Monday, November 5

Sesak Nafas





Sesak nafas adalah tanda awal penyakit yang perlu diberi perhatian.
Sekiranya sesak nafas berpunca selain daripada hidung tersumbat, ia adalah satu isyarat yang menunjukkan masalah kesihatan. Jika anda menghadapi kesukaran untuk bernafas, termengah-mengah atau tercungap-cungap, anda perlu mendapatkan rawatan kecemasan dengan segera. Berasa sesak nafas ketika anda berbaring juga samaada teruk atau tidak perlu diberi perhatian yang serius. Punca sesak nafas mungkin disebabkan penyakit paru-paru obstruktif kronik, asma, radang paru-paru-paru, penggumpalan darah di paru-paru, atau apa-apa sahaja penyakit yang melibatkan jantung dan paru-paru. Kesukaran untuk bernafas perlu diberikan perhatian yang secukupnya kerana ia boleh menyerang mangsa pada bila-bila masa sahaja.
Sumber dari SINI 
Ni la masalah yang aku hadapi saat ni. SESAK NAFAS!! Dalam keluarga aku memang takde sesiapa menghidap asma. Sesak nafas ni berlaku secara tiba-tiba. Sekejap ada sekejap takde. Hari ni 2 kali sesak nafas menyerang. Bila sesak nafas aku rasa oksigen tu macam terlalu sedikit. Padahal aku dah tarik nafas sepanjang-panjanggggnye. Buka mulut dan lobang hidung seluas-luasnya. Sesak nafas sampai pening kepala ni.
Lagi satu aku tak boleh berdiri lama-lama. Boleh pitam beb. 
Bila mengadu kat doctor yang aku sesak nafas,  doctor cakap pedih luluh hati je kot? AKu tak rasa pedih kat luluh hati pun? Aku tak rasa pedih kat mana-mana pun? Setahu aku, aku cuma ada masalah tekanan darah rendah je. Tekanan darah rendah boleh menyebabkan sesak nafas ke?

4 comments:

  1. jarang sesak nafas

    ReplyDelete
  2. wak pon dh kena ulser mulut wak niii.. uuuHUuu

    ReplyDelete
  3. Bahaya ni.. Kena pergi check dekat hospital cari punca kenapa sesak nafas

    ReplyDelete
  4. tekanan darah rendah biase pening giler..

    ReplyDelete