Saturday, July 19

Cara Menghilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian


Ohaiyo!

Sembarangan je ohaiyo ohaiyo. Maksud ohaiyo tu pun aku tak tahu. Ohaiyo tu helo kot? :P Korang watpe tu? Aku baru je siap sidai kain hahaha. Biasanya aku basuh kain awal pagi tau. Tak nak kena cahaya matahari katakan :P Tapi sejak bulan puasa ni fuhhh malas gila nak bangun awal. Lepas sahur je tidur balik. Hehe.

Tadi masa tengok syok sidai baju tetiba..........


Ughhh. Pertama kali aku basuh pakaian dengan pen hahahha! Sebelum ni aku pernah terbasuh pakaian dengan tisu. Suka selit-selit tisu dalam seluar punya pasal :P Tisu tu takpe la bila dah kering kita kibas-kibas je tisu tu hilang.


Malangnye nasib. Aku whatsapp mak aku tanya camne nak hilangkan dakwat pen tu. Mak aku tak tahu pulak. Apa la mak aku ni :/ Aku pon google la cara nak hilangkan dakwat hehehehe.


Tiga petua aku jumpa. Satu, basuh dakwat tu dengan cuka. Kedua, basuh dakwat tu dengan susu tepung. Ketiga, basuh dakwat dengan limau purut.

Macam was was pulak aku dengan ketiga-tiga petua tu. Macam tak berkesan je? Haha.

Tak puas hati. Aku google lagi. Cara keempat ialah Vanish.


Dari apa yang aku baca kat blog tu macam betul-betul berkesan. Siap tunjuk sebelum dan selepas. Hmmm tapi sebelum beli Vanish ni aku nak try basuh dengan cuka. Kalau tak hilang jugak aku beli je la Vanish tu :D Sayang wooooo nak buang coat aku tu T.T


1 comment:

  1. Anonymous6:18 pm

    Limau purut tu kalau letak air skit..ais skit..letak gula sikit..perghh...sedapnya ..

    ReplyDelete