Hola guys!
I nak review sikit tentang Dr. Morita Anti Acne Face Wash ni. Produk daripada Taiwan. Dah nak habis baru la layak buat review. Ni bukan paid review ponggg. Saja-saja nak update blog sebab dah ketandusan idea haha.
Ok guys, sebelum ni I pakai Nutox Cleansing Foam. I love Nutox and I memang sentiasa setia dengan Nutox haha. Tapi perempuan biasa la kan semua jenis brand kat pharmacy tu weols nak try hehehe.
Kulit I jenis berminyak and ada seketul dua jerawat je. So I saja la nak try Dr. Morita Anti Acne ni kannn.
Bahan yang biasa digunakan dalam face wash anti acne ni biasanya wajib mengandungi Salicylic Acid. Dan bahan kedua ialah melaleuca alternifolia atau lebih dikenali tea tree.
Jerawat I hilang ke tak pakai Dr. Morita Anti Acne ni?
Ok, jerawat I hilang. Kemudian dia muncul dan hilang semula dan muncul semula. Begitu la kehidupan kita seperti roda, sekejap diatas sekejap dibawah. Ehh. Banyak faktor yang menyebabkan kulit berjerawat. Antaranya ialah perubahan hormon, pemakanan, genetik, persekitaran dan lain-lain. So bagi I face wash ni not bad la. Selagi tak mendatangkan kemunculan jerawat secara berjemaah, kulit jadi kemerahan, kering kontang or kulit gatal haa kira elok la tu. Yang I perasan selepas I basuh muka, kulit I rasa fresh dan kulit sejuk sikit (menthol maybe?)
I memang tak was-was pakai produk Dr. Morita sebab dulu I pernah try Dr. Morita facial mask fuhh memang best gila! Korang boleh dapatkan Dr. Morita Anti Acne kat Guardian. Kat Watsons I tak pasti sebab biasa I memang beli kat Guardian je hehe. Next time I nak review Dr. Morita Oil Control Charcoal Face Wash pulak. I baru je start pakai dua hari lepas. Harap serasi la dengan kulit I ni.
p.s: Betul ke Agong kita dah bercerai dengan Rihana Oksana?
No comments:
Post a Comment