh baca kat SINI ye :)


This is the first time I tried on 4D masks, and frankly speaking I don't like its cutting. Telinga tak selesa sebab kena masukkan telinga dekat ear hook tu.

Fungsinya:

Mencerahkan kulit dan mengawal jerawat.


The ingredients list. Takde alcohol.



Masa aku buka mask tu terdapat bahagian yang kering. Maybe sebab aku simpan mask tu secara menegak kot?


Savee sangat pemurah sebab essence bagi setiap keping mask sangat banyak. Melimpah ruah haha. Selepas mask kering aku tempek lebihan essence tu kat mask hehe. Maybe korang boleh tempek terus kat muka kot? Try la hehe.



Ok after 15 minutes, hasilnya sangat mengejutkan. I did not have any breakouts and my skin were more moisturised. Kulit pun tak merah dan tak gatal seperti sebelum ni wohooooo!!


Thursday, June 30

[Review] Savee Face Mask - Rose

12:40:00 pm 0 Comments

Hola!


Hari ni aku nak review tentang Savee face mask. Mask ni murah je. Aku beli kat booth Savee sekeping RM1. So aku beli 10 keping. Tak pernah try brand ni tapi kamikaze confident beli 10 keping terus hahaha.


Oleh kerana aku beli 10 keping mask so aku akan review mask tu satu per satu. Kalau. Aku. Rajin. Hahaha. Mask pertama yang aku try ialah Savee Face Mask - Rose.


Revitalises, Firm and Rehydrate.

Membantu melembapkan kulit untuk memulihkan dan meremajakan kulit dan juga melembutkan kulik agar kelihatan lebih muda.


Leceh nak pakai mask ni. TERLALU BASAH. Lepas pakai mask ke muka, essence menitis ke leher sampai basah baju. Kalau aku baring kang masuk ke telinga pulak LOL. Tak tahu la nak cakap bagus ke tak bagus hahaha. WANGI rose sedap.

Selepas 15 minit, mask masih basah. Biasa aku pakai mask brand lain dah kering dah. Hmm hasilnya, kulit rasa segar cuma bau wangian rose tu terlalu kuat. Dan yang teruknya muka aku sedikit merah dan gatal huaaaaaaa!!



Maybe ada bahan dalam mask ni yang tak sesuai dengan kulit aku. Kalau korangz nak cuba silakan kot kot sesuai hehe. Nak pakai mask ni kena letak tuala kat bahagian leher ye.

Ok bai!


Monday, June 13

[Review] Gel Pembunuh Jerawat

5:27:00 pm 0 Comments

Hola!

Siapa ada jerawat?? Sila angkat tangan!! Haha.

Bertuah sungguh manusia yang dilahirkan dengan kulit sihat dan cantik. Tak kisah la kulit cerah or gelap yang penting kulit sihat. Kulit aku kuning langsat. Masa muda remaja aku tak suka kulit aku sebab rasa macam pelik je. Tapi lama kelamaan aku belajar untuk sayang kulit aku.

Masa umur 13 tahun muka aku mula ditumbuhi jerawat. Hormon kacau bilau katakan. Rasa down je. Confident level jangan cakap la. ZERO hahaha. Kadang tengok cermin pun nangis hahaha.

Fed up dengan jerawat aku pun pergi la jumpa doctor. Bukan doctor pakar kulit tu tapi doctor kesihatan kat klinik kerajaan je pon hahaha.


Doctor tu bagi aku Benzac AC. Mengandungi 5% Benzoyl Peroxide yang bertindak membunuh bakteria penyebab jerawat.


Made in France. Jangan risau uollllssss gel ni diluluskan oleh KKM.


Gel didalam tube. Senang digunakan. Berat 15 gram. Dulu doctor bagi aku yang 30 gram. Aku tak habis guna pun hahaha.


Yasssssssssssss!! Ini la rupa gel tu.

Sebelum korangz sapu kat jerawat, korangz try dulu sapu kat sebiji jerawat. Tunggu beberapa minit nak tengok tindakbalas gel tu pada jerawat korangz. Risau tak sesuai. Kalau sesuai boleh teruskan penggunaan. Sapu kat jerawat je tau. Benzoyl Peroxide ni kuat sangat. Boleh menyebabkan kulit kering dan mengelupas. Aku dah pernah kena dah hahaha. Aku sapu kat kulit yang tak berjerawat habis kulit aku mengelupas dan pedih T.T

Katanya boleh nampak perubahan dalam masa 3 minggu. Tapi bagi aku beberapa hari je dah nampak dah perubahan. Maksud aku selepas aku sapu gel kat jerawat yang baru nak tumbuh, esoknya jerawat tu tak membesar. Pertumbuhan terbantut hahahaha.

Oh ye, gel ni korangz boleh dapatkan kat mana mana pharmacy seperti Watson dan Guardian.