Friday, September 21

Kenapa Kanta Lekap Tak Selesa?




Saya dah bertahun-tahun-tahun-tahun pakai kanta lekap. Pakai kanta lekap sebab saya rabun :P Pakai cermin mata aktiviti agak terbatas dan terasa dunia nampak kecil hehehe.

Setahu saya, bila pakai kanta lekap rasa tak selesa tu ada banyak sebab. Meh saya kongsi sebabnya ye :)


1. Tak basuh tangan

Sebelum menyentuh kanta lekap, wajib basuh tangan. Bukan basuh dengan air paip je tau tapi basuh dengan sabun 99% anti bakteria tau. Guna la Dettol or Lifebuoy. Hmm jenama lain pun boleh sebenarnya haha. Yang paling penting 99% tu tau aww~

2. Mengelap tangan menggunakan tuala

Tuala tu kan ada bebulu/bebenang halus apabila bebulu/bebenang halus tu melekat kat tangan so secara tak langsung akan terkena kanta lekap. Masa kanta lekap (yang dijangkiti bebulu/bebenang halus) tu melekap kat mata fuhhhahaha masa tu la mata terasa tak selesa nak mampos. Biasa saya biarkan tangan saya kering dengan sendiri. Kalau terkejar-kejar masa saya letak tangan kat depan aircond kipas ;)

3. Mata kering

Sebelum pakai kanta lekap. Basuh mata dengan air. Bagi mata tu lembap sikit :P Saya biasa buat la, korang saya tak tau :P

4. Mata sensitive

Untuk mata sensitive bilas kanta lekap dengan saline solution steril atau disinfektan. Kalau tak bilas kanta lekap tu wajib mata korang yang sensitive tu pedih bhahaha! Yang ni saya tak buat sebab mata saya tak sensitive :D Beli la jenama Bausch & Lomb ;)

5. Jenama kanta lekap tak sesuai

Hmm saya guna Johnson & Johnson Acuvue Clear sebab kanta lekap Johnson &Johnson ni nipis dan bila pakai macam tak pakai kanta lekap. Di sebabkan hari tu kanta lekap Bausch & Lomb ada promosi saya pun 'ter'beli 3 pasang. Mak ai kanta lekap tebal membuatkan mata saya tak selesa dan cepat letih :(

6. Kanta lekap terbalik

Ha!! Sah tak selesa (tak selesa tahap atok gaban!!!) Terasa kanta lekap tu nak meloncat keluar dari mata.


Hmm setakat ni je la yang saya boleh kongsikan. Belajar dari pengalaman dari mula-mula saya pakai kanta lekap :P


2 comments: