Friday, August 30

Hati-hati Beli Makanan Kat McD


Kejadian ni berlaku minggu lepas. Masa tu aku dengan buifrin nak tengok wayang. The Purge kat GSC Midvalley. Sebelum masuk pawagam tu perkara wajib yang aku dengan buifrin buat ialah seludup makanan masuk ke dalam huahuahua. Oleh kerana malam tu aku dengan buifrin terkejar-kejar masa, kitorang pun masuk je la Mc Donalds. Bungkus apa-apa yang patut lepas tu masukkan kesemua makanan tu ke dalam handbag aku.

Hehe.


Leka gila weii aku melayan The Purge sampai tak sedar Banana Crunch McFlurry aku takde dalam plastic bag McD tu haha. Dah keluar pawagam baru teraba-raba mencari Banana Crunch McFlurry tu. Takde kauuu.

Nak pergi ambil ke tak? Ya. Tidak. Ya. Tidak. Nak ke staff McD tu bagi Banana Crunch McFlurry selepas 2 jam lebih tinggalkan kaunter tu?? Ya. Tidak. Ya. Tidak.

Minta buifrin pergi tolong ambilkan (walaupun dah tau jawapan buifrin). Hmm memang hampeh la. Nak blah macam tu rasa sayang pulak sebab aku tak cuba lagi perisa pisang tu.

Dannn

Akhirnya aku pilih YA!! Aku tebalkan muka masuk ke McD dan minta Banana McFlurry tu HAHHAHAHHA. Perempuan kat kaunter tu tak tanya hape-hape ponnn. Buang masa aku je fikir 3 4 kali -.-'

Moral of the story ialah sebelum tinggalkan kaunter tu check betul-betul makanan yang uols order tu semua ada kat dalam plastic bag :D

Dapat juga merasa Banana Crunch McFlury tu HEHEHE.


6 comments:

  1. Hehe.. memang kena check pun kalau beli dekat mcd ni.

    ReplyDelete
  2. memang tak pernah check pun kalau beli barang. percaya 100% kat penjual tu. hihi.. next time hati2.

    ReplyDelete
  3. Anonymous11:27 pm

    Aku dh tgk the purge.seram dia sm style dgn sinister.producer yg sm kan?so ok la.dh boleh baca jln cerita.

    ReplyDelete
  4. Hahaha, tu namanya rezeki. Dah memang menjadi hak awak :)

    ReplyDelete
  5. mcd kadang2 ada juga begitu.. herher

    ReplyDelete
  6. sy penah trkena kt kfc..mybe sbb order byk so dorg termiss..dh blik bru prsn..halalkan jela..

    ReplyDelete