Showing posts with label Movie. Show all posts
Showing posts with label Movie. Show all posts

Thursday, May 31

Review: Seruan Setan

11:40:00 am 0 Comments

Hola guys!


I nak review sikit movie Seruan Setan. Sikit je. Kalau review banyak bagus you all tengok terus movie tu kan? Hehe.


Cerita ni mengisahkan tentang sebuah keluarga yang terpaksa berpindah ke kawasan pedalaman. Dari situ bermula la benda pelik-pelik berlaku. Kalau you all pernah tengok movie Conjuring 1, Conjuring 2, Light's Out and Ouija you all mesti akan perasan banyak scene dalam Seruan Setan ni ditiru dari movie yang I sebut tadi tu hahahahaha.

Movie ni tak seram la. Maybe sebab I tengok dengan my friends so we all asyik ketawa je. Movie ni 1 jam 30 minit je. I jarang layan movie Indon. Bila dapat tiket free kita layankan je la kan?


Antara pelakonnya ialah Salshabilla Adriani, Stevie Zamora, Gabriella Quinlyn dan Devin Putra.

Movie ni keluar cinema hari ni 31 May 2018. I dah tengok 2 hari lepas lalalaa.. Kalau you all banyak masa terluang or banyak duit tak tau nak buat apa dengan duit berkepok tu haaa tengok la movie ni haha. For me movie ni hmmm boleh la untuk saja-saja hilangkan bosan. I bagi 1 bintang.


Sunday, June 19

Menangi 2 Tiket Wayang - The Purge: Election Year (2016)

1:31:00 pm 0 Comments

Hola!


The Purge: Election Year adalah filem yang ditulis dan diarahkan oleh James DeMonaco. Ia merupakan sekuel kepada The Purge (2013) dan The Purge: Anarchy (2014). "The Purge" merupakan suatu peristiwa di mana semua jenis jenayah dibenarkan dan tidak salah di sisi undang-undang selama 12 jam. Tak kisah la kau nak membunuh ke, merompak ke, merogol ke.. semuanya dibenarkan dan tiada apa-apa tindakan yang akan diambil oleh pihak berkuasa. Seram kan? Haha.

Aku memang tengok filem sebelum ni. Zalim dan kejam gila. Tak sabar nak tengok huaaa!! Kalau korangz nak tengok filem ni secara percuma korangz boleh click SINI.


Wednesday, November 5

INTERSTELLER Review

9:05:00 am 2 Comments


Genre : Adventure, Sci-Fi
Running Time : 169 minutes
Director : Christopher Nolan
Writer : Jonathan Nolan, Christopher Nolan
Malaysia Release Date : 6 November 2014
Rated : P13

Semalam aku dengan boipren tengok Intersteller preview screening dekat TGV One Utama. Dari bulan september kot boipren aku beriya gila nak tengok cerita ni. Beriya sebab Batman adalah director filem ni. Bila aku tengok trailer macam bosan jeeeee. Takpe la kan boipren nak tengok kita layankan jeee. Lagi pon kebetulan dapat tiket free daripada Nuffnang hehe :B


Sinopsisnya

Mengisahkan tentang bumi yang dah tua, mengalami perubahan iklim yang melampau meyebabkan bumi kekeringan dan manusia kekurangan makanan. Cooper (Matthew McConaughey) merupakan bekas jurutera hebat dan juga juruterbang yang berpengalaman luas bersama NASA sebelum ini namun dia mengambil jalan untuk mengusahakan ladang beliau untuk mendapatkan makanan walaupun cuaca dan ribut tidak menentu. Cooper dan Brand (Anne Hathaway) serta sekumpulan kecil saintis meninggalkan bumi dan meneroka angkasa lepas untuk mencari  rumah baru untuk kita semua.

Ok itu la dia sinopsisnya. Sebelum Cooper dan Brand berlepas ke angkasa lepas tu aku faham la. Tapi bila dah sampai angkasa lepas tu aku mula tak faham. Bila dah tak faham tu ha mula la aku terlentok sekejap bahahahaha!! Blogger yang duduk sebelah aku pon terlentok sama haha.

Bila dah tak faham tu mula la sebok tanya jiran sebelah hehe. Kenapa jadi macam tu? Kenapa pulak lelaki tu nak bunuh Cooper? Kenapa Cooper tiba-tiba kat belakang rak buku? Banyak lagi soalan aku tanya tapi lepas habis movie la. Boipren kata kalau nak faham cerita ni kena tau pasal teori 5 dimensi, teori einstein, teori kuantum bla bla bla bla blaaa.

Ohh begitu ye T.T

Dari 5 bintang tu aku bagi 1 taik bintang je. Review best panjang berjela-jela baca kat SINI ye (:


Wednesday, October 1

Annabelle

10:31:00 am 4 Comments


Before The Conjuring there was ANNABELLE.. hohoho.. yang dah tengok The Conjuring tu mesti teruja nak tengok Annabelle, betul takkk?? Hahaha. Sama la macam aku.. excited gila kot haha!

Semalam aku dengan boipren tengok Annabelle preview screening kat TGV One Utama. Dapat tiket free daripada nuffnang.com.my Tahun ni sama je macam tahun sebelum ni dapat banyak tiket premiere screening daripada Nuffnang (arigato Nuffnang!!). Cuma aku yang dah terlebih malas nak buat movie review haha.

Aku suka baca movie review kat blog NI.. Rajin gila blogger ni buat review panjang berjela-jela. 

Bagi aku cerita Annabelle ni ok la tapi tak seseram The Conjuring. Permulaan tu agak membosankan. Ending tu macam tak masuk akal. Aku bagi 2 bintang je dari 5 bintang :D


Thursday, September 25

Equalizer

11:38:00 am 3 Comments



Semalam I dengan boipren pergi tengok movie  kat TGV One Utama. Tengok The Equalizer. Heronya Denzel Washington. 2 tahun lepas I tengok dia berlakon dalam Flight. The Equalizer ni BESTTT!! Nak baca review you all boleh baca kat SINI.

Masa tengah beratur nak collect tiket kat kaunter Churp Churp tiba-tiba perut I memulas. Nak sangatttt pergi toilet tapi sayang pulak nak tinggalkan barisan. Dah beratur panjang lama pulak tu. Kang terpaksa beratur semula. Tak pasal-pasal dapat seat depan sekali. I pun tahan je la. Sampai seram sejuk badan menahan hahaha.

Yang kelakarnya masa dalam cinema blogger yang duduk sebelah I tu penakut. Kalau perempuan penakut bagi I perkara biasa la. Lelaki penakut? Geli hati I haha. Masa part bunuh membunuh tu blogger tu siap tutup telinga and jerit-jerit. Hahaha. Takpe la boleh teman I menjerit sekali haha.

I ni penakut so I ni memang beruntung la dapat boipren bukan jenis yang penakut. Hehe.


Sunday, August 3

Guardians Of The Galaxy Soundtrack

3:22:00 pm 2 Comments
omg best gila guardians of the galaxy ni. rugi nak mampos kalau uols tak tengok. hehe. iols tengok sampai 2 kali bahaha! terima kasih kepada nuffnang sebab bagi iols tengok gotg premiere screening. ehem. terima kasih juga kepada husband bawak iols tengok gotg kat TGV Imax 3D :B sapa sapa yang tak tengok lagi tu pergi la tengok k! husband iols pon suka. weols asyik gelak golek golek dalam cinema.

husband siap download soundtrack gotg ni untuk iols awwwww hehehehe.


1. Hooked on a Feeling (Blue Swede)
2. Go All the Way (Raspberries)
3. Spirit in the Sky (Norman Greenbaum)
4. Moonage Daydream (David Bowie)
5. Fooled Around and Fell in Love (Elvin Bishop)
6. I'm Not in Love (10cc)
7. I Want You Back (The Jackson 5)
8. Come and Get Your Love (Redbone)
9. Cherry Bomb (The Runaways)
10. Escape - The Piña Colada Song (Rupert Holmes)
11. O-o-h Child (Five Stairsteps)
12. Ain't No Mountain High Enough (Marvin Gaye and Tammi Terrell)

ehemmm Come and Get Your Love tu favourite song iols heeee.


Friday, December 20

47 Ronin Review

10:40:00 am 4 Comments

 

Genre : Action, Adventure, Fantasy
Running Time : 119 Minutes
Rated : PG13

Filem terbaru berjudul 47 Ronin arahan Carl Rinsch ini merupakan sebuah lagenda Jepun pada abad ke-18.

Mengikut sejarah, 47 Ronin adalah sebuah cerita klasik yang mengisahkan tentang sekumpulan samurai yang ingin membalas dendam selepas sifu mereka mati di tangan pemerintah kejam.

Menerusi filemnya pula, kisah penuh dendam ini bermula apabila Kai (Keanu Reeves) menyertai kumpulan Ronin diketuai oleh Kuranosuke Oishi (Hiroyuki Sanada) untuk menghapuskan Lord Kira (Tadanobu Asano) yang tidak berperikemanusiaan. Pelbagai cabaran terpaksa dihadapi oleh Kai bersama Ronin yang lain sewaktu memburu Lord Kira dan hanya pahlawan sejati sahaja yang mampu mengalahkan kekuasaan pemerintah zalim itu.



Bagi aku cerita ni best sangat. Lain dari yang lain. Orang Jepun kan terkenal dengan sikap yang amat berdisiplin dan ketaatan yang tak berbelah bagi kepada pemerintah. Memang taat gila-gila la! Terselit juga sedikit kisah cinta. Hmmm kisah cinta yang menyedihkan antara Kai dengan Mika (Kô Shibasaki) kerana perbezaan darjat. Sobsob.

Cuma satu je yang tak kena. Dalam cerita ni semua orang Jepun bercakap bahasa Inggeris. Kalau semua pelakon cakap bahasa Jepun lagi meletop kot. Nak juga dengar buifrin kesayangan aku si Keanu Reeves tu cakap Jepun ahhahaha!

Terima kasih kepada Nuffnang kerana sudi menjemput saya dan husband untuk menonton 47 Ronin premiere screening! Muah!!!!!!!


Friday, December 13

The Hobbit : The Desolation Of Smaug Review

2:28:00 pm 3 Comments
Movie review pertama selepas bergelar isteri hikhik :P


Rated : P13
Genre : Action, Fantasy, Adventure 
Running Time : 161 minutes

The Hobbit : The Desolation Of Smaug meneruskan kesinambungan pengembaraan Wizard Gandalf dan 13 orang kerdil (Dwarves) yang diketuai oleh Thorin Oakenshield dalam usaha untuk menuntut semula Lonely Mountain. Mereka terpaksa menempuhi pelbagai halangan dan bahaya terbesar ialah The Dragon Smaug.

Bagi aku cerita kali ni lebih menarik dari The Hobbit : An Unexpected Journey (2013). Cuma satu je aku tak puas hati.. hmmm ending dia mesti tergantung. Masa Smaug terbang ke arah perkampungan tu tetiba je habis. Dekat 3 jam wei layan cerita ni tapi putus macam tu je. Memang hampeh.

Oh ye Smaug akan menyerang panggung wayang bermula hari ni. Terima kasih kepada Nuffnang sudi menjemput saya dan husband untuk menyaksikan The Hobbit The Desolation of Smaug preview screening.

Kawan aku kata nak tengok Hobbit sebab suara Smaug tu suara Benedict Cumberbatch. Husband pulak kata rupa Benedict Cumberbatch sebiji macam Smaug haha.

Rating : 3.5/5

posted from Bloggeroid



Wednesday, September 11

The Internship Review

5:48:00 pm 5 Comments


Rated : P13
Genre : Comedy
Running Time : 119 Minutes
Release Date In Malaysia : 12 September 2013

THE INTERNSHIP dibintangi oleh Owen Wilson sebagai Nick Campbell dan Vince Vaughn sebagai Billy McMahon. Kerjaya mereka sebagai jurujual yang telah musnah akibat dunia digital. Mereka cuba untuk membuktikan mereka masih berguna dengan membuktikan mereka adalah calon yang diperlukan oleh Google. Mereka terpaksa bersaing dengan sekumpulan remaja genius dan celik teknologi.


Pendapat aku?

Ok ok la. Tak membosankan. Agak kelakar. Rupa Vince Vaughn tu macam rupa buifrin punya bff hehe.

Tengok kali kedua?

Hmm rasanya tengok sekali pon dah cukup. Hehe. Terima kasih Nuffnang muah!!

Rating : ★ 

p.s. wow aku tak dapat jemputan dari Nuffnang untuk menyaksikan Prisoner premiere screening :'(


Thursday, September 5

Riddick Review

2:28:00 pm 5 Comments


Genre : Action, Sci-Fi, Thriller
Running Time : 116 Minutes
Rated : 18
Release Date In Malaysia : 5 September 2013

Richard B. Riddick (Vin Diesel) menentang binatang makhluk asing dan menjadi lebih berkuasa dan berbahaya setelah dikhianati puaknya sendiri yang mana sebelumnya dia dibiarkan untuk mati di planet terpencil. Banyak pemburu upahan dari seluruh galaksi menentang Riddick tetapi mereka cuma mainan dalam rancangan Riddick untuk membalas dendam. Apabila musuhnya berada di mana dia hendaki, Riddick melancarkan serangan ganas sebelum kembali ke planet asalnya untuk menyelamatkan planet tersebut dari kemusnahan.

Komen aku?
 
Okeh, berlatarbelakangkan hmmm sebuah planet yang tidak dikenali. Dah sah-sah la bukan bumi. Riddick seorang je kat planet tu. Okeh Riddick sorang. Kenapa Riddick di planet tu? Kenapa dia seorang diri? Kenapa mata Riddick bersinar macam mentol lampu? Riddick bukan manusia biasa ke? Banyak soalan yang muncul dalam kepala aku. Aku sabar je la sebab aku pasti setiap persoalan tu akan terjawab jugak. Banyak binatang buas menyerang Riddick. Kerja Riddick asyik berlawan dengan binatang buas je. Pada mulanya la hehe.

Hmmm


Riddick terkenang balik kisah hidupnya sebelum ni. Apa yang aku nampak ialah Riddick ditabalkan menjadi raja. Oh ok. Riddick seorang raja yang nak pergi ke planet Furya tetapi Riddick dikhianati dan dihantar ke planet lain hmm planet yang dia duduk sekarang ni la. Planet tak ada nama, yang ada cuma binatang buas. Daripada pemerhatian aku persekitaran planet tu macam planet Marikh tapi bukan planet Marikh sebab Riddick pun tak tahu nama planet tu. Okeh itu je maklumat yang aku dapat dari kisah lampau Riddick.

Tak lama lepas tu muncul sebuah kapal angkasa. Hmm dari yang aku lihat cara mereka berpakaian macam manusia dari planet bumi. Berbeza sekali daripada manusia dari planet asal Riddick. Okeh, apa yang dapat aku simpulkan ialah Riddick dan Santana (Jordi Molla) serta krewnya datang dari planet yang berbeza. Santana sedaya upaya cuba membunuh Riddick.

Dannn tiba-tiba muncul lagi sebuah kapal angkasa. Pakai sut cantik macam dalam cerita Star Trek. Kelihatan seperti manusia dari planet yang dah maju gila-gila. Dan sekali lagi aku membuat kesimpulan Riddick, Santana (dan krewnya) dan Johns (Matt Nable) serta Dahl (Katee Sackhoff) dan Diaz (Dave Bautista) datang dari planet yang berbeza. So dalam cerita ni ada 4 planet. Haha. Mereka ni pun sibuk nak buru si Riddick ni. Masalahnya ialah aku tak faham kenapa mereka semua buru Riddick. Terasa macam bebal pulak aku ni.

Lepas sejam aku tengok, hei apeni kenapa susah sangat nak faham?? Aku mula ganggu buifrin. Tanya macam-macam. Buifrin cakap tengok je la dulu. Sentap iols :’(

Aku mula hilang sabar bila Johns tanya kat Riddick tentang anaknya. Hoi ape ni? Tetiba tanya pasal anak padahal dari awal sampai la nak habis Riddick duduk sorang je kot kat planet yang takde nama tu. Omg.

Dah tengok sampai habis pun aku tak faham wakakkekwkkakwakhah!! Semua persoalan yang muncul dalam hotak aku sikit pun tak terjawab. Nak tahu kenapa? Sebab sebelum tengok Riddick ni, iols dan uols WAJIB tengok The Chronicles Of Riddick dan Pitch Black huhuuuuuuuuuuuuuuu.. So yang tak tengok The Chronicles Of Riddick dan Pitch Black tu toksah nak berangan tengok Riddick. Uols takkan faham punye. Macam aku T.T


Terima kasih kepada Nuffnang muahh kerana sudi menjempot!! Minggu depan jemput saya tengok About Time pulak ye? HEHEHEHE

Rating? Takde bintang untuk Riddick sebab aku tak faham satu benda pon T.T


Wednesday, August 28

We’re The Millers Review

3:05:00 pm 2 Comments


Genre : Comedy, Crime
Running Time : 110 Minutes
Rated : 18
Release Date In Malaysia : 29 August 2013

We’re The Millers merupakan filem komedi yang diarahkan oleh Rawson Marshall Thurber. Mengisahkan tentang David Clark (Jason Sudeikis) seorang pengedar dadah yang dirompak oleh sekumpulan samseng. Kejadian itu menyebabkan David berhutang dengan Brad Gurdlinger iaitu pembekal dadah tersebut. Oleh kerana terdesak untuk membayar hutang tersebut, David akhirnya bersetuju dengan rancangan Brad untuk menyeludup dadah dari Mexico. Untuk mengelak daripada dikesan daripada pihak polis, David mengupah Rose (Jennifer Aniston) penari bogel untuk berlakon sebagai isterinya, Casey Mathis (Emma Roberts) seorang remaja yang lari dari rumah sebagai anak perempuannya dan Kenny Rossmore (Will Poulter) jiran David iaitu remaja 18 tahun yang masih virgin sebagai anak lelakinya.

Filem wajib tengok uolllssss!! Rasa nak terburai je isi-isi perut ni sebab kelakar nak mampos HAHAHAHHHAHAH!! Percaya la uolsss dari mula sampai akhir aku asyik tergelak-gelak je. Bising gila pawagam dengan gelak ketawa blogger-blogger lain!!

Memang sesuai sangat Will Poulter pegang watak sebagai Kenny Rossmore. Omgomgomg sakit perut ketawa wei HAHAHHA!


Bloggers yang hadir semalam ;)


Terima kasih kepada Nuffnang kerana sudi menjemput muahhhhh!! :P

Rating : 4.5/5


p.s. nak jam tangan Fila ni :/


Tuesday, August 27

Kick-Ass 2 Review

10:44:00 am 3 Comments


Genre : Action, Crime, Comedy
Running Time : 103 Minutes
Rated : 18
Release Date In Malaysia : 29 August 2013

Kick-Ass 2 adalah superhero British-Amerika filem aksi-komedi ditulis dan diarahkan oleh Jeff Wadlow dan Matthew Vaughn. Kick-Ass / Dave (Aaron Taylor-Johnson) memutuskan untuk memulakan pasukan superhero pertama di dunia bersama Hit Girl / Mindy (Chloë Grace Moretz). Malangnya Mindy terpaksa melupakan hasratnya itu dan terpaksa hidup seperti gadis normal. Kick-Ass  akhirnya menyertai sekumpulan rakyat biasa yang di ketuai oleh Colonel Stars and Stripes (Jim Carrey) untuk memerangi jenayah. Red Mist dilahirkan semula sebagai Mother Fucker (Christopher Mintz-Plasse). HAHHHAHHA!

Sebenarnya saya tak tengok pun Kick-Ass yang pertama tapi saya sangat seronok menonton Kick-Ass 2. Lawak nak mampos tengok si Mother Fucker tu HAHHAHHA! Yang tak tengok Kick-Ass yang pertama tu jangan risau korang tak akan blur bila tengok Kick-Ass 2 ni :D Hmm weekend ni nak tengok Kick-Ass yang pertama tu la hehehe.


Terima kasih Nuffnang untuk dua pass Kick-Ass 2 premiere screening tu muahh!

Rating : ★  ★ 

Thursday, August 22

The Mortal Instruments : City Of Bones Review

4:30:00 pm 3 Comments

SELASA lepas gilfrin dengan buifrin pergi tengok The Mortal Insturments City Of Bones premiere screening dekat Midvalley Megamall. Terima kasih kepada Nuffnang kerana sudi menjemput. Sayang Nuffnang muah muah!! Hihihi.


Genre : Action, Adventure, Fantasy
Running Time : 130 Minutes
Rated : PG13
Release Date in Malaysia : 22 August 2013

Apabila ibu Clary (Lily Collins) hilang, Clary mendapat tahu bahawa dia merupakan keturunan pahlawan-pahlawan Shadowhunter yang melindungi dunia daripada syaitan. Clary menyertai pasukan itu untuk menyelamatkan ibunya.


Pendapat gilfrin?

Best gila!! Cuma satu je gilfrin tak suka. Hero dan heroin tu adik beradik!! Gilfrin ulanggg Clary dan Jace (Jamie Campbell Bower) adalah ADIK BERADIK!! Oh nuuuuu!! Tapi kan gilfrin rasa sekuel yang akan datang City Of Ashes, ibu Clary, Jocelyn (Lena Headey) akan sedar dari tidur dan cakap kat diaorang berdua ni diaorang bukan la adik beradik hehhehehe.

Pendapat buifrin?

Buifrin kata tak best dan merepek gila HAHAHHHA!! Gilfrin perasan gak buifrin menguap 3 4 kali HAHAHHA!! Kesiannnn buifrin terpaksa layan :P

Nama pon filem fantasy mesti la banyak yang merepek. Gilfrin suka suka suka heeee :D

Oh lagi satu aku tak suka serigala jadian tu. Kenapa lemah aje? Serigala jadian patutnya ganas dan kuat. Hmm takpe la kita layankan aje huhuuu.

Rating : ★ 


Thursday, March 14

The Call Review

11:25:00 am 19 Comments


Genre : Thriller       Running Time : 1 Hours 30 Minutes

Jordan (Halle Berry) operator 911 telah menerima panggilan kecemasan daripada seorang remaja perempuan yang keseorangan dirumahnya yang diceroboh. Jordan menggunakan segala strategi yang ada untuk membantu remaja tersebut mengelak daripada pemangsa sementara menunggu ketibaan polis namun Jordan gagal.

Mencemaskan. Jalan ceritanya semudah abc dan kita boleh agak apa yang terjadi seterusnya :P



Heyyy PEREMPUAN diluar sana harus tengok movie ni!


Thursday, September 13

Resident Evil : Retribution Review

5:49:00 pm 2 Comments

Kawan aku kata.

Aku kata.

Review? Hehehe. Hmm baik tak payah tengok Resident Evil : Retribution. Movie ni sangat-sangat merepek. Sangat-sangat membosankan. Terasa macam nak sepak je director movie ni haha. Masa tengah layan tu, dalam hati rasa geram sangat sebab terasa macam terlalu lama nak habis haha. OMG nasib baik FREE (ehem ehem terima kasih Nuffnang). Boleh bayangkan tak camne perasaan saya?



Wednesday, August 29

The Possession Review

2:47:00 pm 0 Comments
Hola!


The Possession berkisarkan kisah benar yang terjadi selama 29 hari dalam sebuah keluarga. Cerita ni bermula apabila seorang budak perempuan, Em (Natasha Calis) membeli sebuah antique wooden box dan tanpa disedarinya dalam antique wooden box tersebut ada semangat jahat (dybbuk).

I saw something in her

Dari mula sampai akhir banyak adegan seram gile babeng! Kalau sedar diri tu seorang penakut jangan cuba-cuba tengok movie seram ni! Kang tak pasal-pasal jadi macam aku, balik rumah tidur tak tutup lampu. Terang benderang seluruh alam wahaha! Sampai terbawak-bawak dalam mimpi! Tapi kan kalau tak tengok movie ni wajib rugi :P

Monday, May 23

Paul Review

1:37:00 pm 0 Comments

Semalam pergi The Curve tengok Paul haha! Beli tiket awal sangat so kena tunggu 1 jam 33 minit. Aku dengan member pun pergi la singgah makan jap kat Popeye. Memang dasat gile la filem ni dari awal sampai akhir ketawa tak sudah-sudah. Memang berbaloi la buang RM22 untuk tiket.

Sinopsis

Simon Pegg and Nick Frost (Hot Fuzz, Shaun of the Dead) reunite for the comedy adventure Paul as two sci-fi geeks whose pilgrimage takes them to America's UFO heartland. While there, they accidentally meet an alien who brings them on an insane road trip that alters their universe forever. For the past 60 years, an alien named Paul (voiced by Seth Rogen) has been hanging out at a top secret military base. When he discovers he's been taken prisoner, the space-traveling smart ass decides to escape the compound and hop on the first vehicle out of town-a rented RV containing Earthlings Graeme Willy (Pegg) and Clive Gollings (Frost). Chased by federal agents and the fanatical father of a young woman that they accidentally kidnap, Graeme and Clive hatch a fumbling escape plan to return Paul to his mother ship. And as two nerds struggle to help, one little green man might just take his fellow outcasts from misfits to intergalactic heroes.

Ok. Ok.
Aku bagi 4 1/2 bintang!

Eh percaya la cakap aku, filem ni memang lawak gile!

Hahahhahahahaha.



Sunday, February 27

The Rite Review

9:28:00 am 0 Comments



Lawak gile beb movie ni. Haha! Watak Adam Sandler & Jim Carrey yang paling menyerlah. Ok. Aku tipu je. Sikit pun tak lawak. Seram gileeeee! Movie ini bisa buat aku heart attack!

Sinopsis, an American seminary student travels to Italy to take an exorcism course.

Sebenarnya aku tak tahu nak komen apa sebab bila masuk babak seram je aku tak nampak apa-apa & tak dengar apa-apa.

Pelik kan? LOL

Friday, February 4

The Green Hornet Review

11:28:00 pm 0 Comments



Tak rugi pergi tengok movie ni. Memang pecah perut ketawa golek golek. Keluar dari panggung wayang banyak usus-usus bertaburan kat lantai. Haha!

Sinopsis

Following the death of his father, Britt Reid, heir to his father's large company, teams up with his late dad's assistant Kato to become a masked crime fighting team.

Petik 4 bintang untuk filem pecah perut ini.