Thursday, May 31

Tsunami Durian 2.0 @ Teh Tarik Place


Hola guys!

Tsunami Durian 2.0 bertempat di Teh Tarik Place, Wangsa Walk. Tsunami Durian 2.0 ini ditaja oleh Teh Tarik Place. Ya, aku memang suka lepak kat Teh Tarik Place sebab makanan sedap, murah dan tempat lepak yang selesa haha. Bila datang sini confirm aku lepak 2-3 jam hehehe. 

Okay, dengan pembelian makanan or minuman bernilai RM30 ke atas korangz akan dapat tiket masuk untuk dua orang ke durian buffet ni. Murah gila!! Rugi tak join buffet ni.


Cendol durian ohh myyy godddd sedap gila. Abang-abang ni sikit pun tak kedekut nak letak durian banyak-banyak dalam mangkuk tu T.T


Cendol durian first round ;)


Cendol durian second round hehehehe :P


Apam durian pun sedap huaaaaaaaa!! Bayangkan kerangupan dan rasa lemak-lemak durian tu masuk ke tekak fuhhhhhhh sorga wehhh!


Pulut durian pun sedap!! Takde yang tak sedap semua sedap belaka huaaaa!! Pulut durian ni kena makan last nanti perut cepat kenyang hahaha!


Roti + durian and dodol durian. Sedap!!! Terliur tak? Hehehe.


Ya itu dia artis kesayangan rakyat Malaysia, Tomok!!!! *tepuk tangan*


Sedap suara Tomok. Nak sangat jumpa anak-anak Tomok tapi Tomok tak bawak anak :(


Black pun ada tapi lupa nak tangkap gambar. Aku sempat bergambar dengan Tomok je. Peramah Tomok ni, tu pasal sampai sekarang ramai peminat.




Banyak juga aktiviti untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Aku nak juga join tapi aktiviti makan lebih seronok hahahaha. Goodies bag pun dapat biarpun tak join aktiviti ni hehe.


Ha tengok tu DURIAN. Tepi belah sana ada lagi tu berlambak. Harap tahun ni Teh Tarik Place akan buat Tsunami Durian 3.0 sure aku akan muncul hehe. Tapi kali ni buat la dekat branch lain la.


No comments:

Post a Comment