Monday, December 16

Cincin Kahwin

Halo?

 
Pagi ni aku nak cerita pasal cincin kahwin hikhik. Sebelum pilih cincin kahwin hari tu, mama (MIL) tanya nak cincin apa? Macam biasa la aku jawab cincin apa-apa je ma. Sebenarnya kalau boleh aku tak nak cincin emas kuning tu hahahaha! Aku suka white gold sebab lebih bersinar-sinar gitu. Hihi.

Beberapa hari selepas tu mama bawak aku dan cinta hati pergi SS2 Petaling Jaya. Masuk-masuk kedai je wahhh wahhhhhhhh wahhhhhhhhhhhhhhh rambang mata hahaha! Mama terus tengok cincin white gold. Ish mama ni macam tau-tau je hehehe.

Mama pilih cincin white gold yang bertatahkan diamond. Wahhhh wahhhhhh seronoknya!! Tapi rasa nak pitam pulak tengok harga cincin tu. Tahu tak berapa?? RM16,000 uollsssss!!! Bukan Rm1,600 tapi RM16,000!! Mama kata takpe sekali dalam seumur hidup. Lagi pon mama pelanggan tetap kat sini so boleh dapat diskaun fuhhh legaaa. Tapi kan uolssss buifrin (masa tu belum jadi husband lagi HEHEHE) kata pilih yang RM14,000 je la. Mama tanya boleh tak? Aku boleh aje bahahahaha! Aku tak kisah sebenarnya sebab masa tu aku fikir mama dengan cinta hati nak beli cincin yang harga bawah seribu lalala.

Cincin husband pulak aku dengan mama yang pilih. Ala lelaki mana la kisah benda-benda macam ni haha. Mama kata beli yang platinum sebab lelaki tak boleh pakai emas. Sebelum beli cincin platinum untuk husband, aku ragu-ragu gak. Yelaa white gold dengan platinum tu rupa sama aje. Oleh kerana aku ragu-ragu aku terus email sorang ustaz tu. Ok ustaz tu kata lelaki boleh pakai cincin platinum. Harga cincin husband RM3000 :P

Ok selesai cerita pasal cincin. Nanti aku cerita bab lain la pulak k?
Tata uolsss :P



9 comments:

  1. Suka emas putih jgk, tp skg tgh study lg ni pkai yg silver dlu pun ok hehe, congrats again! :)

    ReplyDelete
  2. cantiknya cincin...mahal tu, akak dulu cincin harga seribu lebih je..hihihi

    ReplyDelete
  3. nak tgk pic tawen awak

    ReplyDelete
  4. tahniah dh kawen.. serius missed pasal wedding ni

    ReplyDelete
  5. ni memang menantu kesayangan la ni dpt cincin mahal.. hahaha.. cantik hokey..

    ReplyDelete
  6. Anonymous7:31 am

    Wow..so out of my budget

    ReplyDelete
  7. congrats bebeh..welcome to wifey club..hehe :)

    ReplyDelete