Thursday, February 26

[Review] Shopping @ Lazada: 4 Layer Stainless Steel Shoes Rack

Hola guys!!

Perempuan dan kasut berpisah tiada *tangan ke bahu mata ke atas*

Hampir roboh rak kasut aku kat rumah. Kasut aku seorang je dah lebih 10 pasang. Kasut laki aku tak sempat nak menumpang huahua. Biasa la perempuan. Nak pergi office pakai kasut lain. Pergi pasar malam kasut lain. Pergi tengok wayang kasut lain. Pergi lepak mamak kasut lain. Pening laki aku hahaha.

Mula-mula cari rak kasut kat kedai perabot belakang rumah tapi takde pulok. Lepas tu ajak laki pergi Giant laki aku ok je anytime katanyerrr. Bila dengar anytime tu yang sampai berbulan tertangguh hahaha. Time laki ajak pergi Giant time tu pulak aku letih wanita berkerjaya katakannnnn :P Malas nak tangguh-tangguh lagi akhirnya aku cari kat Lazada lalala.

Fikir banyak kali jugek nak beli ke tak nak beli ke tak. Laki aku kata beli je la. Fikir lagi nak beli ke tak nak beli ke tak nak beli ke tak. Okay okay aku beli hahaha.


 Oh yeahhhhhhhhh ini la dia 4 Layer Stainless Steel Shoes Rack yang aku beli kat Lazada.


Ringan senang nak angkat ke sana ke sini.


Aku order sebelum Chinese New Year barang sampai selepas Chinese New Year yahooo!! Lebih kurang 5 hari la :)

4 Layer Stainless Steel Shoes Rack ni kukuh tak senget tak tercabut ke apa. Okay je takde masalah besar. Cuma masa nak pasang tu susah sikit. Nak pasang kena 2 orang. Kalau sorang memang mampos ah sampai lusa tak siap hahaha.

Okay rak yang aku terima sama seperti dalam gambar yang disiarkan dalam website Lazada. Harga pun murah RM20 je uols!!!!!

Kesimpulannya, AKU SANGAT BERPUAS HATI wohooooooooooo!! Thank you Lazada muahhh!!


2 comments:

  1. Kasut aku lg banyak dr wife aku vol.

    ReplyDelete
  2. sejak beranak pinak nih,kasut akak dah kurang..huhuhu kasut anak pulak yg lebih,nak pulak dah ada gigirl sorg skrg nih...sakan beli utk anak je la

    ReplyDelete