14 February 2012

Housemate Bangang.




Uuh pagi-pagi lagi aku nak post entry panas. Bukan cuaca panas tapi ni ha hati aku tengah menggelegak umpama gunung berapi yang nak memuntahkan lava! Ni cerita pasal housemate aku Eja bangang. Ceritanya bermula begini, semalam aku dan housemate aku berbincang pasal rumah dah tentu la berkaitan dengan masalah-masalah rumah kan?

Aku dah berkali-kali dah cakap ok ulang sekali lagi aku CAKAP kat housemate aku SEWA MESTI BAYAR PADA SETIAP 25HB. Apa ke bangang si Eja tu tiba-tiba je macam di sampok jembalang GRO melenting NOOO!! I DONT WANT!! I DONT WANT!! Kitorang yang lain tercengang. Eh eleh baru 2bulan duk rumah ni dah perangai macam setan. Housemate aku CT roomate Eja pun bengang la bila Eja cakap CT tak beritahu sewa mesti bayar 25hb.

Keadaan pun jadi tegang. Eja and CT dua-dua dah panas. Fuh apa lagi tercetus la World War 2! Aku dah kecut dah he he he. Ya aku memang cepat kecut dengan pergaduhan. Aku takut bila aku dah hilang sabar aku akan mengamuk menggila. Bila aku dah hilang kawalan macam-macam aku boleh buat. Semalam aku rasa macam nak sepak je muka si Eja tu. Nasib baik la dia tak tengking aku. Kalau dia tengking aku memang nahas la jawabnya.


6 comments:

  1. adehhh...bnda cmtu patut xpayah perbesar...bayar je la pada 25 hb pn...haishhh...manusia suka menyusahkan manusia yg lain

    ReplyDelete
  2. housemate mmg macam tu la wei. bangang tak bertempat. aku sem ni nyaris duduk rumah sewa tapi tu laaa. bakal housemate aku buat perangai. terusssssss aku cancel !! duduk kolej lagi best tak serabut otak aku

    ReplyDelete
  3. pagi pagi dah gaduh ke ? rezeki tak masuk nnt.


    LALALALALAALLA

    ReplyDelete
  4. alaahh.
    tak boleh nak cooperate langsung.
    orang lain dah setuju,
    ikut majoriti lah.
    mengada si eja nie

    ReplyDelete
  5. makin teruk pulak si eza tu eh..ee geram pulak nad tengok..

    p/s :: pasal RIP nad tengok Ustaz kata boleh kalau kita tidak menyampaikan maksud yg tersirat..

    ReplyDelete
  6. sabaq2..huhu..xpnah merasa lg duk umah sewa cmtu..mestibnyk karenah kn..^^

    ReplyDelete

arigato gozaimas muahhhhhhh!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...