22 December 2011

Penat Balik Dari Office Housemate Buat Hal!






Aku pakai selipar jepun RM3.99 je beli kat Carrefour.

Aku tak main la shopping kat Crocs bagai.

Kau ada housemate tak?

Oh takde ye?

Bagus la takde housemate boleh berbahagia duk dengan amma appa. 

Makanfreetakbayarsewa.

Aku tengah marah ni, marah dengan Eja (ni nama sebenar sebab aku tahu kau mesti confuse mana satu Eja housemate aku)

Kau pernah tak keluar dari tandas dengan selamba kau lalu lalang dalam rumah kau pakai selipar tandas?

Eh tunggu la jap aku tak suruh kau jawab lagi sebab soalan aku tak habis lagi.

Kau pernah tak tak basuh pinggan mangkuk kuali yang kau dah guna kau letak atas sinki selama seminggu masa kau nak guna baru kau terhegehhegeh nak basuh kuali sebab nak goreng ikan piranha?

Kau pernah tak beli kasut ratusratus ringgit lepas tu kau susun kasut kau satu baris dari pintu masuk hingga ke ruang tamu? (susun masa baru beli je. 2 3 hari lepas tu kau dah tak kisah dah sebaris ke tak sebaris ke kau tak tau apa itu sebaris?)

Kau pernah tak buang sisa makanan kau dalam sinki dan rupa sinki itu jadi seperti lori sampah?

Bukan tulang ikan je ada plastik maggie ada kulit telur ada macam-macam ada.

Sekarang jawab, pernah ke tak pernah?

Ah tak payah jawab la kau lambat nak jawab!

Aku anggap kau tak pernah!

EJA PERNAH!

Sekali boleh di maafkan kalau dah berkalikali?

Panas tak?


12 comments:

  1. wtf duh , anak dara jenis apakah itu ? Sama perangai dengan rumate jiran i punya jiran masa sem 1 hari tuh , pinggan mangkuk basuh time kau nak makan time tuh lah terhegeh hegeh nak nyental . Seminggu seminggu lah tersadai bawah katil .
    Ni kalau Pakwe tahu lari duh pakwe si eja tuh . AHAHA

    ReplyDelete
  2. huh..sikap malas macam tu x boleh dicontohi. ish ish ish. xfikir org yang menjaga kebersihan.

    ReplyDelete
  3. wah...banyaknya kau pernah...huhuh...
    sabar sabar tu je yang boleh kita buat, tapikan sampai bila sabar pun ada batas jugakan...EJA EJA...

    Wanita suka mengumpat sulit dikapankan

    ReplyDelete
  4. huhu~ sedih nye~ nasib baik rom8 SY tak macam tu. bilik bersih je. cawan, pinggan, sudu dan yang sewaktu dengan nya takde la biar macam tu dalam bilik dan bila nak pakai baru nak basuh. selipar dan kasut semua teratur atas rak kasut. susah juga nak tegur tu. huhu~ terseksa kot kalau diam je. nak luah rasa bersalah pula. aduyai~

    ReplyDelete
  5. amboi. marah direct ni. sabarrr heheh

    ReplyDelete
  6. xde sivik punya org tue..
    miss volvo
    ko de kete volvo kew?

    ReplyDelete
  7. wau...girl ke berperangai mcm tu??dasat...

    p/s :: tak tahu kenapa budak tu nk dengki..:(

    ReplyDelete
  8. geramnyaa jugaaaaaaaa!

    pernah dpt housem8 xteruk sgt mcmtu tp tu pon sakit hati da..:(

    kesian kamu...sbr byk2..

    ReplyDelete
  9. nampak sangat Eja tu tak boleh buat bini hahahaha

    ReplyDelete
  10. geram gak nie..hna xska la housemate cm2 sma cm hana..klu dah mlas k bsuh pinggan xpyah la msak. lg 1 hana naik angin. Barang dia jatuh kat ruang tamu ingat dia nak ambik letak kat atas meja dia ka simpan ka.. tapi dah seminggu barang tu duk c2 ja xubah2..kita yang tengok nie serabut gak.. kalu hana ambik barang tu nnt dia wat lagi bek biar.

    hehe sorry luah perasaan gak

    ReplyDelete
  11. panas hati ni..rasa nak gigit je telinga dia tu..ehheee gurau^^

    ReplyDelete
  12. ok, sy pernah sbb housemate saya pun lebih kurang awk.

    ReplyDelete

arigato gozaimas muahhhhhhh!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...