Thursday, February 7

Bestfriend & Ex-boyfriend




Baru-baru ni bestfriend aku nak pinjam RM10,000 dengan ahlong. Omegot. AHLONG oggeh! Bukan abang long dia. Bestfriend takde abang. Aku terkejut nak mati. Kamikaze bestfriend aku tu kan? Aku bukan tak nak tolong bukan aku tak kasihankan bestfriend tu tapi pengalaman mengajar aku erti BERWASPADA, BERHATI-HATI dan BERJAGA-JAGA.

Pengalaman 1

Tahun 2008, Darren kawan aku pinjam duit aku RM4000. Alasan nak pinjam sebab ayah Darren sakit. Oggeh. Oleh kerana aku kasihan so aku pinjamkan. 2008 hingga 2012 berlalu macam tu je. Darren tak bayar. Bulan November 2012, Darren email aku janji nak bayar bulan December tapi hampeh tak bayar-bayar juga. Darren sekarang berada kat US. Darren, kau balik Malaysia siap kau! *asah samurai*

Pengalaman 2

Tahun 2011, Melissa P pinjam duit aku RM200. Oggeh, aku bagi pinjam sebab kasihan Mel kata mak Mel sakit. Mel janji bayar dalam masa 2 minggu. Lepas 2 minggu Mel call aku nak pinjam RM1000. Alasan duit hari tu tak cukup. Nyawa mak Mel ibarat telur dihujung tanduk (aku tak pasti peribahasa ni sesuai ke tak untuk situasi ni. Belasah je) perlu dibedah dengan segera. Oggeh. Aku kasihan aku bagi pinjam RM1000. Mel janji nak bayar lepas Mel dapat loan. Oggeh, aku percaya setulus lubuk hati. Masuk sebulan Mel tak bayar. Aku dah panas. 5 bulan berlalu macam tu je Mel tak bayar. Akhirnya selepas 11 bulan aku jadi tunggul buruk, Mel bayar bersih duit aku. Mel TERPAKSA sebab AKU KECOH kat Facebook ha ha ha ha. Lepas kejadian tu hubungan aku dengan Mel renggang serenggang renggggganggggnya. Oh yeahhhh (tetibe)

Pengalaman 3

Ada segelintir kawan aku yang 'hey kau bayar jap baju ni guna duit kau aku lupa nak cucuk ATM la'. Ada juga kawan yang 'ala aku tak reti la nak beli barang online, kau pakai debit card kau dulu nanti aku bayar la'. Kawan-kawan camni jangan harap la nak bayar duit kau balik. Kawan-kawan camni, jangan harap la aku nak bayar untuk kau lagi.

Pengalaman 4

1 April tahun 2012, Presscylla kawan aku, pinjam RM18,500. Alasan nak mulakan business online. Oggeh, aku bagi pinjam sebab kasihan. Press (nama manja huhu) kata nak bayar 1 April tapi hampeh. Celaka. Press, kau sama je macam si Darren dan Mel.

Oggeh oggeh, cerita Presscylla ni cerita tipu je hahahahahaha. 1 April tu kan April Fool. Aiseh. TAPI pengalaman 1-3 tu kisah benar ye.

Oggeh, berbalik ke cerita bestfriend aku tu. Isnin, aku berwhatapps dengan bestfriend aku. Aku nak tahu besfriend aku tu dah jumpa ahlong tu ke belum? Dah dapat duit RM10,000 tu ke?

Hmm aku berwhatapps seorang-seorang kot sebab bestfriend tak balas message aku. Celaka.

Selasa. Malam. Bestfriend message '..ada berita baik hihi..' aku tanya berita apa? SENYAP. Celaka. Selepas setengah jam message masuk '..ex-boyfriend kau..' aku tanya kenapa dengan ex-boyfriend aku? SENYAP. Sekali lagi celaka. Malam tu aku tidur tak tenang sebab aku tertanya-tanya apa berita baik tu?? Kenapa dengan ex-boyfriend aku??

Rabu. Malam. Lepas aku dengan buifrin tengok A good day to die hard (tenqiuzzz Nuffnang!), message masuk. Message dari bestfriend aku '..baiknya ex-boyfriend kau.. dia bagi aku pinjam RM10,000..'

Aku lega gila bestfriend pinjam dengan ex-boyfriend aku. Takde la rumah bestfriend aku di simbah darah ayam darah babi bagai. Takde la kereta bestfriend aku disimbah asid. Takde la family bestfriend aku hidup macam pelarian. Takde la tu takde la ni.

Aku main taip je ni woihhh. Aku harap korang faham apa yang aku taip panjang lebar ni. Aku bukan orang Melayu so bahasa Melayu aku memang kureng. Kureng tahap nak mati. Memang la aku dapat BM A2 dalam SPM tapi semua tu tuah semata-mata. haha.

Kamus Pasar
Oggeh = ok
Omegot = Oh my God


17 comments:

  1. nak tergelak plak aku baca entry nie! :D

    ReplyDelete
  2. Anonymous12:05 pm

    begitu banyak??

    ReplyDelete
  3. hahahah giler sadis bunyi

    ReplyDelete
  4. fuh besar2 nilainya yg dipinjam

    ReplyDelete
  5. duit kita suka hati la kalau tak nak bagi pinjam..kan??

    ReplyDelete
  6. sy pun dh kena hati2 pnjamkn duit kt org..baik hati sgt smpai kna tipu byk kali..huhu..

    ReplyDelete
  7. Ya ALLAH mati mati mati okay aku ingatkan kau orang Islam, Malay. Hahahah. Aku memang dah nak tanya lah apsal kawan kau ramai non-muslim. Omnomnom. Maaf lah wey tak tahu. Heee

    ReplyDelete
  8. Anonymous9:16 pm

    Kalau orang macamni Dezee dah categories kan dia as 'kenalan' bukan 'kawan'. Nk pinjam? Boleh..set date bila boleh bayar..lambat pun xpe.asalkan when that day comes..Dezee cari dia macam along la kan..but before that black n white..sign sini faham?..hmm...no wonder i dont have so much friends..heh.

    ReplyDelete
  9. kalau dicampur2 semua dah banyak duit awak yg rugi. jgn kasi pinjam lagi.

    ReplyDelete
  10. baru semalam tgk promo cite nie kat TV & hubby ajak tengok

    thanks for the review darlink! ;)

    ReplyDelete
  11. perghhh kaye kau.kaye! lekkk jek bg 10k.haha

    Tapi itu lah, bila dah banyak kali kena tipu.. terasa serik nak bagi orang pinjam.

    ReplyDelete
  12. xpe..akak faham hehe..tu la lain kali jgn sesuka hati bg org pinjam duit tau..

    ReplyDelete
  13. hana pun ada peristiwa mcm tu. tolong bayarkan, tolong beli makanan dan pinjam untuk bayar duit kat org. sebagai bestfriend bg jelah kan. bestfriend satu rumah. jadi bila2 pun dia boleh bayar kan. tapi apa kan daya. dia xpayar. kalau nak mintak dia bayar takut terasa hati.

    pernah hana mintak dia bayar balik rm400. dia bayar tapi lambat hana takut dia lupa lagipun lepas ni kami dah habis belajar.lepas dia bayar, kami renggang sampai skrang. bukan salah hana kalau cmtu kan.

    dan dia heboh kat kawan2 pasal hana mtk duit la, xsabar2 nak duit lah. hana dengar sendiri dia kata kat hana. sedih betol. bestfriend hana buat mcm tu. dia hebohkan kat 2 3 orang. dan 2 3 orang tu bukannya dia rapat sangat pun.

    cuba bayangkan reaksi 2 3 kawan tu terhadap hana.

    p/s: sorry komen panjang sedih plak bila komen kat sini. sebab peristiwa tu wujudlah entri2 personal hana yang melibatkan kawan baik hana.hana xda bestfriend selain dia jadi hana luahkan kat dalam blog ja. nnt baca ek. Sedih plak.huhu


    ReplyDelete
  14. nasib perkara tu terjadi 2 3 bulan sebelum kami habis belajar. masa tu mmg hana xsabar2 nak berpisah dengan dia. hana xnak berdepan dengan sesiapa pun. kalau tau jadi cmtu. hana xmintak duit rm400 tu. sepatutnya lebih 400 tapi dia bg rm400 hana terima ja. kalau hana mintak lagi agak2 jadi cmna kan.

    sorry. hana xda tempat nak luahkan perasaan.terima kasih sudi membaca.

    ReplyDelete
  15. Sha lee nk pinjam duettttt??
    HAHAHA

    Na pun slalu kena mcm tu..tp xde laa sampai beribu2 tu nak bg org Shalee... kira sha lee kwn yg cukop baik laa boleh bg amount yg bnyk cam gitu...

    ReplyDelete
  16. untungla dpt tgk wayang free, .,uhUuu

    ReplyDelete
  17. Banyak duit ko yer dik. Nak pinjam boleh...hehehe...

    TU lah, lenkali jgn bagi pinjam duit kat org. Klo bayar tak per. Ini tak bayar, rugi tau.

    ReplyDelete