Tuesday, February 12

Bakteria Baik (Probiotik)




Apa itu probiotik?

Probiotik ialah bakteria baik yang terdapat di dinding usus untuk menjadikan kita kuat dan sihat. Ia menggalakkan kesihatan yang baik, menghasilkan keseimbangan dan membantu sistem penghadaman berfungsi dengan baik.

Kebaikan probiotik untuk kesihatan yang terbukti secara klinikal

Meringankan serta mengurangkan gejala alahan terhadap laktosa (susu)

Enzim laktase menukarkan laktosa (di dalam produk tenusu) kepada glukosa dan galaktosa yang boleh digunakan oleh tubuh kita. Mereka yang menghidap alahan terhadap laktosa mempunyai tahap enzim laktase yang tidak mencukupi.

Ini bermakna laktosa tidak boleh dihadamkan dan diserap, mengakibatkan cirit-birit, senak perut, kembung perut dan sakit di bahagian abdomen. Probiotik seperti Laktobasilus gasseri menghasilkan laktase, oleh itu ia dapat membantu meningkatkan tahap enzim yang rendah sekali gus mengurangkan gejala alahan ini.

Meningkatkan penghadaman

Mikroflora usus yang seimbang mempunyai kesan positif ketara terhadap penghadaman. Ia membantu mengawal ketidakhadaman dan senak perut selepas makan.

Meningkatkan penyerapan mineral

Probiotik juga membantu meningkatkan penyerapan mineral seperti kalsium, magnesium dan fosforus di dalam badan.

Menghasilkan vitamin

Probiotik berkeupayaan menghasilkan vitamin seperti dan vitamin C dan beberapa jenis vitamin B.

Melegakan gejala cirit-birit

Probiotik telah terbukti secara klinikal dapat melegakan gejala cirit-birit dan memendekkan tempoh serta kekerapan cirit-birit. Probiotik memulihkan keseimbangan mikroflora, yang menjadi tidak seimbang akibat sesetengah ubat seperti antibiotik yang membunuh semua jenis bakteria termasuk bakteria baik.

Menguatkan sistem ketahanan badan

Probiotik juga didapati memberi kesan positif ke atas beberapa penyakit gastrousus seperti IBS dan penyakit radang usus. Kajian terkini menunjukkan bahawa dengan pengambilan probiotik yang teratur, selesema biasa dan gejala yang teruk dapat dikurangkan.

p.s : kalau malas telan-telan jenis capsule ni minum je Yakult or Vitagen :D

10 comments:

  1. 21st century..dah lama dah jenama ni..

    ReplyDelete
  2. p.s tu memang sesuai utk saya. malas betul nak makan capsule. susah nak telan. kikiki..

    ReplyDelete
  3. Anonymous11:45 am

    boleh kurus tak makan ni??
    hehehe.

    ReplyDelete
  4. hari tu kena infection dlm perut.
    sebulan minum yakult :|


    nak terai ni la. hihih

    ReplyDelete
  5. baru tahu rupa vitamin ni. ramai jugak yg kata bagus :)

    ReplyDelete
  6. kalau minum yakult sahari 5 6 botol pun boleh. kalau kapsul sehari sebiji pun susah.haha

    ReplyDelete
  7. Thanks for sharing sis.

    ReplyDelete
  8. Anonymous1:04 am

    Macam ubat resdung jer..

    ReplyDelete
  9. saya menghadapi susah nak buang air besar sebelum saya ambil ubat Novolax memang bagus namun saya nak cuba Probiotics ini mungkin lebih baik untuk penghadaman saya insh Allah

    ReplyDelete