Tuesday, April 9

Korean Plastic Surgery : Risiko


Wowww! Percaya atau tidak 1 daripada 5 orang di South Korea melakukan pembedahan plastik? Pembedahan plastik yang paling popular ialah eyelid surgery dan membentuk tulang rahang kepada bentuk V. Satu angka yang menakutkan bagi saya.

Dan saya sudah kecewa dengan orang korea. Memang la shantek tapi semuanya PALSU :/
Tak shomel ke mata sepet? Uhm.


Kim Joon Hee

Oh Cho Hee
















Artis Malaysia pun dah ramai yang buat plastic surgery ish ish.

RISIKO dan BAHAYA pembedahan plastik :

Pedarahan

Pendarahan biasanya berlaku selepas beberapa jam pembedahan. Pendarahan menyebabkan pembekuan dan pengumpulan darah di bawah kulit yang dipanggil Hematoma. Hematoma menyebabkan kulit menjadi biru atau ungu menyebabkan kawasan itu menjadi sakit. Omgomg.

Jika pendarahan terus berlaku, pengaliran oksigen disekitar tisu akan terganggu dan akan menyebabkan pembengkakan, kebas dan kulit mati.

Jangkitan

Semasa dan selepas pembedahan bahagian jahitan terdedah kepada jangkitan bakteria. Tanda biasa jangkitan ialah demam, keradangan, bau busuk dan pengeluaran cecair kuning.

Seromas

Seromas adalah pengumpulan cecair tisu yang boleh menyebabkan peningkatan berat badan.

Parut

Parut adalah salah satu risiko yang paling biasa. Ia berkait rapat dengan kesan jahitan dan keupayaan penyembuhan luka. Semasa proses pemulihan, penebalan tepi kulit dan pembentukan tisu berbutir boleh berlaku. Kebanyakan pakar bedah suka untuk menyembunyikan parut di tempat-tempat tersembunyi. Sebagai contoh dalam pembedahan pembesaran payudara garis pemotongan yang tersembunyi di bawah lipatan payudara.

Kerosakkan saraf

Jarang berlaku. Namun jika kerosakan saraf berlaku pesakit akan berasa kebas dan berasa seperti dicucuk-cucuk di bahagian tersebut. Boleh menyebabkan otot menjadi lemah dan lumpuh. Omgomg.

Anesthesia

Risiko penggunaan anesthesia yang menyebabkan loya dan sakit tekak. Risiko bergantung kepada faktor-faktor tahap kesihatan dan tahap keseriusan pembedahan tersebut namun ia jarang berlaku.


13 comments:

  1. mmg ketara betul perbezaan sebelum dengan selepas..nak cantik sanggup buat ape saje kan..

    ReplyDelete
  2. omaigood!! gilalah muka nenek jadi muda!!!
    Oh Cho Hee tu plakon i miss u tu kan.. bapak dogoi dahi.. eeiii sanggup diorg niii takutnyaaa

    ReplyDelete
  3. bersyukur je la dgn ape yg tuhan bg....

    ReplyDelete
  4. mmg pun dorg byk wt plastic surgery..so kt ni lg cntik..hehe..

    ReplyDelete
  5. byk bahayanya kan?pernh jugak dengar sebelum ni.. palsu2 belaka rupanya huhu

    ReplyDelete
  6. artis depa memang ramai yang buat kelopak mata tu...macam2 la depa..

    ReplyDelete
  7. Anonymous8:49 pm

    Bwara mr simple simple simple...Bwara mr simple simple simple...hahahahhahaha.Miss sepet jangan buat k..sepet tu la yg unik. XD

    ReplyDelete
  8. cantik palsu tak nak la. biar cantik original. hehe..

    ReplyDelete
  9. ohh nampak semua palsu..huhu
    muka berubah jd mcm org lain pulak

    ReplyDelete
  10. Anonymous10:40 pm

    maknanya selama ni manusia-manusia memuji kecantikan yang palsu?

    sedey kot...

    ReplyDelete
  11. Kesimpulannya semua telah ditipu dengan kecantikan dan kehenseman orang korea. Haha

    ReplyDelete
  12. semuanya palsu ke?...patut la nampak comey je semuanya rupanya dah dibedah

    ReplyDelete