Wednesday, August 20

Maggi Hot Cup Goreng


Holaaaaaaaaaaaaaa!!

sebelum kahwin maggi la makanan yang wajib ada kat rumah. orang bujang biasa la kan? hehe. bila malas nak masak nasi atau malas nak tapau atau boyfriend tak ajak keluar makan haaa maggi la penyelesaiannya heee :D tak sampai 5 minit dah siap :D 


tapi sejak kahwin ni aku jarang dah makan maggi. yelaaa balik rumah je semua makanan dah siap atas meja. makanan yang tersedia pulak sedap-sedap belaka takkan la aku tetiba buang tabiat nak makan maggi kann. haha.


macam sedap je kan? maggi hot cup ni aku beli kat www.groupon.my. 10 cup rm10. murohhhhh kann kann!! aku letak maggi hot cup ni kat office. bila aku malas nak keluar tapau haa aku makan la maggi ni heee :D



bagi aku maggi hot cup goreng ni biasa je rasanya. perencah tu letak siiiikittttt je dah cukup. terkejut beruk aku bila officemate and husband aku curah semua perencah. masin gilos kot ewwwwww..

maklumat pemakanan :

saiz hidangan : 65g
tenaga : 312 kcal
lemak : 15.3g
protein : 5.1g
karbohidrat : 38.5g

pengamal diet aktin tak boleh makan sebab karbohidrat tinggi :D


1 comment:

  1. Anonymous7:54 am

    Aku pg2 bangun masak utk bekal..hahaha.

    ReplyDelete