Saturday, September 14

KL Mountain Bike Carnival 2013

Ok minggu lepas iols temankan buifrin kat KL Mountain Bike Carnival. Lokasi yang sama seperti tahun-tahun sebelum ni iaitu di Taman Rimba Kiara, TTDI.


VIP parking ni kat dalam kawasan sekolah je uolsss. Takde la VIP sangat HEHEHE. Pagi tu buifrin parking kat luar sekolah je sebab ramai budak-budak sekolah berdiri depan pintu pagar sekolah. Tunggu bas sewa sebab budak-budak tu nak buat lawatan ke rumah kebajikan.


Ha uols, iols cuma buat liputan untuk Kidz Ride aje. Kidz Ride untuk kanak-kanak umur 3 tahun dan ke bawah. Untuk kategori orang dewasa iols tak minat la uols. Kategori orang dewasa ni teramat la seksi uhh seksa mata iols haha.


Ya ampunnnnnnnn helmet pun comel gile!! Grrrrr.. Bagi kanak-kanak yang takde helmet tu boleh la sewa helmet kat booth ni. Pasal bayaran  tu iols tak tau HEHEHE.


Salah satu peserta yang menarik mata iols ialah si comel ni. Mak ai ai comel nak mampos okehhh. Last year pon dia ada gak. Masa tu kecik je (ols boleh la tengok gambar last year kat SINI) sekarang dah besar panjang dah. Oh masa iols pergi tengok Turbo premiere screening hari tu iols terserempak dengan si comel ni. Hmmm mama si comel ni seorang blogger jugak kot?


Budak baju turquoise ni pun aduhhhhhhh comel gila!! Mama si comel berbaju turquoise ni berbangsa Cina papa pulak India. Maka lahir la Cindian :D Satu benda yang iols suka kat si comel ni ialah dia sangat nampak confident dan tak malu-malu kucing awww.



Itu dia ibu bapa yang terlebih excited haha.


Untuk kanak-kanak 3 tahun wajib buat dua pusingan. Manakala kanak-kanak berusia 2 tahun dan ke bawah buat satu pusingan je. Mari kita lihat pemenangnya. Jeng jeng jengggg..

 No. 1

No. 2

See.. apa iols kata sikit pun tak malu-malu kucing. Confident je tengok si Terry ambil video haha. Kalau budak lain zuuppp lari bawah ketiak mak huhuuuu.

No. 3

Yay! Si comel yang pemalu dapat nombor 3 haha. Harap-harap next year dapat jumpa lagi :D



Dannnnnnnn si comel yang ni pulak anak kacukan. Mama Korea papa hmm orang puteh. Fuhhhhhhh mata cantik muka cantik warna rambut cantik. Pendek kata semuanya cantik. Rasa macam nak culik je budak ni haha.


10 comments:

  1. dah la comel2.. menang pulak tu.. hihihi.. suka tengok yg baju pink tu.. :)

    ReplyDelete
  2. Anonymous1:07 am

    Vol..u nak ank berapa? Ahaha..

    ReplyDelete
  3. waa comel budak2 ni semua ggrr

    ReplyDelete
  4. comelnyeee.. rasa nk culik sorang :P

    ReplyDelete
  5. comel giler helmet..rsa mcm nk rembat semua..amboi, dh start suka bdk2 ni..mentang2 nk kawen..heeeee

    ReplyDelete
  6. alaa.comey2 jee semua.hee

    ReplyDelete
  7. liputan kids ride nie da macam liputan kanak2 comel sedunia pulak..hihihi

    ReplyDelete
  8. Anonymous1:43 am

    comel2..hehe..cpt2 kawen dpt baby comel..hihi.. =D

    ReplyDelete
  9. Anonymous10:24 pm

    Hei vol..u makin malas update ea.

    ReplyDelete
  10. Anonymous6:27 pm

    Vol..if u invite me to yours then I will invite you to mine..hehehe..deal?

    ReplyDelete