Monday, July 5

[Review] Watsons Acne Patch


Hola guys!


MCO Day 1823756349645075.

Ada ke orang yang takde jerawat? I mean tak pernah ada jerawat dalam seumur hidup? Aku setiap bulan mesti ada jerawat sebiji. Jerawat yang timbul sebelum atau semasa period. Jerawat yang disebabkan hormon rasanya. Dulu masa remaja teruk juga muka aku banyak sangat jerawat. Maybe sebab pakai produk yang tak sesuai dengan kulit. Sekarang ni dah bijak pandai pilih produk yang sesuai dengan kulit so takde dah masalah jerawat yang teruk hehe.

So guys, setiap bulan bila jerawat sebiji tu nak tumbuh aku akan tampal dengan Watsons Acne Patch ni. Penampal jerawat dalam bahasa pasar. Setakat ni pakai memang elok je. Jerawat akan kecut. Lagi pun bila kita tampal benda ni kat jerawat takde la tangan ni gatal nak kacau or nak picit jerawat tu. Jerawat pun kurang terdedah dengan bakteria, habuk yang menyebabkan gatal.

Satu kotak tu ada 24 keping. Yang banyak jerawat tu haa boleh la tampal 24 keping tu kat muka.

Hehe.

 

1 comment:

  1. blh try ni.. skrg ni pon ade jerawat seketul kat dahi..
    jari asek nk picit je jerawat.. haha

    ReplyDelete