nyamuk pakai kondom haha
semalam lepas makan malam aku baring borak-borak dengan husband. tiba-tiba telinga aku macam dicucuk jarum. aku malas nak layan. aku biarkan aje. tak lama lepas tu tetiba badan aku rasa seram sejuk. aku pon tarik la selimut. tutup hujung kaki sampai hujung kepala.
husband tanya nak panadol tak? geleng kepala. aku teruskan melayan seram sejukk tu. makin sejuk laa pulakkk. lepas tu bertambah lagi satu penyakit. otot-otot badan dan sendi-sendi rasa sengal-sengal sakit-sakit. badan pon menggeletar sebab seram sejuk.
last last aku minta panadol kat husband. tadi beriya tak nak hehehe. aku minta husband sapu tiger balm kat belakang badan. woooo sorga uuuu.. sedap gila bila tiger balm tu meresap ke kulit perghh. lepas tu aku tertidur. pukul 5 pagi aku terjaga. wahhhh semua penyakit tu dah hilang. yahooooo!!
sampai kat office sihat walafiat lagi. tiba-tiba dalam pukul 10 pagi semua penyakit semalam datang balik. rasa sengallllllllllllll!! semalam husband aku kata denggi kot? aku cakap tak la takde pon bintik-bintik merah tu. lepas tu officemate aku pon kata macam simptom denggi. takut pulak aku kena denggi. jangan main-main denggi boleh mati wooo. aku pon sepantas kilat google tanda denggi.
ni haa tanda-tanda denggi
i) demam kuat mengejut suhu 40-41°C (hari ke 3 hingga hari ke 14)
ii) sakit kepala yang teruk
iii) sakit pada belakang mata
iv) sakit pada tulang sendi dan otot (breakbone fever)
v) bintik-bintik merah (hari ke 3 atau ke 4 selepas demam)
vi) muntah dan kurang selera
setakat ni aku sakit tulang sendi dan otot je. husband ajak pergi klinik tapi aku tak nak. malas nak jumpa doctor petang. aku suka jumpa doctor waktu pagi haha. esok nak jumpa doctor nak minta doctor buat ujian darah. harap bukan denggi la heee :D
Jaga kesihatan vol..better check.
ReplyDeleteSo macamne? dengki ke tak?
ReplyDelete