14 May 2015

TTC : Punca & Tanda-tanda Tiub Fallopian Tersumbat

Halo?


Dua punca tiub fallopian tersumbat ialah

Jangkitan kuman samada bakteria, virus, kulat atau trichomonas

Jangkitan ini sering berlaku kepada wanita yang berbadan besar, pesakit kencing manis, menggunakan alat IUD, wanita yang keguguran atau pesakit yang mempunyai daya tahan diri yang rendah seperti pesakit autoimmune atau kanser.

Tanda-tanda jangkitan kuman pada rahim dan alat reproduktif ialah keluar keputihan berwarna kuning atau hijau dan berbau serta berasa gatal.

Kuman akan naik ke tiub fallopian masuk kedalam rahim dan terus masuk ke dalam tiub fallopian dan menyebabkan sumbatan.


Penyakit Endometriosis

Endometriosis disebabkan darah haid yang masuk semula kedalam rahim dan melalui tiub fallopian pergi kebelakang rahim.

Darah haid yang mengandungi darah tisu endrometrium, toksin dan kuman-kuman menyebabkan reaksi radangan yang teruk hingga menyebabkan kerosakan tiub fallopian dan akhirnya tersumbat.

Pada peringkat awal sumbatan, ekstrak kacip fatimah dapat membuka semula sumbatan ini. Tetapi jika ia berlaku melebihi setahun agak sukar untuk menyembuhkannya dan doktor biasanya mencadangkan pembedahan untuk membuka sumbatan itu.

Hmm ada banyak lagi faktor penyebab kenapa wanita sukar untuk hamil. Nanti aku share okay? Tapi sukar hamil tak semestinya hanya berpunca dari isteri ye akak-akak abang-abang. Suami pun kena jumpa doctor jugak huhu.

Dr. Hamid menyarankan wanita yang mengalami tiub fallopian tersumbat supaya amalkan makan buah nenas pada hari period dan amalkan makan buah betik pada waktu subur.


1 comment:

  1. hai madam !!!!! rindu hehe setahu saya nenas tu sifatnya tajam..pengalaman saya bila makan masa period darah keluar banyak sikit dari kebiasaan.hee betik pulakkk hm yg syok makannye perut lebih selesa..lawas gtu huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...