Friday, September 27

Soalan Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE)


Hola guys!



Hari ni I nak share sikit soalan peperiksaan untuk memasuki perkhidmatan awam PSEE. My niece yang ambil exam ni so aunty dia yang #bloggersepi ni bahaha saja nak share kat uols.

My niece dah dua kali dapat panggilan untuk peperiksaan perkhidmatan awam ni. Dah dua kali maksudnya, first exam tu dah failed la kan bahahaha. Takpe, teruskan usaha bagi yang failed. Kita tolong gelakkan je hahaha.

Peperiksaan PSEE ni terbahagi kepada dua seksyen. Seksyen A Daya Menyelesaikan Masalah dan Seksyen B Kefahaman Bahasa Inggeris. Seksyen A adalah soalan matematik, so uols please sediakan calculator ye! Pakai handphone tak sesuai kot, mana la tau kan boifren call ke.. Along call nak tagih hutang ke kan. So kita nak elak gangguan-gangguan gitu berlaku. Heh.

Peperiksaan pertama yang my niece ambil ialah peperiksaan untuk jawatan Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19.

Soalan 1

Kamal dapat mengecat 5 buah basikal dalam masa 2 jam 30 minit. Sehari Kamal hanya bekerja dari jam 0800 hingga jam 1300. Berapa harikah yang diperlukan oleh Kamal untuk menyiapkan kerja-kerja mengecat sebanyak 65 buah basikal?

A: 6 hari
B: 5 hari
C: 7 hari
D: 8 hari


Soalan 2

4, 5, 7, 6, 3, 10, 9, 3, 4, 2 adalah satu set data. Apakah median data tersebut?

A: 3.5
B: 4.5
C: 5.5
D: 6.5


Peperiksaan kedua ialah Peperiksaan untuk jawatan Pembantu Penerangan Gred S19.


Soalan 1

Raju berjalan kaki sejauh 100 langkah dalam masa 1 minit 30 saat. Berapakah masa yang diambil olehnya untuk berjalan sejauh 900 langkah?

A: 13 minit 5 saat
B: 13 minit 50 saat
C: 13 minit 30 saat
D: 13 minit 3 saat

Soalan 2

5 jam 25 minit selepas 10.15 malam ialah

A: 3.15 pagi
B: 3.25 pagi
C: 3.30 pagi
D: 3.40 pagi

Tu je la soalan yang my niece sempat tangkap. Tu pun soalan bagi Seksyen A je. Yang first time nak ambil peperiksaan ni mesti tertanya-tanya macam mana bentuk soalan kan. Lagi pun soalan macam ni sentiasa berubah-ubah.

Harap my niece lulus la peperiksaan kali kedua ni hahaha. Kalau tak lulus takpe boleh tunggu panggilan yang ketiga :P


No comments:

Post a Comment