Showing posts with label My Activity. Show all posts
Showing posts with label My Activity. Show all posts

Wednesday, July 31

Hi Tea Buffet @ Atmosphere 360, KL Tower

9:58:00 am 0 Comments

Hola guys!


Selepas mengunjungi Blue Coral, my friends and I pergi hi tea kat Atmosphere 360, KL Tower. Hi tea buffet start pukul 3.30 hingga 5.30 petang. Pukul 3 macam tu I and the gang dah beratur kat kaunter untuk ambil pass masuk. Ramai gila woiii T.T 


Dapat je pass masuk weols beratur sekali lagi untuk naik lift. Lama juga nak tunggu lift turun naik ambil penumpang. Kalau korang plan nak hi tea kat sini, korang kena standby awal. Maybe dalam pukul 2 macam tu korang dah start ambil pass masuk. Bila weols dah dapat naik lift tu ha legaaa. Tak sabar nak tengok pemandangan bandaraya KL dari atas hehe. 


Ingatkan lepas keluar dari lift boleh duduk terus, rupanya sangkaan meleset sama sekali. Sekali lagi weols kena beratur tunggu meja la pulak. Pelayan akan panggil nama. Tunggu lama juga tapi tak sampai sejam laa. Maybe sebab ramai yang tak siap lunch buffet.


Nak duduk tepi tingkap boleh je tapi kena top up RM25 per table. View memang cantik oii tapi gayat. Kalau jenis gayat macam I memang laju je jantung tu berdenyut hahaha.





 Menu boleh tahan. Dah namanya hi tea so mesti la simple je. Menu yang I ingat masa tu pelbagai makanan masakan orang Malaysia seperti nasi goreng, mee goreng mamak, nasi ayam, murtabak, bubur, dumpling, pisang goreng, kuih muih, beberapa jenis cake dan buah buahan. Air panas kopi dan teh.


Office I dari atas.




Tak semua makanan I sempat nak ngappp. Start makan pun lambat. I fikir boleh la balik lewat sikit maybe dalam pukul 6 macam tu sebab tadi tunggu meja pun lambat tapi sebelum 5.30 pelayan dah datang kat meja ingatkan weols yang kejap lagi masa dah nak tamat :/





Hi tea kat sini ok la. Cuma pening sikit sebab restaurant tu berpusing 360°. Masa menunggu meja tu dah kepala dah start pening sebab terasa sangat restaurant tu bergerak biar pun perlahan.


Ok untuk harga hi tea kat sini, uols boleh rujuk gambar diatas. I beli online RM82 je untuk dewasa hehe. Reservation 3 hari sebelum. Hmm bagi I harga berbaloi dah tu. Dapat tengok view yang cantik, perut kenyang and dapat masuk ke Blue Coral.


Tuesday, March 5

Blue Coral KL Tower

11:49:00 am 1 Comments

Hola guys!

Dah bertahun aku duduk KL tapi ni la first time aku masuk Blue Coral, KL Tower. Blue Coral ni bukan kat atas KL Tower tau. Blue Coral ni kat kat bawah je dan berdepan dengan pintu masuk KL Tower hehe.


Dah alang-alang korang nak naik KL Tower tu baik singgah terus ke Blue Coral ye tak?


Ikan ni kecil tapi muka ganas. Gigi jongang macam gigi manusia. Lama aku tenung, kagum hahaha!


Blue Coral ni kecil je. Dalam 10-15 minit dah habis round. Tapi kalau korang jenis macam aku kaki selfie haa dekat sejam juga la aku berselfie dengan ikan-ikan comel dalam tu hahaha.


Ikan pari yang super besarrrr T.T Comel gila!! Ikan pari spesis ni ke yang kita biasa makan? Ke ikan pari lain? Haha.



Ikan apa ntah ikan ni. Banyak tahi lalat beratur haha.


Kat badan ikan tu macam ada butiran emas. Cantik gila!


Ikan yang bersaiz besar pun ada. Blue Coral ni tak sama dengan Aquaria KLCC tau. Aquaria KLCC tu besar dan luas. Mau berjam jam pusing haha.








Eel Moray (belut) ni ada seekor ja. Kesian takde kawan.


Korang bawa la anak-anak korang datang sini masa school holidays. Mesti diorang suka!


Ok, ni harga tiket masuk ke Blue Coral. Murah je kan? :)


Aku beli tiket Blue Coral sekali dengan hi-tea buffet kat Fave harga RM77. Hi-tea buffet kat Atmosphere 360 KL Tower tu nanti aku share okay!

Next time aku nak pergi Mini Zoo KL Tower tu, nampak macam menarik! Korang dah pernah pergi ke? Best ke tak?


Thursday, May 31

Tsunami Durian 2.0 @ Teh Tarik Place

10:18:00 am 0 Comments

Hola guys!

Tsunami Durian 2.0 bertempat di Teh Tarik Place, Wangsa Walk. Tsunami Durian 2.0 ini ditaja oleh Teh Tarik Place. Ya, aku memang suka lepak kat Teh Tarik Place sebab makanan sedap, murah dan tempat lepak yang selesa haha. Bila datang sini confirm aku lepak 2-3 jam hehehe. 

Okay, dengan pembelian makanan or minuman bernilai RM30 ke atas korangz akan dapat tiket masuk untuk dua orang ke durian buffet ni. Murah gila!! Rugi tak join buffet ni.


Cendol durian ohh myyy godddd sedap gila. Abang-abang ni sikit pun tak kedekut nak letak durian banyak-banyak dalam mangkuk tu T.T


Cendol durian first round ;)


Cendol durian second round hehehehe :P


Apam durian pun sedap huaaaaaaaa!! Bayangkan kerangupan dan rasa lemak-lemak durian tu masuk ke tekak fuhhhhhhh sorga wehhh!


Pulut durian pun sedap!! Takde yang tak sedap semua sedap belaka huaaaa!! Pulut durian ni kena makan last nanti perut cepat kenyang hahaha!


Roti + durian and dodol durian. Sedap!!! Terliur tak? Hehehe.


Ya itu dia artis kesayangan rakyat Malaysia, Tomok!!!! *tepuk tangan*


Sedap suara Tomok. Nak sangat jumpa anak-anak Tomok tapi Tomok tak bawak anak :(


Black pun ada tapi lupa nak tangkap gambar. Aku sempat bergambar dengan Tomok je. Peramah Tomok ni, tu pasal sampai sekarang ramai peminat.




Banyak juga aktiviti untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Aku nak juga join tapi aktiviti makan lebih seronok hahahaha. Goodies bag pun dapat biarpun tak join aktiviti ni hehe.


Ha tengok tu DURIAN. Tepi belah sana ada lagi tu berlambak. Harap tahun ni Teh Tarik Place akan buat Tsunami Durian 3.0 sure aku akan muncul hehe. Tapi kali ni buat la dekat branch lain la.


Friday, September 29

Kolam Renang

3:21:00 pm 0 Comments

Hola guys!


My nieces and nephews yang comel-comel tu minta I belikan kolam renang. Alaaaa kolam renang plastik tu je. Nak buat kolam renang besar belakang rumah tu tak mampu la pulak kan haha! So kita beli yang mampu je hehe.


Size
2m (L) x 1.5m (H) x 0.5m Pool (W)

Besar gilaaa I pun boleh masuk sekali hahaha. Memang puas hati. I beli online kat Carousell RM80 je termasuk delivery!! Dah la besar gilaaa harga pun murah gila berbanding harga kat luar bahahahaha!!


Kolam ni sesuai sangat untuk dihadiahkan kepada budak-budak umur bawah 12 tahun. Nak bagi orang besar pun okay juga. Mak-mak budak yang nak berendam macam badak haa memang sesuai sangat haha!

Tu je nak update hahaha. Lama tak update blog punya pasal. So terpaksa la update sikit :P

Thanks for reading!

Adios!