Playboy Itu Suami Aku mengisahkan Afina (Risteena Munim),
seorang gadis lemah lembut dan sopan santun ditemukan jodoh dengan
Adrian (Fattah Amin), seorang playboy. Afina mempunyai seorang adik
kembar tidak seiras, Afisya (Chacha Maembong) ataupun Fisya yang suka
bersosial dan merupakan salah seorang teman wanita kepada Adrian.
Pada awal perkenalan mereka, Afina disimbah dengan air lopak apabila
Adrian membawa kereta mewahnya dengan laju. Adrian bukan sahaja tidak
minta maaf malah dia tidak sekalipun memperlahankan keretanya. Raja
Adrian Benjamin ataupun ‘King’ (King of Crocodile) sering membuatkan
Afina panas hati.
Suatu hari, Afina dan Syaf (Wan Sharmila) menghantar tempahan bunga
untuk digubah di rumah Puan Sri Zahida (Dilla Ahmad) bersempena dengan
majlis hari jadi cucunya. Puan Sri Zahida tertarik dengan penampilan
Afina yang sopan dan tidak meninggalkan solat, maka dia membuat
keputusan mengejut untuk mengahwinkan Adrian dan Afina. Macam-macam
kutukan dilemparkan oleh Adrian kepada Afina, Afina berasa amat malu dan
segera minta diri.
Puan Sri bertegas bahawa Adrian tetap akan berkahwin dengan Afina
walaupun apa yang terjadi kerana dia yakin Afina bakal menjadi seorang
isteri yang solehah dan jauh lebih bagus daripada teman-teman wanitanya.
Bapanya juga meletakkan syarat yang Adrian perlu berkahwin dengan Afina
jika dia mahu menjadi CEO kepada syarikat mereka, Kiara Emas.
Akhirnya Afina dan Adrian berkahwin kerana masing-masing mempunyai
agenda sendiri. Selepas kahwin, Afina cuba menawan hati suaminya tetapi
Adrian tetap dengan sikap kaki perempuannya. Malah, Adrian membuat
pengakuan di hadapan Afina bahawa dia tidak ingin mengahwini Afina
tetapi dia terpaksa mengikut kehendak ibu bapanya kerana mahu menjadi
CEO syarikat. Adrian juga berkata dia tidak akan jatuh cinta dengan
perempuan seperti Afina. Walaupun dibenci oleh Adrian, Afina bertekad
untuk memikat hati Adrian dan menjadi isteri yang taat. Apakah faktor
yang menyebabkan Afina bertukar fikiran untuk mengahwini seorang
playboy? Oleh kerana cintanya tidak diterima oleh Adrian, Afina telah
menulis isi hatinya dan disimpankan dalam botol sebelum ditanam di
sebuah tempat rahsia.
Fisya menyimpan dendam terhadap Afina kerana berkahwin dengan teman
lelakinya yang juga merupakan jejaka idaman dalam kalangan wanita. Fisya
semakin tidak puas hati apabila Afina masih menjadi isteri yang sah dan
kelihatan bahagia. Maka, Fisya telah menggoda Nazri (Jay Iswazir) dan
memintanya melakukan sesuatu jika ingin memilikinya. Nazri hanya
menuruti apa yang disuruh oleh Fisya.
Afina terlibat dalam sebuah kemalangan dan koma. Selepas dia sedar,
dia hilang ingatan dan menjadi penghidap amnesia. Afina menjadi bingung
kenapa dia boleh berkahwin dengan seorang playboy. Adrian pula
mengingatkannya tentang janji mereka bahawa mereka akan terus menyamar
sebagai pasangan yang bahagia di hadapan ibu bapanya sehingga Adrian
dilantik sebagai CEO. Fisya pula meninggalkan Malaysia untuk menyambung
pelajaran di luar negara.
Selepas sedar dari koma, Afina berubah menjadi seorang yang lebih
kasar dan berani melawan. Afina tidak lagi bersabar dengan karenah
Adrian dan permintaan yang bukan-bukan daripadanya. Malah, Afina juga
menuntut cerai. Mereka kerap kali bertegang urat dan saling membuli
hingga memutikkan bunga-bunga cinta di taman hati masing-masing. Di saat
Adrian bersedia membuka pintu hatinya dan mula mencintai Afina, Afina
telah meninggalkan Adrian tanpa pesanan. Apakah kepulangan Fisya
mengundang masalah dalam hidup Adrian dan Afina? Adakah Adrian masih
sudi mempercayai cinta Afina dan mereka berdua akan kembali bersama?
Hmmm bagi aku semua pelakon macam tak reti berlakon :/
kaku semuanya. hehehe. mcm tak bape kena jer. hehheh
ReplyDeletelaa..yeke? bg sy pulak, hero tu yg paling x reti berlakon..ops, hihihi
ReplyDeletesakit mata hati tgknya..wlau tgk kjap2 je smbil msk..huhu..
ReplyDeletehahaha.. aku sokong ayat last tu.
ReplyDeleteterjah sini .. ^_^
ReplyDeletedari episod pertama x penah lagi lyn drama ni... hihi
ReplyDeletehai miss volvo..ingat akak lagi tak?? hehehe...
ReplyDeleteakak pun tak follow citer nih sbb pelakon dia x best
Berita pun aku x sempt tgk vol.
ReplyDeleteya setuju dgn last statement, ceh tp tgk jgk hahaha, tp seriously, yg watak playboy pun mcm sedikit kayu eh kaku hehe
ReplyDeletebetol. sy pon rs mcm semua pelakon mcm x reti belakon. sbb nmpak sgt BERLAKON. maybe sbb pengarah yg nk cmtu kot. dan sbb tu jugaklah smpai skg dah episod ke bape entah mmg sy xde rasa lgsung nk tgk hehe
ReplyDeleteAkak sesekali ja dpt ikuti cerita ni banyaknya terbabas semedang.
ReplyDeleteDah baca novel ni.
ReplyDeletetak menarik utk akak tgk..hehehe
ReplyDeleteaku dgr je komen tak menarik.
ReplyDeletethat time selalu aku belum smpai rumah lg...
tk merasa nak tgk betapa tak best nya die.
hehe.
tak pernah sempat nk tgk ni..
ReplyDelete