aku ingat lagi masa umur aku belasan tahun aku teringin sangat nak laptop. nak suruh mak ayah aku beli memang tak dapat la. tapi aku faham mak ayah aku takde duit. kalau mak ayah aku ada duit bukan setakat laptop diaorang belikan minta je apa-apa mesti dapat punyeee haha!
bila aku dah besar dah ada kerja senang sikit nak beli itu ini. nak beli 5 biji laptop pun boleh. ceh berlagak. bahahaha! tapi nak buat hape beli laptop banyak-banyak? satu cukup la hehehe.
laptop pertama aku ialah HP Compaq Presario V3000. laptop ni bukan aku yang beli huahua. laptop ni ex-boyfriend aku yang belikan. dah 8 tahun aku pakai tapi masih elok lagi. HP ni tahan lasak kauuu entah dah berapa kali aku jatuhkan laptop ni tapi masih sihat walafiat hahaha!
sekarang ni macam-macam model ada kat pasaran. semuanya cantik-cantik. harga pun harga mampu milik. ikutkan nafsu tamak ni nak je aku rembat satu HP Pavillion Notebook PC ni grrr. tapi tu la selagi laptop aku ni masih bernyawa selagi tu la aku takkan beli yang baru. cewahhhh.
kalau korangzz nak beli laptop baru beli la jenama HP heee :D
True..aku punya HP bru cecah 5 tahun.
ReplyDelete