Saturday, October 26

Kahwin

Terabai blog comel aku ni. Bukan kerana sibuk menguruskan hal kahwin. Bukan bukan. Alhamdulillah semua urusan kahwin di urus oleh bakal MIL dan wedding planner. Aku cuma uruskan borang permohonan nikah sahaja HEHEHE. Rasa nak pecah kepala urus borang permohonan nikah. Kalau otak aku ada kaki dah lama otak aku lari dari kepala aku haha.

Gambar hiasan

Oh ye perkahwinan aku agak unik sedikit HEHEHEHE. Aku cuma buat kenduri belah pihak lelaki je. Semua keputusan tu atas persetujuan kerelaaan keredhaan kedua-dua belah pihak :D Aku dan buifrin ok aje. Takde bantahan langsung huhu. Restu ibu bapa lebih penting kan?

Kalau nak buat untuk dua-dua pihak boleh aje tapi agak leceh dan membebankan. Yang terbeban dah tentu la buifrin. Semua perbelanjaan buifrin yang tanggung. Perempuan tak keluar sesen pun huahuahua. Tak pasti la adat kat sini (semenanjung) macam mana? Tapi kalau kat Sabah, dari A to Z lelaki yang tanggung. Kesian lelaki lalala :P

Mama kata mama tak nak buat kat Sabah sebab mama dah tua tak larat nak urus. Adik beradik pulak semua duduk jauh-jauh. Ada kat Brunei ada kat Labuan. Semua dah berkeluarga dan anak-anak pun masih kecil. Aku pulak duduk Kuala Lumpur ha memang beban la bagi family aku. Nak ulang alik Kuala Lumpur - Kota Kinabalu bukan senang wei. Balik cuba baju pengantin, nak cari dewan dan nak cari doorgift lagi. Cuti aku pulak tinggal berapa hari je lagi. Cukup-cukup untuk kahwin HAHHAHA!

Okeh cukup sampai disini saja untuk hari ini :D Tolong doakan saya ye :)


15 comments:

  1. woah, congrats!

    ReplyDelete
  2. laaa awak dah nak kawen ke? tak tau pun.. hehehe..

    nnti jgn lupa udate ye.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah nak settle semua baru berani nak heboh :)

      Delete
  3. moga semuanya brjln lncar awk..doakn sy jgk eh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tenkiu :) sy doakan utk awk jugak :)

      Delete
  4. Memang bagus pun keputusan macam tu. Lagi satu kalau buat belah perempuan nanti nak kena pergi sana pulak. Hehe. Wah.. Dekat sabah lelaki tanggung semua ke? pengsan jugak tu. Hehe. Kalau dekat semenanjung tanggung belah masing2. Kalau boleh share lagi bagus. Haha. Semoga semua berjalan dengan lancar ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh masing2 ye? ok gak macam tu kan :) tenkiu doakan sy :)

      Delete
  5. Anonymous8:47 am

    Vol...u bukan melayu.ank u nnt half melayu half not la.hahahaha.

    ReplyDelete
  6. waaah dah tawen ek.. congrats

    ReplyDelete
  7. salam miss volvo..
    alhamdulillah..pray for dear.semoga segalanya nnti dipermudahkan & direhai allah :)

    ReplyDelete
  8. Anonymous4:55 pm

    alhamdulillah...

    semoga dipermudahkan urusan kamu...

    ReplyDelete
  9. bila majlinye tu..x sabar nak tgk miss volvo pakai baju pengantin..

    ReplyDelete
  10. Smoga semuanya berjalan dgn lancar yer sis.

    ReplyDelete
  11. gambar kawen plisss...hehehe

    ReplyDelete