Sunday, January 28

OMG

 

Hola guys!

Happy new year 2024 haha!

Last aku update blog pada tahun 2021. Wow. Biar. Betul.

Ingatkan aku ada update blog tahun lepas, rupanya takde.

Dari semalam lagi aku berfikir-fikir nak update ke tak, nak update ke tak.

Sebab,

zaman sekarang zaman Tik Tok, zaman Instagram aku tak rasa masih ada orang nak baca blog.

Lagi-lagi blog macam aku ni yang nta apa-apa ni hahaha.

Blogger yang famous-famous zaman kita doluuuu pun dah tak blogging dah.

Zaman dah berubah guys.

Tapi rindu juga berblog.

Blog ni tempat aku bercerita, biarpun takde siapa pun nak baca blog aku ni wakaka!

Kira macam diary aku la.

Oh ye, apa azam korang tahun ni?

Aku takde azam tahun ni sebab aku terlupa nak fikir apa aku nak plan untuk tahun 2024 ni.

So aku carry forward je la azam 2023 aku yang tak tercapai lagi tu T.T

Macam biasa la azam nak kurus.

Tapi,

Korang jangan pulak bayangkan aku ni seorang yang obesity.

Tidak guys tidak, aku berisi sikit je hehe.

Tapi serious, susah sangat nak kurus. Babi betul.

Oleh kerana hari ni dah 27 January 2024, maka azam aku akan start pada 1 February 2024.

Aku kan kalau aku nak buat sesuatu aku suka start dengan 1 hari bulan.

Mende laa..

Hmm azam kedua aku baru muncul sekarang time tengah menaip ni.

Okok, azam kedua aku hmm aku nak aktifkan balik blog aku ni.

Paling pemalas pun aku kena update sebulan sekali.

Ok jumpa lagi bulan depan bai!

Eh jap, last year aku tak update blog maybe sebab aku busy sangat kot.

Last year aku busy dengan business aku.

Busy dengan contest.

Busy travel ke Singapore, Thailand, Taiwan & Egypt.

Ok next time aku update pasal travel aku ni.

Jumpa bulan depan!

Bye! Muah!


No comments:

Post a Comment