Friday, March 9

My Favourite Korean Drama


Hola guys!

Bab cerita korea ni aku memang cerewet. Bukan senang nak tarik perhatian aku untuk tengok cerita korea yang panjang berjela-jela. Once aku dah tertarik dengan sesuatu cerita, means cerita tu memang best la. Aku kalau setakat cerita korea cintan cintun tu hmmm aku tak layan sangat la. Apa lagi kalau fokus sangat dengan cinta tiga segi. Duhhh.

Bertahun juga la aku tak tengok cerita korea. Maybe dalam 5 or 6 tahun. Tapi start tahun lepas..

Ehem...


Pertama, Goblin (Guardian: The Lonely and Great God). Tertengok dan terus melekat hahahaha. Siapa tengok Goblin yeahhh high fiveeeeeeeee kita geng!! Pelakon utama Gong Yoo dan Kim Go-Eun. Cerita Goblin lain dari yang lain sebab bukan cerita tentang manusia biasa. Itu yang buat aku tertarik sebenarnya hehe. Aku jatuh cinta dengan watak Malaikat Maut tu haha. Oh my god handsome gilaaa T.T


Kedua, Hwayugi - Korean Oddysey. Pelakon utama Lee Seung-Gi dan Oh Yeon Seo. Cerita ni pun bukan cerita manusia biasa-biasa hehehe. Aku memang suka cerita macam ni kot? Cerita macam ni buat aku khayal dan masuk ke dunia fantasi hahaha. Watak Lee Hong-Gi sebagai P.K (Babi) awwww oppa why you so cute muah muahhh hahaha. Aku baru habis tengok last episode semalam huaaaaaaa T.T Sedih sebab dah habis hahaha. 20 episode je guys!! Bukan 200 episode macam cerita Indon wakakaka!! Thanks to my BFF recommend aku cerita ni. Dia kata aku confirm suka tengok cerita macam ni and YES memang betul tekaan kau Siti haha.


 Ketiga, Cross. Pelakon utama Ko Gyung-Pyo dan Cho Jae Hyun. Cerita ni pun oh my god best gila T.T Haaa cerita ni cerita manusia biasa haha. Cerita tentang doctor yang nak balas dendam atas kematian ayahnya. Tengok episode 1 je terus rasa nak gila hahaha. Kawan aku, Liz, share kat Facebook, aku terklik dan mata terus melekat. Hari ni aku tengok episode 12. Best gilaaa guys!! Rugi korang tak tengok T.T

Hmm tu je la setakat ni. Goblin dan Hwayugi dah tamat. Tinggal Cross je lagi. Ada juga kawan aku share beberapa cerita Korea kat aku tapi bila aku tengok hmm hampeh.

Haa korang share la kat aku apa cerita yang best. Aku tunggu Cross episode 13 keluar next week huaaa penantian satu menyeksaan T.T


No comments:

Post a Comment