Hola guys!
Sejak
Embrio
Korang perempuan, bila dah tau je korang pregnant haa boleh ajak suami start simpan duit untuk anak. Menabung untuk anak serendah RM50 sebulan je oii. Bagi ibu yang
bekerja, sumbangkan serendah RM20, ayah sebanyak RM30. Jika ibu suri
rumah, ayah sumbangkan 100%. Jumlah tabungan anak selama 7 tahun 9
bulan adalah sebanyak RM4650. Jumlah RM4650 ni belum termasuk duit angpow, duit raya, duit pemberian atuk nenek dan dividen ASB. Ibu bapa wajib buka akaun simpanan untuk anak. Kalau korang bumiputera layak buka
akaun ASB. Kalau tak layak ASB, buka akaun biasa kat mana-mana bank pun ok juga, yang
penting ada akaun simpanan.
Bila
I cadangkan kepada ibu bapa untuk menabung RM50 sebulan untuk anak,
ada yang mengeluh, apalah sangat RM50 tu sikit sangat baik tak payah
simpan! Haa kau last last ibu bapa yang banyak songeh tu betul-betul
tak simpan sesen pun untuk anak. Better ada “sikit” daripada
takde langsung ye. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Rata-rata ibu bapa
yang I jumpa kebanyakkannya anak-anak mereka memang takde simpanan langsung.
RM50 tu baru sumbangan daripada ibu bapa. Belum lagi termasuk angpow chinese
new year, duit raya dan duit kasih sayang daripada atuk dan nenek.
Seee banyak sumber untuk tabungan ni sebenarnya. Cuma ibu bapa je
yang tak bijak.
8
– 17 Tahun
Bila
anak dah masuk umur 8 tahun, ajar anak menabung sendiri. Contohnya,
duit belanja anak sehari RM5. Ajar anak supaya tak habiskan duit RM5
tu. Sediakan tabung comel supaya anak bersemangat nak simpan duit.
Setiap kali tabung penuh, kira duit bersama-sama. Pergi bank
bersama-sama supaya anak dapat lihat hasil tabungan tu. Ibu bapa
boleh kurangkan atau lebihkan simpanan bulanan atau maintain je RM50.
Bila anak dah masuk 17 tahun, simpanan sejak embrio tu mesti dah
lebih dari RM10,000.
Haa gituuu.. Sebenarnya menabung ni kacang je.
No comments:
Post a Comment