Wednesday, August 7

[Review] Saborino Facial Sheet Mask


Hola guys!


Hari ni I nak review sikit pasal mask yang paling hangat dipasaran buat masa ni iaitu Saborino Facial Sheet Mask. Mask keluaran negara matahari terbit. Negara mana? Jepun guys Jepun!


Katanya..

"Morning breakfast for your skin. Remove dirt and dead skin, mosturizing and tightening effect."


Mask ni ada 4 jenis tapi I try yang ni dulu. Why? Sebab mask ni mengandungi COLLAGEN. You know la kan bila umur dah nak masuk 30an ni, penghasilan collagen dalam badan makin rendah. So kulit pun akan kurang collagen. Tu yang menyebabkan proses penuaan.


You boleh tengok ingredients kat atas. Mengandungi alcohol tapi kulit I elok je tak rasa terbakar pun. Biasanya bila kulit I terkena produk yang mengandungi alcohol, kulit I akan merah dan rasa panas. Maybe kandungan alcohol dalam mask ni sangat rendah so kulit I tak meragam. YASSS!!


Facial wash + skin toner + moisturizer in just one sheet!

Tak perlu basuh muka pakai facial wash dah. Tapi kena la basuh muka pakai air dulu hilangkan taik mata and air liur basi uols yang meleleh kat pipi tu khennn!! Tak perlu dah tempek toner dan moisturizer. Uolls boleh terus make up! Jimat masa jimat duit hiks!



Cara penggunaan sama je macam mask biasa TAPI pakai mask ni 60 saat je guys. First time pakai mask ni I pakai more than 60 seconds jahahaha! I really love the cooling sensation on my skin. Then bila I tanya Mandom customer service, depa kata tak boleh pakai lebih dari 60 saat sebab tak elok untuk kulit. Okay tak buat lagi hehehe.

Ok lepas guna mask ni dua kali hmm sangat okay. Kulit lebih lembap. Kulit tak naik ruam pun. Rasa best je. Rasa sejuk sejuk gituuu. Pakai mask ni setiap hari waktu pagi. Ada juga mask untuk malam tapi I rasa cukup la pakai pagi je sebab malam I nak pakai Nutox Advanced Concentrate Serum ;)

Uols boleh order kat Mandom Official Store, di jamin ORIGINAL. Kat Shopee ada je seller yang jual murah gila babi dari Mandom ni tapi bila baca review daripada buyer, mask yang seller jual totally different dari yang original. Fake product from China sebab tu murah. Nak beli kat Guardian and Watsons pun boleh tapi harga mahal sikit. Hari tu I beli kat Mandom RM43 je. Beli online kat Mandom boleh bayar guna shopee coins and voucher untuk free shipping. So guys jadi la pengguna yang bijak haha!

Ok guys, thanks for reading!


No comments:

Post a Comment