Hola!
Hari ni aku nak review tentang Savee face mask. Mask ni murah je. Aku beli kat booth Savee sekeping RM1. So aku beli 10 keping. Tak pernah try brand ni tapi kamikaze confident beli 10 keping terus hahaha.
Oleh kerana aku beli 10 keping mask so aku akan review mask tu satu per satu. Kalau. Aku. Rajin. Hahaha. Mask pertama yang aku try ialah Savee Face Mask - Rose.
Revitalises, Firm and Rehydrate.
Membantu melembapkan kulit untuk memulihkan dan meremajakan kulit dan juga melembutkan kulik agar kelihatan lebih muda.
Leceh nak pakai mask ni. TERLALU BASAH. Lepas pakai mask ke muka, essence menitis ke leher sampai basah baju. Kalau aku baring kang masuk ke telinga pulak LOL. Tak tahu la nak cakap bagus ke tak bagus hahaha. WANGI rose sedap.
Selepas 15 minit, mask masih basah. Biasa aku pakai mask brand lain dah kering dah. Hmm hasilnya, kulit rasa segar cuma bau wangian rose tu terlalu kuat. Dan yang teruknya muka aku sedikit merah dan gatal huaaaaaaa!!
Maybe ada bahan dalam mask ni yang tak sesuai dengan kulit aku. Kalau korangz nak cuba silakan kot kot sesuai hehe. Nak pakai mask ni kena letak tuala kat bahagian leher ye.
Ok bai!
No comments:
Post a Comment