Friday, September 11

Rawatan Untuk Mendapatkan Anak: Intracytoplasmic Sperm Injection (ICSI)



Jumlah lelaki yang mengalami masalah reproduktif semakin meningkat bukan saja di Malaysia bahkan di seluruh dunia. Namun masalah ini boleh diatasi melalui rawatan-rawatan terbaru bagi membantu masalah kesuburan lelaki.

Melalui kaedah ICSI, kebiasaannya sperma suami akan di sedut keluar dari testis menggunakan satu alat atau diambil melalui pembedahan. Sperma aktif tersebut kemudiannya di masukkan terus ke dalam ovum isteri selepas 'diramkan' selama 24 jam di mana akan membentuk beberapa embrio.


Bagaimanapun, sperma dan telur yang diambil daripada pasangan yang menerima rawatan itu juga boleh dibekukan terutamanya bagi mereka yang hanya mengeluarkan jumlah sperma yang sedikit. memilih sekitar tiga embrio untuk disuntik ke dalam rahim isteri bagi memberikannya lebih peratusan untuk hamil jika dua lagi embrio yang dipilih tidak hidup.

Melalui kaedah tersebut ia boleh membantu pasangan yang sukar mendapat anak. Kos bagi rawatan tersebut adalah sekitar RM10,000 hingga RM14,000. Walaupun kos agak tinggi, peratus kejayaannya juga tinggi sekali gus memberi harapan kepada pasangan suami isteri yang sukar untuk mendapatkan anak.

Malah peratusan kejayaan ICSI juga adalah lebih tinggi berbanding menggunakan kaedah tabung uji ataupun persenyawaan in-vitro (IVF).


No comments:

Post a Comment